Bomoh Melayu Vs Bomoh Thailand

0
4447
views

Aku sememangnya dibesarkan dengan dogma yang bomoh siam itu adalah yang ter’power’ di seantero nusantara.

Kalau tengok cerita hantu siam lagilah rasa gerun ngan ‘kehebatan’ bomoh siam ni… kalah bomoh melayu, jawa, papua dan segalanya.

Teringat aku satu kisah benar ni….

Ianya berlaku pada tahun 2015, aku ke Bangkok atas urusan rasmi dan menghabiskan sisa malam yang pekat dan dingin (sebab ekon) di pejabat rakan Thaiku di Daerah Bang Na.

Kami mula bersembang-sembang, memecahkan kesunyian dan menghilangkan kebosanan.

Terbukalah cerita tentang filem hantu dan aku nyatakan kekaguman aku pada cerita genre seram Thailand seperti Nang Nak.

Secara tak sengaja aku tercakap tentang kekaguman aku pada bomoh siam juga.

Lebih kurang beginilah perbualannya yang aku dah alih bahasa siap-siap;

Aku: Hang tau tak Tawatchai, aku memang gerun giler dengan bomoh siam. Aku rasa bomoh siam paling paling paling power kat Asia Tenggara ni. Aku rasa jugak bomoh melayu dan jawa pun tak hebat macam bomoh siam… Kalau ada perang dunia antara bomoh-bomoh, aku rasa menang dah kat hangpa…

Lalu Tawatchai mendongakkan kepala, sambil merenung kejauhan penyaman udara yang tak berapa jauh sebenarnya…. lalu berkata dengan nada yang perlahan…

Tawatchai: Lao…. Hang tak jumpa lagi bomoh Lao… orang siam semua takut dengan bomoh Lao..

Aku: errrkkk….

Pangajarannya… Janganlah kita berasa rendah diri tak tentu hala. Janganlah kita terlalu mengagungkan kehebatan orang lain…

Kerana sesungguhnya… bagiku.. kini dan hari ini… bomoh Lao adalah yang ter’power’ di seantero nusantara…

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here