Alexander Nevsky: Penyelamat Russia Dari Bala Mongol Dan Teuton

0
1255
views

“Kuasa Tuhan tidak terletak dalam angka, tetapi dalam kebenaran.”

Alexander Nevsky (Алекса́ндр Не́вский) merupakan pahlawan Rusia yang sangat popular oleh kerana kebijaksanaannya yang diterapkan dalam kegagahan dan kealiman akidahnya. Beliau dilahirkan pada tanggal 30 Mei, 1220 di bandar Pereslavl-Zalessk (pada hari ini, Yaroslav, Persekutuan Rusia) dimana ayahandanya, Yaroslav II, merupakan putera bagi bandar Vladimir.

Ketika beliau berusia muda, Alexander telahpun mengukuhkan reputasinya dalam liputan sejarah sebagai pemimpin alim yang menyandarkan keberaniannya kepada integriti dan kehormatan. Bersama ayahandanya, beliau berjuang untuk menentang tentera-tentera Jerman di Sungai Emajogi (pada hari ini, Estonia), tetapi hakisan hidupnya yang sebenar datang bertahun-tahun selepas itu, dimana beliau akan berdepan dengan dugaan yang besar atas kewujudan Mongol dan kesatria-kesatria Teuton di kiri dan kanan.

Darjah kebesaranannya tiba pada tahun 1240 dimana beliau dibawa ke medan peperangan menentang barisan Sweden. Sebelum bergerak, Alexander mengukuhkan ketenangan dalam jiwanya menggunakan akidahnya, sementara menunggu pertolongan ayahandanya, dimana pada masa yang sama, beliau tidak tahu apa-apa pun tentang aktiviti-aktiviti musuh.

Alexander juga telah mendapat petanda yang baik daripada salah seorang pahlawannya, tetapi beliau mengarahkan agar kekal dalam dunia realiti, bukannya bertaklid buta dengan aspek-aspek keajaiban.

Berjuang dibawah panji Republik Novgorod, Alexander berjaya menewaskan tentera-tentera Sweden, yang mempunyai kuasa yang lebih besar. Dalam pertempuran tersebut, Alexander disaksikan bertemu dengan ketua tentera Sweden, Yarl, dan menghadiahkannya luka di bahagian muka.

Berdasarkan pertempuran inilah Alexander dikurniakan nama “Nevsky” atas kejayaan “pertempuran di Sungai Neva”. Dengan pengaruhnya yang baru meledak, Alexander dengan beraninya bergerak menentang Kumpulan Teuton, yang telah merancang untuk mengeksploit Rusia pada ketika mereka terlibat dengan konflik Mongol dan Sweden.

Pada tahun yang sama, barisan Teuton telah menakluki bandar-bandar Pskov, Izborsk, dan Koporye. Alexander membawa tentera-tenteranya ke medan salji untuk membebaskan Pskov dan Koporye dalam masa dua tahun. Ia merupakan gerakan yang sungguh berani kerana barisan Teuton merupakan aset besar buat Empayar Suci Roman (Holy Roman Empire), yang lebih kuat berbanding dunia-dunia Rusia.

Dan Teuton tidak berduduk diam. Mereka membalas serangan Alexander. Dan Alexander, yang berusia 22 ketika itu, berdoa kepada Tuhan untuk sebarang bantuan kerana Kesatria-Kesatria Teuton sememangnya merupakan mimpi yang ngeri buatnnya. Mereka telahpun menguasai Estonia melalui Jemaah Livonia dan Penguasaan Dormat.

Dan mungkin dengan ilham daripada Tuhan, Alexander Nevsky bergerak dengan bantuan Vladimir dan Pskov untuk berjuang di lokasi yang sangat strategik pada bulan April. Pertempuran itu berlangsung diatas tasik yang beku. Ketenteraan Teuton milik Hermann von Buxhovden bertemu Rusia di selat Tasik Peipus, dan Alexander dengan bijaknya berundur untuk membawa Kesatria Teuton masuk dalam perangkapnya.

Strategi asal Alexander adalah untuk melemahkan Kesatria ini dengan pertempuran sengit dalam cuaca yang mencabar itu. Seperti yang dirancang, Kesatria Teuton mula tumpas apabila pemanah-pemanah Alexander menguasai sayap-sayap Rusia, dan kemudian apabila tentera-tentera berkuda muncul – ia merupakan belitan yang menakutkan buat barisan Teuton yang berundur, sekaligus memberikan kemenangan strategik kepada Rusia.

