Peluang Menyaksikan Hujan Meteor Delta Aquariids Di Langit Anda

0
1105
views

Nama :

Hujan meteor delta aquariids / southern delta aquariids

 

-Waktu mula/akhir :

12 julai ~ 23 ogos

 

-Waktu Puncak : 30 julai

 

-Waktu terbaik untuk mencerap :

26 julai ~ 31 julai

 

-titik kemunculan : buruj aquarius

 

-Kuantiti : 16 ~ 25 meteor/jam

( waktu puncak )

 

-Waktu melihat :

tengah malam ~ subuh

 

-Asal Hujan Meteor :

Komet 96P/Machholz

 

-Kelajuan meteor : 41 km/saat

Meteor Delta Aquariids yang kelihatan di southwest Wyoming. .
kredit : David S. Brown

kawasan yang padat dengan sisa debu sebuah komet yang bernama Komet

96P/Machholz yang menjadi penyebab terjadinya hujan meteor Delta Aquariids .

 

Sisa debu komet 96P/Machholz atau disebut meteoroid akan memasuki atmosfera bumi dengan kadar kelajuan yang tinggi lalu terbakar sehingga menghasilkan jalur cahaya yang dipanggil meteor .

 

..

 

Untuk pengetahuan ,

hujan meteor ini dinamakan Delta Aquariids kerana titik kemunculannya kelihatan berada pada salah satu bintang yang terdapat pada buruj aquarius iaitu Skat atau nama lainnya Delta Aquarii .

 

Delta Aquariids salah satu musim hujan meteor yang tergolong dalam kategori

 

” hujan meteor major ” .

 

Hujan meteor major merupakan hujan meteor yang muncul dengan kadar kenampakan yang sederhana atau banyak .

..

 

Mengikut data yang dikeluarkan International Meteor Organization

( IMO ) ,

Jangkaan hujan meteor Delta Aquariids tahun ini boleh mencapai kadar 16 meteor sehingga 25 meteor per jam ketika waktu puncaknya yang akan berlaku pada :

 

30 Julai 2017 .

 

Walaupun waktu puncaknya berlaku pada 30 julai 2017 ,

kita boleh memulakan cerapan Delta Aquariids bermula dari :

 

26 julai 2017 ~ 31 julai 2017 .

 

..

 

Perlu diingat ,

kadar kenampakan

16 ~ 25 meteor/jam itu berlaku ketika waktu puncak serta keadaan yang betul-betul sempurna seperti :

✔ Titik kemunculan meteor berada tepat diatas kepala ketika waktu puncaknya .

✔Tiada awan .

✔Tiada sebarang gangguan cahaya .

✔Cuaca tidak hujan dan juga beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi kadar kenampakan meteor .

..

 

untuk tahun ini , nasib menyebelahi kita kerana ketika puncak hujan meteor berlaku ,

cahaya bulan yang terang tidak akan mengganggu kadar kenampakan meteor

disebabkan bulan yang menuju fasa separa muda akan terbenam menjelang tengah malam .

 

Keadaan ini merupakan peluang terbaik untuk menikmati hujan meteor sepuas-puasnya kerana tiada gangguan cahaya bulan yang terang benderang .

..

 

WAKTU TERBAIK UNTUK MENCERAP :

 

sekitar waktu tengah malam sehingga waktu subuh .

KERANA ,

Titik kemunculan Delta Aquariids adalah di kawasan berhampiran bintang Skat yang terdapat pada buruj AQUARIUS .

 

Buruj Aquarius akan mudah dilihat sekitar waktu tengah malam hingga subuh .

..

 

ARAH UNTUK CERAPAN :

 

ketika memulakan cerapan sekitar tengah malam , pandang ke arah tenggara iaitu arah buruj Aquarius mula menampakan dirinya di ufuk .

 

Menjelang waktu tahajud sehingga subuh ,

meteor Delta Aquariids akan semakin mudah kelihatan apabila muncul di pelbagai arah ketika titik kemunculan meteor mula berada tinggi di langit .

 

* Bagi yang belum mahir dengan kedudukan buruj-buruj di langit ,disarankan untuk menggunakan aplikasi seperti Stellarium , Star Map dan lain-lain bagi memudahkan mencari kedudukan titik kemunculan meteor .

..

 

Panduan melihat hujan meteor :

★ berada dikawasan lapang tanpa halangan terutama pada titik kemunculan meteor iaitu buruj aquarius .

( meteor akan muncul dipelbagai arah menjelang waktu subuh ) .

★ berada di kawasan bebas cahaya untuk mengamatan yang terbaik ..

contoh : kampung..

★ TIDAK memerlukan binokular atau teleskop , cukup menggunakan MATA KASAR .

★ fokuskan pandangan ke langit .

Mata memerlukan sekurang kurangnya 20 minit hingga 30 minit untuk menyesuaikan dengan keadaan langit yang gelap .

★ sediakan ubat nyamuk atau sebagainya untuk keselesaan .

..

Sekian   ..

 

Wallahu A’lam . .

 

” Majulah Falak Untuk Ummah ”

 

Sumber rujukan :

– mobile observatory

– stellarium

– falakonline.net

– imo.net

( International Meteor Organization )

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here