Pasangan Yang Macam Mana Lelaki & Perempuan Cari?

0
2060
views

Dr. Robert Cramer pernah buat bancian ke atas 150 orang. Dia tanya pasangan yang ideal bagi lelaki dan perempuan.Menurut bancian tersebut, sebanyak 42% lelaki akan mencari perempuan yang ada tarikan, muda, sihat dan ada tindak balas seksual. Rata-ratanya menumpu pada luaran.

Tetapi, untuk ciri-ciri luaran ini, cuma 27% saja perempuan yang cari. Manakala 52% perempuan akan cari lelaki yang bijak, bermotivasi, jujur dan ada kapasiti pendapatan yang stabil.

Lelaki sebanyak 39% yang cari perempuan-perempuan pandai dan tak tengok luaran sangat.

Keputusan ini menyokong kenyataan ‘lelaki cuma nak perempuan cantik’ dan ‘perempuan cuma nak lelaki berduit’. Tapi kajian yang dibuat oleh Adam Karbowski dari Columbia University agak berbeza. Dia dapati, perempuan cenderung memilih lelaki yang ada rupa dan kacak.

Tapi, perempuan tidak mudah-mudah menolak lelaki yang tak ada rupa ini. Kalau lelaki itu cerdik dan bijak, perempuan ada kecenderungan untuk tidak menolak.

Walau bagaimanapun, paras rupa tetap mempengaruhi pilihan wanita berbanding kecerdikan lelaki. Tapi, wanita akan lebih memilih lelaki yang ada rupa dan pada masa yang sama dia cerdik.

Untuk lelaki pulak, kajian Karbowski kata lelaki lebih meletakkan nilai pada perempuan cantik berbanding perempuan bijak.Tetapi lelaki akan cenderung menjauhkan diri pada perempuan yang semakin bijak. Tetapi lelaki juga kurang minat dengan perempuan yang tak bijak. Lelaki nak tengah-tengah saja kebijaksanaan perempuan. Kalau lebih tak mahu, kurang pun tak mahu.

Berbeza dengan perempuan, lelaki yang semakin bijak, akan mudah untuk perempuan dekati.

Kajian Karbowski ini menjelaskan kenapa perempuan bijak kelihatan memberikan ancaman kepada lelaki. Malah ini juga menjelaskan kenapa kadangkala perempuan nak nampak kurang cerdik supaya mudah didekati lelaki.

Tapi eksperimen Karbowski ini tak dapat jelaskan kenapa lelaki kurang minat dengan perempuan bijak.

Jurnal yang diterbitkan pada tahun 2015 kata, lelaki kurang tertarik dengan perempuan bijak kerana perempuan yang lebih bijak daripada lelaki akan memusnahkan ego lelaki. Ada kajian lain menyatakan, lelaki suka perempuan bijak kalau buat kerja-kerja kasual. Tapi kalau melibatkan hal peribadi, lelaki kurang minat dengan perempuan bijak.

Ada juga kajian lain dari University of Worcester kata, perempuan lebih memandang sikap dan sifat lelaki berbanding paras rupanya.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here