Harimau Berjuang

1
1724
views

Secara ringkasnya, pasukan khas di Malaysia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu Paskan Komando dan Pasukan Elit. Pasukan-pasukan merupakan entiti-entiti yang wujud di dalam pasukan keselamatan dan pasukan penguatkuasa negara. Walaupun mungkin terdapat keadaan di mana fungsi kedua-dua jenis pasukan ini bertindih, secara relatifnya, keduanya tetap memiliki bidang tugasan dan operasi yang agak berbeza.

Antara contoh yang boleh diketengahkan ialah, di dalam pasukan keselamatan negara, pasukan Komando yang kita miliki adalah Komando Tentera Darat yang dikenali sebagai Gerup Gerakhas ( GGK), Komando Tentera Laut yang dikenali sebagai Pasukan Khas Laut ( PASKAL) dan Pasukan Komando Tentera Udara yang dikenali sebagai Pasukan Khas Udara ( PASKAU).

Di dalam pasukan penguatkuasaan pula, kita mempunyai pasukan Komando daripada agensi  Polis Diraja Malaysia yang dikenali sebagai 69 Komando. Bagi pasukan elit pula, contoh yang paling mudah untuk dikenali adalah pasukan 10 Briged PARA yang merupakan sebahagian daripada ketumbukan Tentera Darat Malaysia.

Apakah perbezaan di antara keduanya? Paling mudah, kita boleh katakan pasukan Komando mempunyai rejimen temur yang harus dan sememangnya memiliki kemahiran khusu beroperasi merentas permukaan – darat, laut dan udara, sesuai dengan penugasan mereka yang mengehadkan jumlah anggota pasukan operasi kurang daripada Batalion Infantri Standard (BIS).

Secara umumnya, dalam sesebuah BIS, untuk sesuatu operasi kecil, satu-satu kumpulan terdiri daripada 12 orang anggota, manakala untuk kumpulan operasi pasukan Komando pula, pasukan kecilnya terdiri daripada sekitar 6 orang yang dikenali sebagai Ronda Kumpulan Kecil ( RKK). Tentu sekali terdapat perbezaan-perbezaan lain, misalnya daripada segi kelengkapan, kemahiran, sko operasi dan jarak eksploitasi.

Apakah yang dimaksudkan dengan  KOMANDO? Secara definisi ringkas, Komando adalah seorang askar atau anggota sebuah pasukan elit infantri ringan atau pasukan operasi khas, yg kebiasaannya berpengkhususan dalam aktiviti pendaratan amfibia, payung terjun atau rapelling. Pada asalnya, “komando” adalah sebuah unit tempur, bukannya anggota unit tersebut. Dalam erti kata lain, perkataan “komando”  berasal daripada Bahasa Inggeris iaitu “commando” bermaksud “command” atau arahan, membabitkan unsur-unsur ketenteraan atau unit operasi pasukan khusus.

Dalam kebanyakan pasukan tentera dan kerajaan, komando dibezakan dari unit lain kerana mereka berpengkhususan dalan serangan terhadap sasaran berprofil tinggi yang di luar kebiasaan. Walaubagaimanapun, istilah itu sendiri kadangkala digunakan untuk mengaitkan tugasan tersebut dengan unit yg menjalankan tugas tersebut (misalnya sesetengah unit polis awam).

Dalam bahasa Inggeris, untuk membezakan istilah itu terhadap unit dan anggotanya, ejaan huruf besar digunakan bagi melambangkan unit. Dalam istilah moden pada hari ini, perkataan komando “Commando” sangat berkait rapat dengan etika pasukan khusus yang apabila diberi arahan, akan terus menjalankan tugasnya tanpa soal atau rasa takut . You “Command” (Anda arahkan) dan “I Do” (saya buat) adalah intipati asas kepada istilah ini.

Antara unit Komando tertua negara kita adalah pasukan GGK, yang telah ditubuhkan pada tahun 1965. penubuhannya adalah bertitik-tolak daripada Insiden konfrantasi dengan Indonesia yang berlaku ketika itu. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan (MENHAN) pada ketika itu, iaitu Tun Abd Razak telah mengadakan perbincangaan dengan Ketua Turus Angkatan Tentera   iaitu Jeneral Tunku Dato’ Osman Jiwa bagi menubuhkan satu pasukan Petugas Khas bagi melancarkan serangan mengejut ke atas pengkalan-pengkalan kecil Tentera nasional Indonesia (TNI) yang terletak berhampiran Malaysia. Strategi ini dikenali sebagai Counter Indonesian Confrontation.

