Apa Akan Jadi Pada Dunia Kalau Lebah Pupus?

0
1686
views

Lebah adalah agen pendebunga yang sangat kritikal: lebah melakukan pendebungaan 70 daripada 100+ tanaman yang memberi sumber makanan kepada dunia. Jika lebah mula pupus, maka kita akan kehilangan tanaman yang melakukan pendebungaan melalui lebah. Binatang yang memakan tanaman tersebut akan mula susut dan seterusnya menganggu rantaian makanan.

1. Sudah pasti jika lebah pupus, maka madu lebah juga akan pupus. Apa akan terjadi jika tiada madu lebah? Madu banyak digunakan dalam industri perubatan sebagai penawar untuk sakit tekak, selsema, demam, luka ,jangkitan kuman dan lain-lain. Dalam kes-kes tertentu seperti di Romania, seorang doktor menggunakan madu lebah untuk merawat katarak mata untuk 2094 pesakit, dan 2002 sembuh sepenuhnya. Di VM Medical College di Maharashtra,India, mereka melumurkan madu lebah ke atas 52 orang pesakit melecur kulit kesan terbakar. Selepas 15 hari, 87% pesakit di dapati sembuh [1]. Madu lebah juga digunakan untuk kecantikkan seperti diet, shampoo, pelembab, anti-jerawat, dan lain-lain[2].

2. Banyak tanaman akan ke lembah kepupusan. Lebah bermain peranan yang penting dalam ekosistem dunia. Antara tanaman yang terlibat secara vital (sedarhana dan ke atas) adalah [3];

– Kiwi
– Tembikai
– Tembikai Susu
– Labu
– Zucchini
– Macadamia
– Markisa
– Gajus
– Belimbing
– Canola
– Ketumbar
– Timun
– Pelage
– Loquat
– Gandum kuda
– Pokok adas
– Epal
– Mangga
– Avocado
– Aprikot
– Ceri liar
– Ceri masam
– Prun
– Badam
– Peach
– Pir
– Raspberi
– Blackberi
– Blueberi
– Bendi
– Sesawi
– Jintan
– Chesnut
– Kelapa
– Kopi
– Strawberi
– Kapas
– Bunga matahari
– Jambu
– Buah delima
– Blackcurrant
– Redcurrant
– Sambucus
– Bijan
– Kacang parang

Kesemuanya merupakan keperluan harian kita. Kita perlukan kapas untuk pakaian kita[4], sayur-sayuran sumber makanan harian kita, buah-buahan sebagai sumber sajian kesihatan dan industri minuman. Kopi untuk industri kopi serta peminat-peminat kopi. Sebahagian tanaman-tanaman itu juga akan diproses untuk keperluan industri-industri lain seperti perasa buah-buahan.

3. Rantaian makanan terancam. Binatang yang makan tumbuh-tumbuhan yang dilakukan pendebungaan oleh lebah akan kekurangan makanan. Misalnya lembu yang makan akan alfalfa yang melalui proses pendebungaan oleh lebah. Jika lembu tiada, kita akan kehilangan sumber mentega, susu, keju dan apa-apa yang berkaitan dengan susu [5].
Rantain lain yang main peranan besar adalah sabagai sumber nutrisi untuk binatang-binatang karnivor. Contohnya serigala yang makan akan keluarga buah berry. Selagi ada kewujudan/survival serigala sebagai Alpha dalam rantaian makanan, keseimbangan rantaian makanan utama dan kedua akan berada dalam pengawasan agar tidak melebih populasi yang akan memberi impak negatif kepada rantaian makanan yang di tingkatan bawah. Contoh terbaik adalah di Taman Negara Yellowstone, Amerika Syarikat [6].

4. Manusia akan kekurangan zat makanan. Manusia adalah satu mesin biologi yang sangat kompleks. Kita perlukan sumber vitamin dan mineral untuk memastikan diri kita terus beroperasi dengan sihat dan efektif. Berikut adalah antara 10 makanan yang kita perlukan dalam seharian . Walaupun bukan makanan ruji seperti nasi, tetapi masih terkesan dalam kehidupan kita.

