Tiruvasi Dalam DC Comics Dan Marvel

1
2660
views

Pernahkah anda membaca komik keluaran Marvel dan DC Comics? Jika anda perasan, kebanyakan karakter di dalam komik hampir serupa. Jika ada perbezaan pun sedikit sahaja. Contohnya, Deathstroke dan Deadpool. Kedua-dua watak tersebut bukan daripada penerbit yang sama. Perwatakan setiap karakter tersebut juga berbeza. Cara ini dinamakan sebagai teknik Tiruvasi.

Tiruvasi bermaksud tiru dan inovasi. Gabungan perkataan tersebut mewujudkan satu perkataan di mana kita meniru sesuatu perkara dan membuat inovasi terhadap perkara tersebut. Teknik tiruvasi ini banyak dipakai di dalam dunia penulisan dan komik. Idea asal dinaiktaraf sehingga menjadi benda baru. Di dalam DC Comics dan pesaingnya Marvel, tidak terlepas juga dari teknik tiruvasi ini.

Dr Fate dari DC Comics dan Dr Strange dari Marvel. Siapakah yang wujud dahulu? Jawapannya ialah Dr Fate. Dr Fate muncul di dalam komik More Fun Comics #55 (Mei 1940) manakala Dr Strange muncul di dalam komik Strange Tales #110 (Julai 1963). Dari sini, kita dapat lihat Marvel meniruvasi watak dari DC Comics. Cara ini tidak salah kerana idea asal hanya dipertingkatkan untuk menjadi suatu idea baru.

Idea merupakan sebuah perkara yang sukar kita tafsirkan. Idea kesemuanya ialah asli. Namun, idea datangnya dari sesuatu inspirasi yang membuat kita fikir tentang idea itu. Idea kadang-kadang boleh datang secara spontan dan inspirasi juga boleh terjadi secara spontan. Idea yang baru boleh dikembang dan digelar sebagai inovasi. Namun, jika kita meniru sesuatu watak secara bulat-bulat, itu boleh melanggar hak cipta sesuatu penerbit.

Deathstroke dan Deadpool merupakan tiruvasi yang paling ketara. Siapa yang wujud dahulu? Slade Wilson ialah Deathstroke dan Wade Wilson ialah Deadpool. Kedua-duanya ialah Wilson. Deadpool muncul di dalam komik ‘The New Mutants #98 (Februari 1991)’ keluaran Marvel buat kali pertamanya. Deathstroke pula muncul di dalam komik ‘The New Teen Titans #2 (1980)’ keluaran DC Comics. Siapa lebih hebat? Penulis sendiri terpaksa akui bahawa Deadpool lebih hebat kerana Deadpool ialah tiruvasi dari watak Deathstroke. Deadpool adalah seorang yang boleh hidup selamanya dengan kelebihan pemulihan pantas (accelerated healing). Deathstroke tidak kurang hebatnya, namun dia tetap akan mati jika bertemu dengan Deadpool.

Deadpool pernah mengalahkan seluruh watak Marvel di dalam komik ‘Deadpool Kills the Marvel Universe’. Dia juga pernah mengalahkan Carnage dalam komik ‘Deadpool Vs Carnage‘ setelah Deadpool sendiri bergabung dengan Symbiote. Tiruvasi yang paling sempurna di dalam Marvel ialah Deadpool.

Kita tidak boleh mengatakan watak itu menciplak. Ciplak dan tiruvasi adalah dua perkara yang berbeza. Ciplak ialah meniru bulat-bulat manakala tiruvasi ialah meniru dan inovasi dari sesuatu perkara. Persaingan antara DC Comics dan Marvel tidak akan pernah tamat sampai bila-bila. Secara ringkas, inilah maksud tiruvasi yang wujud dalam DC Comics dan Marvel.

 

Comments

comments

1 COMMENT

  1. Sekiranya lebih banyak watak DC@Marvel yang ditiruvasi lebih baik. Antara yang ditiruvasi selain deadpool-deathstroke ialah Batman-moon knight, namor-aquaman,green arrow-hawkeye,hulk-solomon grundy dan banyak lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here