Kempen telah diadakan sepanjang Oktober dan November 1964 bagi mengumpulkan para sukarelawan. Seramai 1000 orang menawarkan diri dan 350 telah layak ke saringan kedua yang diadakan di kem Sg Besi, KL. Timbalan Komandan Federation Military College, Mejar Ghazali Che Mat telah dipertanggungjawabkan untuk melakukan penilaian.

Akhirnya hanya 15 orang terdiri daripada 5 pegawai dan 10 LLP layak. Lt Col Tiffin, pegawai Memerintah 40 British Royal Marine telah melantik Mej Bacon sebagai ketua Jurulatih bagi meneruskan latihan bertempat di Burma kem, Ulu Tiram, Johor. Latihan ini dipanggil Kursus Kader komando dan dijalankn selama 6 minggu, diadakan di Far East land Forces Training Center,  Ulu Tiram, Johor.

Lambang asal GGK yang digunakan sejak penubuhannya. Logo harimau dikatakan idea asalnya daripada kampit simen cap Harimau yang digunakan ketika pembinaan kem GGK di Sg. Udang
Lambang baru GGK yang mula digunakan sekitar hujung tahun 90an. Lambang GGK dikenali sebagai Harimau Berjuang

Akhirnya pd pagi Jumaat 19 Februrari 1965, seramai 12 anggota sukarelawan yang terdiri daripada 4 pegawai dan 8 LLP telah berjaya menamatkan latihan. Mereka terdiri drpd kor-kor RAMD, Polis Tentera, Peninjau dan Jurutera.

Peneraju awal pasukan GGK pada tahun 1965 – dikenali sebagai The Big Twelve

Mereka terdiri daripada :

  • Mejar Abu Hassan Bin Abdullah ( bersara Kolonel)
  • Leftenan Mohd Ramli Bin Ismail ( Bersara Mejar General)
  • Lt. M Ghazali Bin Ibrahim ( Bersara Mejar General)
  • Lt. M Hussin Bin Awang Senik ( Bersara Kolonel)
  • 4861 Staff Sarjan Zakaria Bin Adas
  • 6842 Sergeant Ariffin Bin Mohamad
  • 300152 Sarjan Anuar Bin Talib
  • 201128 Sarjan Yahya Bin Darus
  • 202072 Kpl Silva Dorai
  • 203712 Kpl Moo Kee Fah
  • 13852 LKpl Johari Bin Haji Morhd Siraj
  • 10622 LKpl Sabri Bin Ahmad

3 yang tidak berjaya  adalah :

  1. Capt Campbell
  2. Sjn Arus salam
  3. Sjn Abbas

Pada 25 Februari 1965, penubuhan pasukan Gerak Khas Malaysia atau Malaysian Special Service Unit (MSSU) telah diluluskan. Mejar Abu Hassan Abdullah telah dilantik sebagai Pegawai Pemerintahnya dan PWII Ariffin Muhammad dilantik sebagai Sarjan Mejar Skuadron. MSSU ditempatkan di Kem Majidee, Johor dan urus tadbirnya dibantu oleh Pegawai Memerintah Batalion 4 RAMD, Leftenan Kolonel Esa Ahmad.

Mejar Abu Hassan telah mengarahkan 3 kumpulan kursus asas komando dijalankan serentak kerana terdapat keperluan menambah anggota. 8 anggotanya pula dilantik sebagai pembantu Jurulatih Detasmen 40 British Royal Marine Commando. Sebanyak 6 Kursus Asas telah dijalankan sepanjang 1965. Pada 7 Mei 1965, upacara tamat latihan telah diadakan di padang kawad Kem Majidee dan disempurnakan oleh General Pat Glennie. Pasukan ini kemudian diletakkan di bawah pemerintahan kem tersebut iaitu di bawah pasukan Rejimen ke-4 Askar Melayu DiRaja ( 4 RAMD).

Daripada nama asal MSSU, pasukan ini mula dikenali sebagai Pasukan Pertama Gerak Khas ( 1 PGKM). Pada awalnya, ia hanya terdiri daripada 5 Trup sahaja, iaitu 3 Trup Tempur, 1 Trup Tadbir dan 1 Trup Perairan ( Naval Element). Pada Oktober 1966, PGKM telah dipindahkan pula ke Kem Sebatang Karah, Port Dikcson, negeri Sembilan.

