Bayangkhara: Tentera Elit Empayar Majapahit

0
2284
views

Kalau Malaysia hari ini terkenal dengan pasukan elit seperti Komando 69, kalau Kesultanan Melayu Melaka memiliki tentera elit yang dinamakan sebagai Hulubalang, kalau Korea dengan tentera elit lagi jambu bernama Hwarang, kalau Parsi dengan mitos legenda Immortal yang begitu menakutkan itu, perkenalkan kepada anda Bhayangkara yang merupakan unit khas milik Majapahit yang dibangunkan sejak zaman Singhasari menguasai Nusantara lagi melalui raja hebatnya iaitu Kertanegara yang pernah memotong telinga utusan Monggol melalui Dinasti Yuan.

Bayangkhara adalah unit tentera yang dalam jumlah yang tidaklah banyak, sekitar dalam ratusan sehingga memasuki puluhan. Sama seperti Hulubalang dan Hwarang dari Tamadun Melayu dan Korea, begitu juga Bhayangkara. Namun, meskipun dengan jumlah yang sedikit itu, kekuatannya menyamai puluhan infantri biasa. Senjata yang selalu dimainkan oleh Bhayangkara ialah seperti keris, tomak, pedang, panah dan tameng. Bahkan berbeza dengan infantry Majapahit yang lain, legenda mengatakan bahawa kononnya Bhayangkara bertempur tidak memakai baju zirah dek kerana ilmu pertempuran yang cukup kuat.

Untuk menjadi seorang Bhayangkara, selain daripada mempunyai kemahiran fizikal, ilmu tempur dan stamina yang kuat, pemilihan seorang Bhayangkara juga didasari atas faktor seperti tidak pernah berbuat dosa, bergantung pada ajaran agama Hindu mazhab Nusantara yang merupakan anutan kepada Majapahit itu sendiri. Bagi yang pernah berjudi, mencuri, atau bermain wanita, maka mustahil bagi mereka untuk menjadi seorang Bhayangkara.

Dalam sejarah, Bhayangkara banyak memainkan peranan dalam pembinaan Empayar Majapahit itu sendiri. Antaranya ketika era pemberontakan Jayakatwang melawang Kertanegara Namun, ketika era Majapahit, selepas Byangkara dibubarkan dek kejatuhan Singhasari akibat serangan Monggol, Gajah Mada yang merupakan antara tokoh hebat Majapahit itu dikatakan telah membangunkan semula Bhayangkara dan menjadi ketuanya.

Antara jasa Bhayangkara dalam helaian sejarah Majapahit itu sendiri ialah ketika pemberontakan Ra Kuti, melawan Jayanegara yang merupakan Raja Majapahit berketurunan kacukan Jawa-Melayu melalui ayahanya Raden Wijaya dan ibunya Dara Petak. Bhayangkara berjaya menyelamatkan takhta Jayanegara daripada tangan pemberontak dan berjaya meletakkan Jayanegara kembali ke atas takhta.

Sudah tentu, Bhayangkara ialah senjata utama Gajah Mada dalam meluaskan empayarnya menakluk Nusantara berdasarkan Sumpah Palapa yang dilafazkan oleh beliau:

“Beliau, Gajah Mada sebagai patih Amangkubumi tidak ingin melepaskan puasa, Gajah Mada berkata bahwa bila telah mengalahkan (menguasai) Nusantara, saya (baru akan) melepaskan puasa, bila telah mengalahkan Gurun, Seram, Tanjung Pura, Haru, Pahang, Dompo, Bali, Sunda, Palembang, Tumasik, demikianlah saya (baru akan) melepaskan puasa.”

Demikianlah sedikit sebanyak coretan tentang unit Bayangkhara untuk tatapan kalian. Kalau ada umur yang panjang, mungkin kita akan berbicara tentang Hulubalang, Immortal, Legion dan semua pasukan khas tentera bagi tamadun-tamadun yang pernah berdiri atas dunia ini.

Comments

comments

Previous articleGenghis Khan Dan Kehancuran Kota Merv
Next articleTiruvasi Dalam DC Comics Dan Marvel
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here