Bagaimana Salahuddin Al-Ayyubi Menakluk Al-Aqsa?

0
4339
views

Masalah pokoknya tetap sama: Palestin dan Negara-Negara Arab tidak mempunyai sebarang “leverage” dalam isu ini. Dengan kenaikan Trump dan perpecahan dalaman Arab, bertambah mudah Israel nak buat apa yang dia mahu.

Yang lebih mustahak, generasi kita dan generasi yang akan datang perlu melengkapi diri dengan ilmu hubungan antarabangsa dan geopolitik.

Zaman kita berbeza dengan zaman Umar al-Faruq dan zaman Salahuddin al-Ayyubi (Saladin). Kekerasan sahaja tidak mampu menewaskan musuh. Kita memerlukan gabungan kekuatan ketenteraan, ekonomi, diplomasi dan strategi.

Ada ramai yang suka “romanticize” pencapaian Saladin. Seolah-olah beliau diberi kemenangan hanya kerana beliau seorang yang warak dan zuhud. Seperti yang suka diulang-ulang oleh khatib pada hari Jumaat: Constantinople ditawan oleh Sultan al-Fatih kerana tak tinggal solat dhuha. Padahal faktor kemenangan dua tokoh ini melampaui lebih daripada itu tanpa menafikan sumbangan faktor yang disebut di atas. Sebagai contoh dasar geopolitik Saladin.

Tapi berapa ramai yang benar-benar meneliti strategi Saladin?

Saladin seorang yang berpandangan jauh dan memahami prinsip geopolitik (hubungan antara geografi dan kekuatan negara). Beliau sedar Kingdom of Jerusalem (kerajaan Tentera Salib) hanya dapat ditawan melalui “encirclement” dari utara (Syria) dan selatan (Mesir). Namun Saladin hanya menguasai Mesir ketika itu.

Saladin tertakluk kepada autoriti Nur al-Din Zanki di Syria, seorang pemimpin yang hebat tapi sangsi dengan Saladin. Nur al-Din merancang untuk melucutkan kuasa Saladin cuma perancangannya gagal selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1174.

Lantas Saladin memberontak terhadap dinasti Zanki di Syria. Saladin, seorang Sunni Asy’airiyah, sanggup berpakatan dengan Rasyid al-Din Sinan (Hasyasyin Syiah Nizari) untuk menentang musuh dari kem Zanki (Sunni Asy’airiyah).

Pada tahun 1185, Saladin juga memeterai perjanjian pakatan dengan Rom Byzantine (Kristian Ortodoks), musuh kepada Tentera Salib (Kristian Katolik).

Saladin menerapkan prinsip-prinsip realpolitik “musuh kepada musuh ialah kawan saya” (the enemy of my enemy is my friend) dan “pecah dan tawan” (divide and conquer) dalam mencapai matlamatnya, 300 tahun sebelum munculnya Machiavelli. Bertindak berdasarkan maslahat yang lebih besar (pembebasan Al-Aqsa) dan pengiraan geostrategi.

Hanya selepas kedudukannya diperkukuhkan, baru Saladin melancarkan serangan “all-out” ke atas Tentera Salib dan mencapai kemenangan muktamad dalam Pertempuran Hattin (2 Oktober 1187).

Perancangan Saladin mengambil masa selama 16 tahun. Dari kejatuhan Al-Aqsa ke tangan Tentera Salib (1099) sehingga pembebasannya oleh Saladin (1187) juga mengambil masa selama 88 tahun.

Jadi, sabarlah.

Kita telah memasuki tahun ke-50. Namun Al-Aqsa akan kembali kepada orang Islam kalau kita dah bersedia dari fizikal, mental dan spiritual.

Terlebih dahulu kita perlu faham prinsip “balance of power” dan “power balance” dalam politik antarabangsa. Kita perlu menguasai prinsip realpolitik. Kita perlu mewujudkan “diplomatic leverage” dan memperhalusi “smart power”. Kita perlu meneliti cara mengguna “multilateralism” untuk mengatasi “unilateralism” Israel dan US. Kita harus tahu memanipulasi “international public opinion”. Kita wajib tahu apa kelemahan Israel dan kita perlu serang kelemahan tersebut.

Hanya dengan itu, kita mampu jadi generasi Saladin baru yang membebaskan Al-Aqsa (dengan izin Allah).

Dan jangan memperlekehkan usaha orang dalam bidang lain hanya kerana orang itu tak naikkan status boikot McD, kongsi berita pasal Palestin, atau#donesolathajat mengutuk kekejaman Zionis.

Seseorang pemuda yang mengkaji tentang teknologi aeroangkasa mungkin kelihatan tidak menyumbang kepada masalah Palestin, tapi hasil kajian dia akan jadi aset kepada Dunia Islam satu hari nanti.

Seseorang diplomat yang berurusan dengan kedutaan US mungkin akan dilabel macam-macam oleh masyarakat kita. Freemason lah Illuminati lah. Tapi siapa tahu dia sedang membina “leverage” dan “networking” untuk mengimbangi pengaruh pelobi pro-Israel?

Dan jasa mereka lebih besar berbanding pahlawan papan kekunci yang menunjuk-nunjuk dan bajet bagus.

Sama-sama kita bermuhasabah.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here