Kalau Ada Bencana Alam, Macam Mana Kita Nak Survive?

0
2052
views

Tak kira masa atau tempat, musibah bencana berlaku di mana-mana. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti keganasan, bencana alam dan kerosakan infrastruktur penting. Dan ia seharusnya tidak dipandang enteng begitu saja. Contoh paling mudah, bah besar yang melanda sebahagian kawasan negara kita beberapa tahun lepas. Dianggarkan kerugian dialami negeri-negeri yang terlibat ialah RM1 billion membabitkan pelbagai sektor seperti pertanian dan pengangkutan. Jadi, apa tips atau hacks yang mungkin berguna dalam situasi sebegini?

 

  1. Jika anda mengalami situasi terputus bekalan elektrik dan ketiadaan lilin, anda boleh saja menggunakan tin sardin sebagai pengganti lilin. Ya, saya kata sekali lagi, tin sardin. Caranya, buka tin sardin baru, ambil seutas tali dari mop dan sapukan minyak ikan dalam tin tersebut pada tali. Letakkan tali dalam tin sardin tersebut dan nyalakan, ia akan berfungsi sama seperti lilin biasa walaupun anda akan mencium bau hanyir dari tin tersebut.

 

  1. Api penting untuk kita memasak, menyediakan air bersih dan memanaskan badan. Dan kita sebenarnya boleh menyalakan api dengan menggunakan bateri sembilan voltan atau bateri telefon bimbit. Caranya, cucuh terminal bateri dengan sabut keluli sehingga sabut tersebut ada bara api yang panas. Ambil bahan mudah terbakar seperti kapas dan cucuh dekat sabut tersebut sehingga ia terbakar.

 

  1. Jika anda nak api yang boleh dibawa ke mana-mana, ambil satu tin cat bersaiz kecil dan satu tin cat bersaiz besar. Ambil tin cat kecil tersebut dan masukkan segulung tisu tandas ke dalamnya. Kemudian, isikan tin kecil tersebut dengan alkohol sehingga tisu tersebut benar-benar basah. Masukkan tin kecil dalam tin besar dan nyalakan api dalamnya, presto, anda ada api yang boleh dibawa ke mana-mana. Ia boleh bertahan selama lima jam dan boleh saja ditutup dengan penutup jika mahu dibawa ke mana-mana. Tetapi pastikan api tersebut sentiasa berada dalam pengawasan anda.

 

  1. Jika anda terputus bekalan air semasa situasi kecemasan berlaku, anda boleh mengambil air dari tangki tandas anda. Ya, nampak macam tak senonoh tetapi selagi mana air tersebut bersih dan tidak mengandungi sebarang elemen bahan kimia pembersih, ia masih boleh diminum. Tangki tandas mengandungi lima gelen atau 18.9 liter air dan boleh menampung keperluan individu selama seminggu.

 

  1. Anda boleh juga mengumpul air bersih dengan membungkus ranting-ranting pada pokok dengan beg plastik. Air akan terkumpul dalam beg plastik sebanyak beberapa aun dalam sehari dan ia boleh ditapis dan dimasak untuk diminum. Dan ia boleh dilakukan secara harian sehingga situasi tersebut hilang.

 

  1. Anda rasa minum air tangki tandas menjijikkan. Tetapi bagaimana sekiranya air memang sudah tiada dan anda terlalu dahaga sehingga ke tahap terdesak? Jawapannya terletak pada urin atau air kencing anda. Anda boleh minum dan ia sebenarnya boleh membantu anda bertahan untuk sehari atau dua hari lagi kerana komposisinya terdiri daripada 95% air dan lima peratus bahan buangan. Tetapi ada risiko mengambilnya di mana selepas 2 hari, anda akan mengalami simptom sama seperti kegagalan buah pinggang.

 

  1. Bila mana anda dalam situasi sebegini, anda pasti akan bimbang status makanan anda. Bagi makanan sejuk yang tidak tahan lama seperti daging dan ayam, ia perlu dimasak secepat mungkin. Tetapi sekiranya anda tiada dapur gas dan dapur elektrik tidak berfungsi, anda masih boleh memasak dengan tin soda. Ya, tin soda, tak tipu. Pertama, tebuk bahagian bawah tin. Kemudian pada bahagian sekeliling yang ditebuk itu, tebuk lapan lubang kecil untuk pengudaraan. Potong bahagian berlubang dengan bulatan sama saiz dengan pita pelekat. Ambil satu lagi tin soda dan potong bahagian bawah yang sama dengan bulatan sama saiz dengan pita pelekat. Ambil bahagian tin soda yang dipotong dan potong bahagian bawahnya untuk dijadikan penampan untuk dua bahagian tadi. Ketipkan ia dengan pengokot dan letakkan bahagian tersebut dalam bahagian bawah tin yang tidak ditebuk. Setelah itu, masukkan bahagian tin yang dipotong awal ke dalamnya sehingga ia betul-betul muat. Ambil alkohol, masukkan dalam dapur yang baru dibuat dan nyalakan api, voila, kita ada dapur tin soda!

 

  1. Komunikasi amat penting terutama dalam situasi kecemasan sebegini. Jika telefon bimbit anda kehabisan tenaga bateri, anda boleh mengecas ia semula dengan bateri sembilan voltan, pengecas kereta dan duit syiling. Pertama, masukkan pengecas telefon dalam pengecas kereta dan letakkan hujung pengecas kereta dekat bahagian positif bateri. Kemudian, ambil duit syiling dan letakkan ia di bahagian negatif bateri. Rapatkan kedua-dua pengecas kereta dan duit syiling untuk melengkapkan litar, dan anda dapati telefon anda sedang dicas.

 

  1. Jika anda mengalami kecederaan dan tidak dapat pergi ke klinik kesihatan atau hospital disebabkan situasi seperti banjir dan taufan serta kehabisan bekalan peti kecemasan, luka tersebut boleh ditutup dengan gam kuat atau sianoakrilat. Caranya, letakkan gam tersebut pada bahagian yang luka dan luka tersebut dapat ditutup dalam beberapa saat saja. Namun pastikan sebelum melakukannya, pastikan luka tersebut telah dicuci bagi mengelak jangkitan kuman. Ia bukan satu solusi yang ideal dan boleh merosakkan sel kulit tetapi sekiranya itu boleh menyelamatkan nyawa anda, ia berbaloi. Bagi pengamal perubatan, selain gam ini, mereka turut memilih pita pelekat untuk menutup luka teruk dari terdedah kepada elemen.

 

Sumber:

  1. Hacking The System, Episod ‘Survival Hacks’, 2015

Comments

comments

Previous articleIktibar Dari Hunting Hitler
Next articleDiyat Juga Undang-Undang Islam!
Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here