Mengalami Kelewatan Mendapatkan Visa Haji?

0
303
views
Sumber: https://i0.wp.com/eng.mynewshub.cc/wp-content/uploads/2017/07/Tabung-Haji.jpg?resize=700%2C525

Persiapan yang sempurna pasti akan dibuat oleh setiap jemaah haji sebelum mereka bertolak keluar dari Malaysia. Hal ini disebabkan mereka mahu mengelakkan dari terjebak dengan masalah pada masa masa akhir yang boleh merencatkan persiapan mereka. Namun, sebaik sebaik perancangan manusia, ketentuan tetap daripada Allah S.W.T.

Contoh masalah masalah masa masa akhir ini ialah jemaah haji tertentu mengalami kelewatan di dalam mendapatkan visa haji. Bilangan yang menghadapi masalah ini ialah kurang dari satu peratus sahaja. Untuk mendapatkan visa haji, banyak proses yang perlu dilalui secara terperinci termasuklah data peribadi, perjanjian tempat penginapan di Makkah dan Madinah, penerbangan, pengangkutan serta butiran bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi.

Kelewatan ini biasanya terjadi kerana permohonan yang terlalu tinggi dalam sistem yang mengendalikan jemaah haji bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia. Tetapi Tabung Haji dan Kedutaan Arab Saudi sentiasa memantau dan menyelesaikan masalah ini walau terpaksa bekerja pada hari minggu.

Para Jemaah Haji juga akan terus diterbangkan ke Tanah Suci sebaik sahaja visa diperolehi. Di samping itu, Tabung Haji juga turut menyediakan tempat penginapan dan makanan di Kompleks Kelana Jaya kepada jemaah haji yang mengalami masalah kelewatan.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here