Selaput-selaput ais mulalah merekah kerana berat mereka, dan apabila tidak mampu menampung, disitulah tandanya kematian ramai kesatria-kesatria Teuton. Selepas kekalahan ini, Teuton terpaksa melepaskan kuasa di semua wilayah Rusia. Ini juga menandakan kekalahan mereka dalam Perang Salib ini, kerana barisan Teuton yang dipelopori golongan Katolik tidak berjaya menewaskan barisan Ortodoks.

Kemenangan di Barat masih lagi belum menyelamatkan Rusia.
Alexander Nevsky bergerak untuk mengukuhkan keamanan di Timur Rusia pula. Tetapi, strateginya kali ini lebih kepada diplomasi bersama puak Tatar, ketika Putera Yaroslav mengukuhkan persahabatan Novgorod bersama Khan Batu daripada Kanat Kipchak, salah satu wilayah politik Empayar Mongol.

Usaha ini juga telah menyebabkan Putera Yaroslav mangkat akibat diracun. Kini, Alexander Nevsky diberikan tanggungjawab diplomasi bersama Kanat Kipchak ini. Beliau bergerak untuk menjadikan anak Khan Batu (Sartak) sebagai duta antara Rusia dan Mongol. Sartak pun baru sahaja memeluk agama Kristian.

Selepas berjayanya usaha diplomasi ini, Alexander Nevsky meneruskan hidupnya yang dihiasi dengan kejayaan demi kejayaan. Beliau menjadi Putera kepada Vladimir, Kyiv dan Novgorod. Konflik Rusia-Teuton telah mengajar beliau bahawa kuasa Barat memang tidak boleh dipercayai, dan ironinya, pengajaran ini berterusan sehingga hari ini dimana Rusia tidak mempercayai Barat dan Ortodoks Rusia pula tidak rapat dengan Katolik Kristian.

Walaupun Raja Rus’, Daniel Galich, mempunyai hubungan diplomatik bersama Pope, Alexander Nevsky tegas tidak mahu berhubung dengan pengaruh Katolik. Beliau akan berterusan menentang Jerman dan Finland dalam berbagai-bagai konfrontasi. Tetapi pada tahun 1256, Khan Batu dan Sartak meninggal dunia, memaksa Alexander berhijrah ke Sarai untuk meneruskan hubungan rapat bersama Kanat Kipchak.

Khan Berke yang baru merupakan orang Islam. Beliau bersetuju untuk meneruskan persahabatan ini. Kerapatan mereka berdua menghasilkan penubuhan Bandaraya Ortodoks di Sarai, dengan berbagai-bagai usaha untuk merapatkan lagi hubungan bersama Rusia. Dua tahun kemudiannya, Alexander terpaksa menziarahi Kanat Kipchak sekali lagi, tetapi mangkat sewaktu dalam perjalanan pulang pada 14 November. Beliau berusia 43 tahun ketika menemui ajalnya.

Walaupun rohnya telahpun diambil Tuhan, Alexander Nevsky masih lagi merupakan teladan yang hebat dalam Rusia. Kepintaran dan keberaniannya telah menjadi inspirasi Rusia dari satu masa ke satu masa. Ketika Perang Dunia Kedua, beliau digunakan sebagai teladan semangat kepada Tentera Merah untuk menentang Nazi Jerman.

Anak muda yang menewaskan Sweden dan memecahkan keangkuhan Teuton telah disanjung tinggi ketika upacara pengebumiannya:

“Ketahuilah jemaahku, bahawa matahari telahpun terbenam buat tanah Suzdal. Tidak lagi akan muncul seorang putera (sehebat Alexander) di wilayah Rusia.”

Comments

comments

Previous articleHippocratic Oath: Sumpah Seorang Doktor
Next articleMengapa Manusia Beragama?
Meskipun sibuk dengan perniagaan restoran, Ahmad Faezal tetap merupakan pengikut setia astronomi, geologi dan sejarah yang telah menjadi sebahagian daripada minat bervariasi beliau. Beliau juga mengimpikan bahawa dalam masa seratus tahun, bangsa Melayu mampu melibatkan diri dalam bidang aeroangkasa, seiringan dengan bangsa-bangsa lain. Namun, asas kepada kejayaan ini terletak kepada empat huruf utama iaitu ILMU.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here