Benarkah Jepun Menyerang Tanah Melayu Dengan Berbasikal?

0
3461
views

Melihat sejarah penaklukan Jepun sekitar tahun 1941, ramai dari kita menyangka angkatan tentera Imperial Jepun yang diterajui Jeneral Yamashita hanya menggunakan basikal semata-mata dalam kemaraan mereka membantai tentera Berikat di Malaya, hasil pengajaran melalui buku teks sekolah sejak dari dahulu lagi.

Tidak diketahui ramai, garisan logistik tentera Jepun dan kekuatan militernya tidak semata-mata bergantung penuh kepada bilangan infanteri sahaja, atau kemaraan Jepun tidak semata-mata bergantung harap seratus peratus kepada basikal. Basikal adalah salah satu dari beberapa aspek kemudahan logistik yang digunakan Jepun dalam kempen mereka di Malaya.Ia adalah tulang belakang, namun ia tidak dapat seratus peratus membawa segala aset perang yang lebih berat seperti artileri.

Keseluruhan kekuatan tentera Jepun adalah mencecah 70 000 orang,568 buah pesawat dan 200 buah kereta kebal untuk Kempen Malaya sahaja….

Jepun tidak semata-mata berjalan kaki dan berbasikal dalam kemaraan mereka dari Kota Bahru ke Singapura. Tentera Jepun ketika itu turut menggunakan trak tentera British yang ditinggalkan selain trak milik tauke Cina untuk mara membawa bekalan makanan dan peluru serta anggota tentera sehingga ke Singapura…malah turut menggunakan landasan keretapi yang wujud ketika itu untuk membawa sejumlah bekalan kepada tentera yang berada di garisan hadapan. Trak tentera,kenderaan tempur dan kereta api yang ditinggalkan British ketika mereka berundur digunakan semula oleh Jepun untuk membawa bekalan logisitik.

Ramai yang tidak sedar bahawa disamping infanteri…tentera Imperialis Jepun membawa sejumlah kereta kebal ringan dan sederhana berat dalam kempen mereka….dibantu dengan sokongan pesawat pejuang dan pesawat pengebom…dan sejumlah besar artileri….dan pertempuran utama seperti di Kampar, Slim River, Gemas, dan Muar memperlihatkan gabungan serangan tentera infanteri dan kereta kebal.

Dalam pertempuran di Jitra…ia melibatkan pengunaan kereta kebal dan artileri dari Singora,selain kemaraan tentera infanteri dan memperlihatkan pertempuran berakhir dalam masa 15 jam yang mana sepatutnya garis pertahanan di Jitra mampu untuk bertahan sehingga 3 bulan.

Begitu juga di Slim River,Gemas dan Muar yang turut memperlihatkan gabungan serangan elemen armor dan infanteri disatukan membentuk satu elemen tempur yang berjaya mematahkan cubaan pertahanan dan perkubuan tentera Berikat yg akhirnya membolehkan Jepun memasuki Singapura….ini merupakan gerakan yang dipanggil Combined Arms…yang mana setiap divisyen infanteri disokong oleh kenderaan tempur dan bantuan serangan udara dari pesawat pengebom dan pesawat pejuang. Taktik serangan kilat ini mirip taktik Blitzkrieg yang diaplikasikan tentera Nazi Jerman, namun ia kurang mendapat perhatian kerana pertempuran di Malaya dikatakan tidak signifkan pada sesetengah pengkaji sejarah.

Selain elemen militer, Jepun juga mempunyai rangkaian perisikan yang sangat teliti di Malaya, dimana maklumat kedudukan pangkalan,unit tentera dan aset tentera dimaklumkan oleh perisik yg terdiri dari penduduk tempatan selain warganegara Taiwan dan Korea yang menyamar sebagai pelancong asing di Malaya pada ketika itu. Turut membantu Jepun adalah gerakan nasionalis seperti Kesatuan Melayu Muda yang menanam doktrin anti imperialis dikalangan penduduk tempatan dan mewujudkan semangat untuk bangkit menentang penjajah dengan bantuan Jepun….

Di pihak British, pertahanan yang tidak mencukupi turut membawa kepada kekalahan mereka di Malaya dan Singapura….dimana tentera British, kebanyakannya tidak kurang pengalaman tempur dan kurang latihan yang trampil,dilengkapi dengan persenjataan guna semula, dari raifal hingga meriam dan tiada elemen armor atau kereta kebal wujud dalam angkatan tentera mereka ketika itu sehinggalah saat akhir Singapura tewas, selain pesawat yang dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan Malaya terdiri dari pesawat usang hasil dari polisi Churchill yang menumpukan sumber peperangan kearah mengalahkan Nazi Jerman di Eropah.

Ketiadaan tentera laut tentera Berikat juga memberikan kelebihan kepada Jepun dalam penaklukan Malaya. Jepun secara harfiahnya menguasai kawasan perairan dan ruang udara Malaya, membolehkan mereka mengatur gerak tentera melalui pendaratan amfibia di Teluk Intan dan kemudian membentuk rusuk bagi mengalahkan pertahanan British. Ini dapat disaksikan dalam pertempuran di Kampar yang mana pasukan tentera Jepun mengepung tentera Berikat dari selatan dan memaksa mereka berundur ke Trolak dan kemudian Slim River.

Taktik yang digunakan Jepun sebenarnya mirip perang kilat yang digunakan Nazi Jerman dalam penaklukan Eropah. Ia mengutamakan pergerakan pantas infanteri dan disokong kereta kebal dan artileri serta bantuan rapat udara yang sangat efisien dalam mengasak tentera Berikat sehingga ke Singapura.

Jepun juga pada ketika itu mempunyai kelengkapan yang lebih baik, tenteranya lebih berpengalaman dalam pertempuran (kebanyakan tentera yang terlibat di Malaya pernah berkhidmat di China) serta sokongan angkatan udara dan armada laut yang berterusan memungkinkan Jepun menundukkan Malaya dan Singapura dalam 1 bulan 23 hari.

Apapun, basikal yang digunakan Jepun sememangnya memberikan kelebihan mobiliti kepada mereka, dan ia menjadi tulang belakang logistik yang memenangkan Jepun dalam kempen mereka di Malaya.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here