Heat Stroke: Apa Yang Kita Perlu Buat?

0
418
views

Pernah tak anda mendengar tentang Heat Stroke? Saya berpengalaman sekali melihat perkara ini apabila menunggu suami saya yang bertugas di Unit Kecemasan di satu Hospital.

Beberapa orang sedang memapah rakan mereka yang kelihatan seolah-olah keliru, dengan muka kelihatan kemerahan selain meracau-racau tidak tentu butir bicara. Kemudian masuk lagi 1 kumpulan lain juga memapah rakan mereka yang berkeadaan sama seperti pesakit sebelum ini.

Terdengar suara staff yang berteriak supaya menyediakan air untuk membasahkan badan pesakit yang dibawa. Rupanya mereka yang dipapah tu mengalami Heat Stroke apabila berlatih di musim panas tidak mengira siang atau malam menyebabkan sistem tubuh jadi haywire atau tidak menentu.

Heat Stroke/Strok Haba

Heat Stroke adalah keadaan dimana suhu tubuh dapat mencapai 40°C atau lebih. Heatstroke dapat disebabkan oleh kerana kenaikan suhu sekeliling (seperti fenomena El Nino) atau aktiviti lasak yang dapat menyebabkan peningkatan suhu badan. Ia merupakan salah satu keadaan kecemasan yang perlu diambil tindakan segera bagi mengelakkan berlakunya kerosakan otak, kegagalan fungsi organ ataupun kematian. Mereka yang mengalami Heat Stroke ini kebiasaannya sentiasa berpeluh, dalam kebingungan, disorientasi atau tidak sedarkan diri, kulit kelihatan merah,jika disentuh akan merasa panas serta kering, dan boleh juga mengalami sawan.

Antara penyebab berlakunya Heat Stroke adalah ;

☆ ‘Heat exhaustion’ yang kebiasaanya berlaku kerana terdedah dalam cuaca yang panas dalam tempoh masa yang lama.

☆ Aktiviti fizikal yang berat, atau mana-mana keadaan yang boleh meningkatkan suhu badan seperti berlari, bertinju, berjogging dan lain-lain. Selain itu pemakaian yang terlalu tebal juga boleh menyekat pengeluaran peluh dan menyebabkan udara panas terperangkap di dalam tubuh.

Mereka yang berisiko mengalami Heat Stroke adalah;

• Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah terutama bayi.

• Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung

• Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

• Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain.

• Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda).

Risiko akan bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/pengeringan peluh.

Langkah pencegahan Heat Stroke;

✔ Minum air sebelum, semasa dan setelah latihan.
(Keperluan terhadap air pada setiap individu adalah berbeza bergantung kepada tenaga yang dimiliki, cuaca, kelembaban serta daya tahan tubuh)

✔Bagi seorang yang terlibat dengan aktiviti larian (kecuali lari berganti-ganti ataupun lari dari kekasih hati),mereka perlu tahu bilakah keadaan yang memerlukan mereka minum di antara larian sebagai contoh minum ketika mulut berasa kering ataupun mereka merasa perlu untuk minum.

✔Pastikan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi jika berlari atau melakukan aktiviti tanpa rehat lebih dari 30 minit bagi menggantikan garam dan elektrolite lain yang telah hilang akibat perpeluhan. (Menyelam sambil minum air tidaklah digalakkan kerana dikhuatiri akan menyebabkan kembung perut lalu aktiviti lain tidak dapat dilakukan)

✔Bila kita berlari untuk jarak yang jauh, seelok-eloknya siram kepala dan leher dengan air setiap beberapa kilometer untuk membantu menjaga suhu tubuh badan agar tidak naik terlalu tinggi.

✔Pakai payung atau topi jika mahu kemana-mana bagi mengelakkan pendedahan secara langsung dengan matahari.

✔Mandi dengan kerap bagi tujuan menyejukkan badan.
Seeloknya elakkan daripada berjemur di tepi pantai ala-ala mahu tanned kan kulit kerana kulit orang asia adalah original tanned.

✔ Elakkan berada terlalu lama di dalam kereta yang berkunci tanpa dipasang aircond kerana haba yang terperangkap didalam kereta juga mampu meningkatkan kenaikan suhu tubuh badan.

Heat Stroke adalah salah satu keadaan kecemasan dan perlu dibawa ke hospital dengan kadar segera dimana pemberian cecair intravena akan diberikan.

Sementara menunggu bantuan tiba, antara tindakan awal yang boleh dilakukan adalah, pastikan mangsa diletakkan dikawasan yang kurang pencahayaan matahari atau bersuhu tinggi, buka segala pakaian tebal atau lepaskan sedikit pakaian yang ketat bagi tujuan mendedahkan kulit agar terkena denga suhu yang dingin. Berikan aliran air dengan erti kata lain, siram air pada bahagian kepala, celah kelangkang ketiak serta leher.

Sedikit patofisiologi bagaimana tubuh badan bertindakbalas dalam aktiviti penurunan suhu:

Disini kulit memainkan peranan utama dalam menyeimbangkan suhu tubuh badan; bapabila berlaku peningkatan dalam tubuh badan, thermostat di Hypothalamus otak akan menjadi sensor serta pusat kawalan suhu tubuh badan.

Vasodilatation (pengembangan pada pembuluh darah) akan meyebabkan suhu panas keluar dari tubuh melalui kulit. Liang peluh akan menjadi aktif lalu proses penyejukan akan berlaku melalui proses penyejatan menyebabkan peningkatan dalam mengeluaran suhu lalu badan kebali semula ke suhu normalnya.

Nur Nabiila Masfuzah Binti Abdullah
Jururawat Terlatih

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here