Tips Persediaan Haji Sebelum Berlepas ke Tanah Arab

0
401
views
Sumber: https://i.ytimg.com/vi/0Ia9zRJQjVU/maxresdefault.jpg

35 hari sahaja lagi memisahkan kita dengan Ibadah haji. Akan bermula la wukuf di Padang Arafah apabila tergelincirnya matahari pada 9 Dzulhijjah. Sudah pasti semua jemaah akan merasa gembira kerana berpeluang melakukan rukun Islam ini.

Banyak persediaan yang perlu dibuat bagi memastikan ibadah haji berjalan dengan lancar tanpa mengalami apa apa masalah. Jadi persediaan yang rapi perlu dilakukan dari negara kita sendiri sebelum berangkatnya kita ke Tanah Arab. Disini ada beberapa persediaan yang boleh dilakukan oleh jemaah haji sebelum tiba ke Tanah Suci.

1) Sentiasa hadir ke kursus kursus Haji yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji
2) Semak Tarikh luput passport anda.
3) Lakukan pemeriksaan kesihatan di mana mana klinik atau hospital serta dapatkan imunisasi
4) Sentiasa melakukan senaman ringan untuk memastikan kita bertenaga apabila melakukan ibadah haji.
5) Buat senarai semak untuk barangan yang perlu dibawa
6) Jika anda perlu mengambil ubat ubatan mengikut masa, pastikan anda membawa kesemua ubat tersebut
7) Elakkan membawa wang tunai yang terlampau banyak. Cukup sekadar keperluan sahaja.
8) Elakkan membawa barangan larangan ke dalam kapal terbang, seperti barangan tajam dan cecair.
9) Daftar masuk penerbangan pada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan anda tertinggal penerbangan
10) Pastikan bagasse anda telah diikat kemas serta labelkan. Lebih baik jika bagasi itu anda “seal” untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak elok.
11) Belajar menggunakan telefon pintar jika berlaku sebarang kecemasan.

Semoga tips persediaan ini sedikit sebanyak boleh membantu jemaah jemaah haji yang akan ke tanah suci nanti.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here