Mari Kenali Anak Syarikat Pelaburan Tabung Haji

0
331
views

Tabung Haji memang terkenal dengan strategi strategi mereka yang berkesan bila melakukan pelaburan. Setiap pelaburan yang dilakukan pasti akan dikaji dengan teliti untuk memastikan pelaburan itu akan membawa pulangan yang maksima kepada syarikat. Tabung Haji sendiri mempunyai banyak sektor sektor yang dilaburkan.

Antaranya ialah sektor perladangan. Tabung Haji mempunyai 5 anak syarikat pelaburan di bawah mereka. Semua anak syarikat pelaburan tabung Haji ini berpusat di Kuala Lumpur. Syarikat syarikat tersebut ialah:

1) TH PLANTATIONS BERHAD
2) TH INDO INDUSTRIES SDN BHD
3) TH INDOPALMS SDN BHD
4) TH ESTATES (HOLDINGS) SDN BHD
5) DERU SEMANGAT SDN BHD

Selain itu, Tabung Haji juga mempunyai anak syarikat pelaburan di dalam sektor perbankan. Tiga anak syarikat pelaburan tabung Tabung Haji ini akan membantu Tabung Haji dalam bidang perbankan. Syarikat syarikat tersebut ialah:

1) BIMB HOLDINGS BERHAD (BHB)
2) BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (Anak Syarikat BHB)
3) SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD

Tabung Haji juga agak popular dalam bidang pelaburan sektor pembangunan hartanah dan pembina. Jadi tidak hairan mengapa mempunyai beberapa anak syarikat dalam sektor ini. Antaranya ialah:
1) TH PROPERTIES SDN BHD
2) LTH PROPERTY INVESTMENT (L) INC.
3) LTH PROPERTY HOLDINGS LIMITED
4) LTH PROPERTY HOLDINGS 2 LIMITED

Tidak ketinggalan, Tabung Haji juga mempunyai anak syarikat pelaburan di dalam bidang teknologi maklumat, Hospitaliti dan sokongan marin. Semua anak syarikat di dalam sektor ini memainkan peranan penting untuk memastikan pelaburan yang dilakukan boleh menjana keuntungan pada masa hadapan.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here