Benarkah Orang Yang Genius Biasanya Gila?

0
2062
views

Sembang pasal apa itu dan macam mana itu ‘genius’ memang sejak dulu lagi ada dah. Genius dilatih ataupun sejak lahir dah ada?

Aristotle kata, genius mempunyai hubungan dengan kegilaan (madness), dan dia anggap dua benda-benda ini memang semulajadi.

Bukan Aristotle saja fikir macam ini, ahli psikologi seperti Havelock Hellis dan Hans Eysenck pernah buat kajian pasal ini. Kajian Eysenck kata, genius ini tak dikaitkan sangat dengan psikosis (gila sepenuhnya), tapi dikaitkan dengan psikotikism.

Psikotikism ini menurut Eysenck adalah perseonaliti yang tipikalnya merujuk pada sifat agresif yang mampu menghidupkan kegilaan.

Eysenck ini dia kaji pasal hubungan antara biologi dan psikologi. Dia ada wujudkan perkatan ‘neuroticism’. Neuroticism ini adalah ukuran emosi seseorang daripada paling tenang sampailah paling tertekan. Dan hubungannya dengan perubahan bio-kimia dalam tubuh.

Eysenck kata, orang yang paling neurotic adalah orang yang paling tak stabil emosinya. Dia ada juga kelaskan tahap-tahap emosi lain di bawah neurotic seperti melankolik, kolerik, sanguine dan phlegmatic.

Dia cuba nak uji idea ini pada beberapa kumpulan manusia dia institusi mental. Masa dia uji, dia jumpa satu lagi kelas emosi iaitu psikotik. Psikotik ini dikaitkan bagi emosi kegilaan.

Orang yang beremosi psikotik biasanya berpersonaliti agresif, ego, anti-sosial dan tidak mempunyai empati. Tetapi mereka mempunyai tahap kreativiti yang tinggi dan minda yang kukuh.

Orang yang ada emosi macam ini tak selalu psikotik. Macam kita ada sifat marah, kita tak selalunya marah-marah. Dengan kajian ini, Eysenck cuba nak kaitkan sifat kreativiti itu sendiri dengan personaliti.

Genius adalah tahap tertinggi kreativiti dan terletak pada tahap intelek tertinggi. Orang yang ber-IQ 165 kira pra-syarat ke arah genius.

Eysenck mendefinisikan genius sebagai pemikiran yang di luar kota. Yelah, nampak tipikal kan pada hari ini. Kalau bagi masalah, dia bagi solusi yang pelik-pelik, tapi cantik dan efisyen. Malah, solusi yang melebihi daripada apa yang diperlukan.

Eysenck percaya, genius ini berkait dengan personaliti psikotikism dengan tiadanya sifat psikotik. Psikotik ini gila yang berhalusinasi.

Psikotikism ini sejenis ‘gila’ yang orang kita selalu sebut sebagai ‘bijak gila’, ‘gila punya idea’, ‘idea kau power’, ataupun jenis gila sampai orang susah nak percaya. Jenis-jenis macam inilah gilanya.

Antara contoh kegilaan yang popular adalah kisah Dr. Frankenstein yang mahu mencipta ‘manusia’. Idea dia ini memang gila. Kaedah dia pun gila kerana menolak semua kaedah konvensional. Dia pun ada sifat yang gila.

Dalam dunia realiti kita ada Copernicus dan Galileo yang mempunyai idea yang semua orang susah nak terima sampai diancam gereja. Beethoven itu pun gila kot. Boleh cipta muzik walaupun pekak.

Newton sendiri ramai orang tak suka dia di Akademi Sains. Dia pun pernah terperuk kat rumah dia berapa tahun entah sampai dia jumpa teori-teori fizik yang baru.

Michael Focoult sendiri pernah cakap gila ini adalah satu tahap kreativiti. Focoult cakap, masa zaman Renaissance, orang gila takkan ditangkap, tapi dibiarkan sebab gila dianggap intelek tinggi.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here