Asal Usul Sukan Ragbi

1
1435
views

Permainan ini nampak ganas, keras, lasak, ada yang mengejar dan dikejar serta rempuhan bak peperangan. Ya itulah gambaran awal kita terhadap permainan ragbi. Jika di Malaysia, sukan ini mungkin tidaklah sepopular bola sepak, yang sering memperoleh siaran langsung di televisyen. Namun begitu, permainan ragbi ini juga mempunyai sejarah yang menarik untuk kita ketahui.

Bagaimana permainan ini bermula?

Sebenarnya, asal usul permainan ragbi ini tercipta pada tahun 1823. Ia terjadi secara kebetulan, begini ceritanya, dalam 1 perlawananan bola sepak peringkat sekolah di Rugby School, permainan ini tercipta daripada perbuatan yang secara spontan oleh seorang pelajar 16 tahun yang bernama William Webb Ellis. Apakah yang dilakukan oleh Ellis sehingga mencetuskan idea permainan ragbi?

Kejadian tersebut berlaku di dalam perlawanan bola sepak, dengan tidak semena-mena Ellis telah merebut dan mengambil bola dengan tangannya, lalu membawa bola itu, sambil berlari ke depan menuju ke arah gawang gol pasukan lawannya. Melihat tindakan Ellis itu, rakan-rakannya berasa marah, lalu terus mengejarnya, sehingga lah berlaku, tarik menarik, pergomolan, dan juga rempuhan fizikal bagi menghalang Ellis daripada terus sampai ke gawang gol pasukan lawan. Yang menariknya, lagi laju Ellis berlari, lagi ramai rakannya mengejar di belakang. Ala… kalian pun pernah main macam ni, petang petang masa sekolah rendah dulu. Maka boleh lah saya simpulkan bahawa, daripada kejadian itulah bermulanya sebuah permainan baharu.

Walau bagaimanapun pada waktu itu, tiada siapa pun yang menerima dan memperakui perbuatan Ellis dan rakan-rakannya, sebagai sebuah sukan yang mampu dikembangkan. Hanya kira kira 50 tahun kemudian, setelah Ellis meninggal dunia, barulah peristiwa itu diingati kembali.

Seorang rakan Ellis, Mattheur Blaxom telah menceritakan kembali tindakan Ellis dan rakan-rakanya itu, di dalam sebuah artikel tulisannya, dalam majalah The Meteor yang diterbitkan pada tahun 1888.

Dalam artikel tersebut dicatatkan bahawa perbuatan Ellis yang mencetuskan idea kepada permainan ragbi, bukan lah  ketika dia  menangkap bola dengan tangannya, tetapi ianya adalah daripada tindakan Ellis yang berlari sambil memegang bola, ke arah gawang gol pasukan lawan. Malangnya, tiada rekod yang menceritakan tentang tindakan Ellis berlari ketika itu.

Menurut beberapa buku sejarah sukan ragbi, di sekolah Ellis telah dibina sebuah batu asas atau monumen untuk memperingati peristiwa tersebut. Tulisan pada batu asas atau monumen tesebut berbunyi;

“With fine disregard for the rules of football as played in his time, first took the ball in his arms and ran with it, this originating the distinctive features of the rugby game.”

Permainan ini dikenali sebagai permainan ragbi, sempena nama  pekan kecil tempat William Webb Ellis bersekolah, iaitu Rugby, United Kingdom. Selepas itu, Universiti Cambridge telah mengubahsuai sukan ragbi, membuat peraturan rasminya sendiri, dan sekaligus telah mempopularkan permainan ragbi. Di Universiti Cambridge juga pada tahun 1839, sekumpulan pelajar telah menubuhkan kelab ragbi, yang juga merupakan kelab ragbi pertama di dunia.

Peraturan rasmi bagi sukan ragbi di England diumumkan pada tahun 1849, namun permainan ini mula popular di sekolah sekolah dalam England pada tahun 1871. Di tahun yang sama juga, telah diadakan perlawanan ragbi peringkat antarabangsa pertama, yang menemukan Scotland dan England. Perlawanan tersebut dimainkan oleh 20 orang dalam tempoh masa 100 minit.

Pada tahun 1870, penggunaan pengadil mula diperkenalkan, dan lima tahun kemudian dua orang penjaga garisan telah digunakan bagi membantu pengadil utama. Bilangan pemain juga telah di tetapkan kepada 15 orang sepasukan. Di England, badan yang bertangungjawab ke atas sukan ragbi adalah Rugby Football Union ( RFU ) yang ditubuhkan pada tahun 1871. Manakala bagi perngkat antarabangsa, badan yang menguruskan sukan ragbi adalah International Rugby Board ( IRB ),  ditubuhkan pada tahun 1886, beribu pejabat di Dublin, Ireland.

Pada masa kini, sukan ragbi telah berkembang luas serata dunia. Antara negara negara yang berpengaruh dan handal dalam sukan ragbi adalah seperti:

New Zealand,
England.
Ireland.
Australia.
South Africa,
Scotland.

Nama nama yang saya berikan di atas, berdasarkan World Rugby Ranking, mengikut turutan 1- 6 yang dikeluarkan oleh IRB.

Comments

comments

1 COMMENT

  1. good article. tapi kurang bujukan dalam penulisan. nampak macam copy paste article. But really salute your.passion. keep improving and keep writing bro. 👍😉

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here