Petra: Lambang Ketamadunan Bangsa Arab Purba

0
2857
views

Kerajaan Nabatean adalah antara tamadun terawal yang didirikan oleh bangsa Arab Purba. Selain daripada Kerajaan Saba yang terkenal dalam kisah Nabi Sulaiman A.S, Nabatean juga harus dikenang sebagai antara tamadun-tamadun yang sempat dibangunkan oleh bangsa arab.

Lokasi dan luas tamadun ini bolelah disamakan seperti Jordan hari ini. Pada kemuncak kegemilangannya, dikatakan bahawa kerajaan ini mengawal laluan perdagangan laut dan darat di sekitar Timur Tengah.

Antara tinggalan hebat tamadun ini adalah peninggalan bandar Petra yang dipahat pada gunung ganang. Dipercayai bahawa tapak Petra di Jordan ini dibina seawal 500 Sebelum Masihi sehingga 300 Sebelum Masihi, sezaman dengan Tamadun Sungai Batu milik bangsa Melayu di Kedah.

Bandar Petra ini terkenal dengan senibina dan teknologi bangsa Arab Nabatean yang mempunyai teknologi untuk memotong dan mengukir batu seolah-olah seperti ianya hanya sebatang kayu sahaja. Selain itu, sistem saliran air yang dimiliki oleh Arab Nabatean yang ditempatkan di Petra juga mengagumkan.

Bandar Petra hari ini dipercayai mampu naik berdasarkan faktor kehebatan bangsa Arab mengawal sumber air di tengah-tengah padang pasir sehingga mampu mencipta oasis buatan manusia. Antara cara yang digunakan oleh orang Arab Nabatean untuk mengawal saliran air ialah melalui empangan, terusan, saliran, cisterns dan seumpama dengannya. Dengan kemampuan ini, orang Arab Nabatean mampu untuk menyimpan air dalam jangka masa yang lama.

Selain itu, kedudukan Petra di tempat yang strategik dilaluan perdagangan membolehkan orang Arab Nabatean yang asalnya ialah sekadar puak arab nomad biasa di padang pasir mengumpul kekayaan yang maha hebat apabila Petra menjadi pusat perdagangan. Bahkan walaupun ketika berada dibawah taklukan Empayar Rom, Petra sebagai sebuah kota purba bangsa Arab ketika itu tetap berada dibawah zaman kegemilangannya.

Selain itu, kota Petra juga terkenal dengan binaan bernama Al-Khazneh yang bermaksud harta. Ianya adalah kuil arab Purba yang masih kekal sehingga ke hari ini. Asalnya, ianya adalah sebuah makam yang dibina pada pemerintahan Aretas IV Philopatris. Orang Arab Nabatean menggunakan seni bina Greek-Roman ketika memahatnya di lereng gunung memandang pengaruh Hellenistic sangat meluas ketika itu.

Terima kasih kepada seorang pengembara Switzerland yang bernama Johann Ludwig Burckhardt yang menemuinya pada tahun 1812 Masihi. Oleh kerana keajaiban yang dimiliki oleh kota Petra ini, maka UNESCO telah menyenaraikannya sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban dunia.

Comments

comments

Previous articleTiruvasi Dalam DC Comics Dan Marvel
Next articleNabi-Nabi Berbangsa Arab Sahajakah?
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here