Tahun 1969 menyaksikan pasukan ini ditetapkan pengkalannya di Kem Sungai Udang – yang kini menjadi spiritual homenya. 1 Ogos 1970 menyaksikan penubuhan rasmi  pasukan ini dyang dikenali sebagai 1 Rejimen Gerak Khas ( 1 RGKM). ketika itu, Rejimen ini sudah mempunyai Skuadron Markas, Skuadron Bantuan, Skuadron Latih dan 3 Skuadron Tempur iaitu Skuadron-skuadron X-Ray, Yankee dan Zulu. Satu lagi skuadron telah ditubuhkan pada tahun 1979 iaitu Skuadron Whisky.

Di akhir tahun 70an, 1 RGKM ditukarkan namanya kepada 65 Komando – sempena tahun penubuhannya. Nama pasukan ini telah ditukar sekali lagi kepada Rejimen 21 Para Komando ( 21 PKR) pada 1 Januari 1981 disebabkan oleh program Pemodenan Angkatan Tentera Malaysia ( PERISTA). pada tahun 1987, sekali lagi nama pasukan ini bertukar kepada Rejimen 21 Komando, selaras dengan rancangan penyusunan semula Organisasi Tentera Darat yang dijalankan mulai ketika itu.

Nama itu kekal sehingga sekarang. Pada Januari 1981, Markas Grup Gerak Khas telah ditubuhkan di Kem Imphal, Kuala Lumpur bagi menjadi Markas Briged. Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga, yang melibatkan pengembangan pasukan ATM, PULPAK – Pusat Latihan Peperangan Khas (Special Warfare Training Centre) telah ditubuhkan. Pada 1983, Rejimen 22 KDO telah dipindahkan ke Kuala Kubu Baru akibat kesesakan di Kem Sungai Udang. Ia adalah rentetan daripada sebahagian kecil daripada Rejimen ini yang ditempatkan di Kem Slim , Cameron Highland, Pahang sejak sebelum itu.

Kem Sungai Udang

Kem ini kini menjadi spiritual home bagi pasukan GGK dan merakam sejarah yang sangat perlu dipelihara. Di kem inilah letaknya PULPAK yang dkenali sebagai sekolah melahirkan anggota-anggota GGK yang mahir dan cekap. Selain daripada itu, ia terus mengekalkan sebahagian daripada formasi pasukan ini, walaupun sebahagian besarnya yang lain telah dipindahkan ke Kem Iskandar, Mersing, Johor. Perpindahan ini adalah satu keperluan memandangkan kem Sg. Udang kini boleh dikatakan sesak, terutama disebabkan oleh pembangunan sekitarnya. Walaubagaimanapun, ia akan tetap kekal sebagai rumah asal pasukan ini – walaupun ada usaha daripada pihak tertentu yang cuba mengambil-alih tanah di kawasan kem atas tujuan komersil.

Kem ini telah dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Abdul Halim Shah pada 8 Jun 1957, yang ketika itu merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu. Perasmian ini telah disaksikan oleh Sir Donald Charles Mac Gillvray yang merupakan Pseuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Peruntukan bagi membina kem ini telah disalurkan oleh kerajaan British sebagai tanda persahabatan Malaya ketika itu, dan mulanya diduduki oleh pasukan 10st Gurkha daripada pasukan Askar British, sebelum diambilalih oleh pasukan Peninjau ( Kor Armor). ia kemudian diserahkan kepada pasukan 1 RGKM pada tahun 1970.

Kekuatan besar pasukan telah  dipindahkan ke Kem Iskandar, Mersing, pada tahun 2004. Terletak 15 km ke selatan Mersing, ia meliputi kawasan seluas 2,000 ekar (8.1 km persegi). Antara kelengkapan yg terdapat adalah 200 buah bangunan, 20 km jalanraya, 3 jambatan, sebuah pelabuhan, tapak mendarat, padang kawad dan kemudahan-kemudahan lain. Projek ini telah melibatkan kos sebanyak RM422 juta.Pengkalan baru ini dinamakan Kem Iskandar, sempena baginda Sultan Johor, yg merupakan penyokong kuat Rejimen Gerak Khas dan merupakan Kolonel Kehormatnya sekarang…=WRA=

Comments

comments

1 COMMENT

  1. Rejimen Askar Melayu terlibat dengan pertempuran di Pasir Panjang menentang Tentera Jepun semasa Perang Dunia kedua….. Nama pun Perang Dunia… bukan tu perang besar Malaysia pernah terlibat ke…. tak baca sejarah kot…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here