Gerhana Bulan Separa Hiasi Langit Malaysia

0
1971
views

Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan jenis separa yang akan bermula sekitar lewat malam 7 Ogos 2017 sehingga menjelang terbit fajar 8 Ogos 2017 .
Keadaan menyebelahi kita di Malaysia untuk gerhana bulan kali ini kerana dapat menikmati pemandangan menarik keseluruhan fasa gerhana iaitu daripada ia bermula sehingga berakhir .

Waktu keseluruhan fasa gerhana :-

– Jasad bulan mula memasuki bayangan penumbra bumi.
* 11:50 PM ( 07 Ogos 2017 )

– Jasad bulan mula memasuki bayangan umbra bumi.
* 01:22 AM ( 08 Ogos 2017 )

– Kemuncak gerhana bulan separa .
* 02:20 AM ( 08 Ogos 2017 )

– Jasad bulan keluar sepenuhnya daripada bayangan umbra bumi.
* berakhirnya fasa gerhana separa .
* 03:18 AM ( 08 Ogos 2017 )

– Jasad bulan keluar sepenuhnya daripada bayangan penumbra bumi .
* Keseluruhan fasa gerhana berakhir .
* 04:50 AM ( 08 Ogos 2017 )

Keseluruhan fasa gerhana bulan separa iaitu ketika bulan berada di dalam bayangan umbra bumi adalah sekitar 1 jam 55 minit .

Bagaimana gerhana bulan separa berlaku?

Gerhana bulan separa berlaku apabila kedudukan bumi berada di antara bulan dan matahari tetapi tidak berada pada ketepatan satu garis lurus sempurna .Keadaan ini menyebabkan hanya sebahagian jasad bulan dilindungi bahagian tengah bayangan bumi yang dipanggil umbra.

Manakala sebahagian lagi jasad bulan pula dilindungi bahagian tepi bayangan bumi iaitu penumbra.

Perlukah kita guna alatan khas untuk menyaksikan fenomena ini seperti mana ketika menyaksikan gerhana matahari?

Tidak seperti gerhana matahari yang memerlukan alatan khas, gerhana bulan separa dapat disaksikan walau hanya menggunakan mata kasar . Tetapi, untuk pemandangan yang lebih menarik, anda digalakkan untuk menggunakan alat bantu optik seperti binokular atau teleskop .

Jika terlepas peluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan kali ini , kita di Malaysia akan dapat menyaksikannya sekali lagi pada 31 Januari 2018 pula tetapi waktu itu akan berlakunya gerhana bulan penuh .

Sekian.

Wallahu A’lam.

Jom mencerap.

“Majulah Falak Untuk Ummah”

Sumber rujukan:

– falakonline.net

– eclipsewise.com

– timeanddate.com

– www.angkasa.gov.my

 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here