Persiapan Tabung Haji Untuk Musim 2017

0
246
views
Sumber: http://www.thestar.com.my

Musim haji yang kian tiba membangkitkan kita dengan rasa mahu ke Tanah Suci untuk melaksanakan ibadah haji. Kalau jemaah haji juga pulun melakukan persiapan yang rapi, apatah lagi Tabung Haji sendiri demi memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Meskipun sudah berpengalaman bertahun tahun dalam industri pengurusan haji ini, namun setiap tahun pasti berbeza dugaannya. Jadi sudah pasti persiapan yang dilakukan oleh Tabung Haji untuk menghadapi cabaran cabaran yang akan datang dengan tenang.

Tabung Haji juga menyediakan sebanyak 110 penerbangan catar haji untuk kesemua bakal jemaah haji Malaysia. Alhamdulillah buat masa ini sebanyak 47 penerbangan telah berlepas dan tiba dengan selamat. Baki 63 penerbangan akan diterbangkan dan penerbangan terakhir dijadualkan berlepas pada 26 Ogos.

Berbanding musim musim sebelum ni, Tabung Haji juga meningkatkan kapasiti pesawat dengan menukar Boeing 777 yang boleh memuatkan 278 penumpang kepada Airbus 330 yang boleh memuatkan 420 penumpang. Tabung Haji juga yakin bahawa semua jemaah haji ini akan diterbangkan sebelum berakhir tempoh penerbangan.

Sehingga artikel ini ditulis, jumlah jemaah haji yang telah berada di tanah suci hampir mencecah 17 ribu jemaah. Walaupun diduga dengan cabaran seperti jemaah mengalami masalah visa, pihak Tabung Haji tetap yakin dapat menerbangkan semua jemaah. Tabung Haji juga turut meminta sokongan dan kepercayaan kepada mereka kerana tidak pernah mereka gagal dalam menerbangkan jemaah haji terpilih ke Tanah Suci sepanjang 54 tahun mereka beroperasi.

Pihak Tabung Haji juga turut memohon kerjasama dari semua pihak untuk tidak menimbulkan khabar angina yang boleh menyebabkan kekeliruan kepada jemaah haji.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here