Deklarasi Bangkok 1967 Dan Masa Depan ASEAN

0
994
views
Peta menunjukkan Ahli-ahli ASEAN, Timor Leste belum lagi dimasukkan ke dalam ASEAN

Tanggal 8 Ogos 1967, Deklarasi Bangkok yang ditandatangani oleh 5 negara serantau:

1) Malaysia

2) Indonesia

3) Singapura

4) Filipina

5) Thailand

Negara-negara ini telah mendirikan asas kepada penubuhan ASEAN dan beberapa hari lepas, 8 Ogos 2017 ASEAN telag menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan.

Ada apa dengan ASEAN ?

Perjalanan untuk menubuhkan ASEAN, suatu badan serantau yang berteraskan usaha memupuk kerjasama pelbagai bentuk di antara negara ahli tidaklah sesuatu yang mudah.
Pada 1961, 5 tahun sebelum tertubuhnya ASEAN; telah tertubuhnya Association of Southeast Asia (ASA) di atas usaha Tunku Abdul Rahman. 1) Malaya; 2) Thailand dan; 3) Filipina menjadi ahli ASA dengan objektif memupuk kerjasama ekonomi dan sosio – kebudayaan sesama negara ahli.

Setahun kemudian, segala kegiatan ASA terpaksa dihentikan atas sebab tuntutan Filipina atas Sabah, yang pada tahun seterusnya menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Seterusnya, MAPHILINDO telah ditubuhkan bagi mencapai kesepakatan dalam negara serantau hasil kerjasama Tunku, Sukarno dan Macapagal selepas “July – August Summit Conference” pada 1963 di Manila, Indonesia.

Nasib malang, MAPHILINDO dimatikan ketika Malaysia ditubuhkan. Ketidahmahuan Indonesia dan Filipina mengiktiraf Malaysia disaat penubuhan serta tindakan ketenteraan terhadap Malaysia telah mengakibatkan Malaysia untuk memutuskan hubungan diplomatik bersama kedua – kedua negara tersebut.

Disebalik semua perkembangan adalah Tunku; sosok yang kita semua kenali sebagai Bapa Kemerdekaan.

Ada apa dengan Tunku ?

Tunku seolah – olah dapat melihat masa hadapan. ASA, MAPHILINDO mahupun ASEAN tidaklah ditubuhkan untuk memupuk kerjasama ekonomi mahupun sosio – kebudayaan semata – mata namun atas asas yang lebih mustahak : “Survival against Communist threat”.

Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Kita semua sedia maklum bahawa keadaan di negara – negara serantau yang pada ketika itu baru mendapat kemerdekaan dari penjajah menjadi ruang membiaknya ideologi / perjuangan komunis. Negara – negara blok Komunis mula mengambil kesempatan terhadap ” Vacuum of Power ” yang wujud di rantau ini demi kepentingan mereka.
Maka kerjasama ekonomi dan sosio – kebudayaan serta yang paling mustahak ” consensus ” di antara negara serantau amatlah diperlukan. Pembangunan perlu diadakan, kebajikan perlu diutamakan dan ancaman Komunis perlu diatasi segera bagi membolehkan rakyat merasai nikmat kemerdekaan.

Berterasakan semua ini, Putera berketurunan Kedah-Siam ini mengambil langkah pertama dengan merangka dan seterusnya berusaha demi penubuhan ASA dan seterusnya MAPHILINDO yang menjadi nadi kepada usaha mewujudkan ASEAN.
Jalannya tidaklah semudah itu, unsur – unsur nasionalisme masih segar dan berakar kuat dalam kedua – dua masyarakat serta kepimpinan negara serantau yang baru mendapat Kemerdekaan. Idea bersifat “regionalism ” seperti penyatuan dan kerjasama serantau tidak langsung menarik perhatian malah ditambah buruk dengan ketidakstabilan politik serantau disebabkan pelbagai bentuk konflik

Namun itu semua gagal menghentikan Tunku.

Hari ini ASEAN sudah berusia 50 tahun. Dengan adanya ASEAN, pembangunan serantau tidak dapat dihalang. Kerjasama ekonomi dan sosio – kebudayaan terus berkembang maju sehingga rantau Asia Tenggara kini berdiri teguh sebagai antara blok politik antarbangsa yang kukuh, bebas dari konflik dan bebas dari kekerasan.

Keharmonian ini pula menjadi asas keyakinan yang mampu menarik pelbagai bentuk pelaburan luar yang secara langsung dan tidak langsung bantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat di negara – negara serantau.

Sesungguhnya, peranan dan jasa Tunku itu tidak terbatas di peringkat negara sahaja malah di peringkat serantau dan antarabangsa. Malah, “consultation” dan “consensus” yang menjadi sifat asas ASEAN itu sendiri merupakan jelmaan sifat / pendirian Tunku yang meraihkan keharmonian / kegembiraan.

Tatkala persoalan apakah hala tuju ASEAN mula menjelma dalam pemikiran kita pada hari ini, marilah kita mengambil kesempatan ini untuk meraihkan tokoh dan nilai di sebalik usaha kerjasama serantau yang cukup berjaya ini.

Dengan izin,

“The Tunku was a man of happiness. When Malaya obtained her independence, the Tunku declared himself ” the happiest Prime Minister in the world “. The gracious and charming autocrat lead not just a nation but an entire region and with compassion, justice and more importantly with a vision for it’s future. For the Tunku;  is still the greatest Malaysian.

#Merdekastories
#BNYVPenang

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here