Tabung Haji Komited Dalam Menyelesaikan Masalah Visa

0
248
views

Baru baru ini kita dikejutkan dengan berita bahawa terdapat segelintir bakal jemaah haji negara kita yang terkandas buat sementara disebabkan masalah visa. Banyak pihak yang cuba mempertikaikan usaha Tabung Haji dalam kes ini.

Namun Tabung Haji telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan isu ini yang menyatakan bahawa Tabung Haji komited dalam menyelesaikan isu visa bakal jemaah haji. Langkah pertama yang dibuat oleh Tabung Haji ialah mereka sedang giat berusaha bersama dengan Kedutaan Arab Saudi Kuala Lumpur untuk menyelesaikan dugaan ini dalam masa yang terdekat.

Namun, proses permohonan data bakal jemaah untuk visa perlu melalui 3 kelulusan utama yang secara berperingkat yang akan melibatkan dua kementerian dan satu agensi arab Saudi. Pihak Kedutaan juga turut berusaha keras untuk menyelesaikan hal ini dengan menambahkan bilangan kakitangan untuk mempercepatkan proses proses yang melibatkan visa.

Hasil usaha yang berterusan dan komited dari pelbagai pihak, bilangan bakal jemaah haji yang masih mengalami masalah ini hanya tinggal 51 orang sahaja. Namun terdapat 417 orang bakal jemaah yang tidak berlepas lagi. Alhamdulillah, sebanyak 461 orang bakal jemaah haji dan ahli keluarga telah berjaya diselesaikan dan juga telah pun berlepas.

Tabung Haji juga turut menampung kos penginapan dan makanan sepanjang tempoh masa penyelesaian visa itu tanpa mengenakan sebarang caj kepada bakal jemaah haji. Informasi informasi terkini berkaitan masalah visa ini juga boleh didapati di Bilik Maklumat BH/BV yang lokasinya terletak di Seri Setia, Tingkat 1, Kompleks Haji.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here