Kezaliman Dan Jenayah Perang Rejim Khmer Rouge

0
2650
views
Seorang askar Vietnam mengiringi beberapa orang banduan Khmer Rouge

Kesemua ideologi dalam lipatan sejarah akan terperosok dengan ketidaksempurnaan apabila kuasa terlalu mutlak diberikan kepada barisan kepimpinan. Itulah kelemahan utama komunisme yang menjanjikan kesamarataan tetapi mengurniakan kuasa mutlak kepada pemimpin sehingga berlakunya pembunuhan demi pembunuhan di serata dunia.

Nuon Chea dan Khieu Samphan telah dipenjarakan seumur hidup atas kesalahan kemanusiaan yang mereka lakukan ketika penguasaan mereka dibawah Pol Pot. Dibawah rejim komunisme mereka, lebih daripada dua juta rakyat mati akibat pembunuhan, terlebih kerja dan kelaparan. Rejim ini bangkit merampas kuasa Kemboja selepas lapan tahun Perang Saudara.

Maka tertubuhlah Kemboja Demokratik (Khmer Rouge). Dan beberapa hari selepas itu mulalah kerahan mereka agar rakyat di Phnom Penh dan bandar-bandar lain memulakan pekerjaan pertanian. Dasar-dasar pembaharuan komunisme dimulakan dengan penghapusan wang, pasaran terbuka, persekolahan normal, hartanah milik sendiri, gaya pakaian asing, dan agama.

Rumah-rumah ibadat telah ditutup dan ditukarkan untuk penggunaan yang lain.

Hiburan-hiburan yang ada hanyalah pro-revolusi sahaja. Aktiviti-aktiviti kelapangan semuanya terhad. Pakaian hitam (pakaian revolusi) menjadi asas kepada masyarakat.

Dengan kehilangan hak dan kebebasan, rakyat terpaksa hidup dengan kesengsaraan kuku besi dimana mereka boleh dituduh sebagai musuh jika tiga orang berkumpul. Malah, hubungan kekeluargaan pun perlu disekat.

Beribu-ribu anggota dan pegawai ketenteraan, termasuk juga pekerja kerajaan dibunuh hanya kerana mereka “tidak suci”. Pembunuhan beramai-ramai ini turut membabitkan rakyat minoriti kaum Cham, Vietnam dan Cina. Ahli-ahli parti sendiri pun dihukum juga. Ramai ditahan dalam penjara, dianiayai dan akhirnya dibunuh juga.

Banduan-banduan yang telah menjadi mangsa kezaliman Khmer Rouge di Penjara Tuol Sleng

14,000 orang dipenjarakan di S-21 (penjara Kemboja). Hanya 12 sahaja yang dikeluarkan.

Dibawah Rancangan Negara 1976, rakyat Kemboja dituntut hasilkan tiga tan beras bagi setiap hektar. Penuaian perlu dibuat setiap bulan untuk mencapai kuota dan rejim Khmer memaksa rakyat mereka menjalankan pekerjaan lebih daripada 12 jam sehari tanpa rehat atau makanan yang cukup, apa lagi jentera dan kemudahan yang sesuai.

Kesudahan buat Rejim Khmer bermula apabila mereka berperang bersama Vietnam. Pada asalnya, hubungan mereka berdua agak akrab tetapi setelah jatuhnya Saigon, mereka menyerang kepulauan Phu Quoc dan Tho Chau. Vietnam membalas serangan sehinggalah Phnom Penh dirampas dan pemimpin-pemimpin Khmer melarikan diri di Thailand dengan bantuan China dan Thailand.

Pentadbiran baru Phnom Penh berjaya meraih sokongan ramai dibawah nama Republik Rakyat Kampuchea (PRK). Ekonomi berjaya dikembalikan, dan Rejim Khmer mula diperangi sebagai pemberontak.

Kampuchea menyambung inspirasi-inspirasi sosialisme dalam ekonomi, cuma membuang habis usaha-usaha radikal Pol Pot dengan dasar yang dirangka Kesatuan Soviet dan Comecon.

Comments

comments

Previous articlePsikologi Jack Sparrow
Next articleYang Yuhuan, Kejelitaan Yang Meruntuhkan Sebuah Empayar
Meskipun sibuk dengan perniagaan restoran, Ahmad Faezal tetap merupakan pengikut setia astronomi, geologi dan sejarah yang telah menjadi sebahagian daripada minat bervariasi beliau. Beliau juga mengimpikan bahawa dalam masa seratus tahun, bangsa Melayu mampu melibatkan diri dalam bidang aeroangkasa, seiringan dengan bangsa-bangsa lain. Namun, asas kepada kejayaan ini terletak kepada empat huruf utama iaitu ILMU.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here