Manusia akan kekurangan separuh pemula untuk nutrisi asas manusia yang memerlukan lebah sebagai agen debunga. Illustrasi tersebut menunjukkan bahawa 10 makanan yang akan terjejas dengan teruk menurut lawan web onegreenplanet.org. Kita sering dan sudah menjadi kebiasaan berharap diet harian kita sudah mencukupi untuk menampung keperluan nutrisi badan. Makanan harian kita juga banyak dipengaruhi oleh penggunaan bawang kerana aruma dan penambah perasa. Bayangkan suatu hari nanti, makanan harian kita tanpa bawang? Tiada tembikai atau oren sebagai pencuci mulut? Mungkin ulam – ulaman tidak lagi lengkap?

5. Lebah bukan sahaja penyumbang madu untuk manusia, bahkan ke meja makan. Menurut para pengkaji  di UC Santa Barbara’s National Center for Ecological Analysis and Synthesis (NCEAS), “Tanaman yang memerlukan haiwan sebagai pendebunga merangkumi banyak diet berelemen vitamin A, C, dan E, dan sebahagian besar mineral kalsium, fluorida, serta zat besi.  Tanaman yang bergantung kepada haiwan untuk membiak adalah penting dan boleh mempunyai kesan yang berpotensi drastik terhadap pemakanan manusia jika terjejas.[7]

Seterusnya apa yang akan manusia makan? Perkara ini tidak perlu risau. Makanan berasaskan daging akan terpengaruh dengan kepupusan lebah. Ayam tiada masalah kerana mereka makan makanan yang bukan punca pendebungaan lebah. Ayam mungkin jadi sumber protein kita di samping makanan laut. Tanaman seperti gandum, jagung, soya dan beras tidak memerlukan lebah[8]. Mungkin beberapa buah dan tanaman lain yang memerlukan lebah dan pengaruhnya dapat terus wujud dan hidup dengan kadar minimum dengan campur tangan manusia menggunakan teknologi GMO. Pada ketika itu mungkin tiada lagi badam, buah berri, madu asli dan lain-lain.

6. Campur tangan manusia sudah pasti berlaku. Di negara China, disebabkan kekurangan lebah, manusia diperlukan untuk melakukan proses debunga. Pekerja akan membawa bersama sebuah bakul yang penuh dengan polen dan berus lukisan. Dengan kaedah mengecat pada setiap bunga agar dusun-dusun epal dan pear dapat melakukan proses debunga[9].

Selain itu, campur tangan manusia boleh berlaku dalam bentuk teknologi GMO iaitu genetically modified organism. Maksud mudahnya organisma diubahsuai secara genetik. Ia adalah hasil daripada satu proses makmal iaitu dengan mengambil gen dari satu spesies yang lain dan dimasukkan ke spesis yang lain dalam usaha untuk mendapatkan sifat  atau ciri-ciri yang dikehendaki. Gen asing boleh datang daripada bakteria, virus, serangga, haiwan atau manusia. Bioteknologi ini telah digunakan di beberapa negara untuk penghasilan alfalfa, kapas, kacang soya, canola dan  jagung yang boleh tolenrasi terhadap racun rumpai. Ini salah satu daripada percapaian manusia dalam bidang bioteknologi [10].

Bioteknologi ini tidak mustahil akan digunakan untuk memastikan survival tanaman-tanaman yang bergantung pada lebah sekaligus memenuhi keperluan harian manusia. Sama ada genetic lebah akan diubah suai agar dapat menyesuaikan dengan cuaca extreme [11] atau tanaman-tanaman yang akan dibah suai supaya proses pendebungaan boleh dilakukan tanpa lebah. Walaupun sangat kontroversi, pilhan apa yang kita ada selain inovasi atau menyelamatkan sebelum terlambat.

Inovasi lain yang mampu menjadi tunjang sebagai agen pendebungaan adalah membina pendebungaan drone. Negara Matahari Terbit berjaya menghasil drone yang berpontensi menggantikan lebah sebegai agen pendebungaan. Eijiro Miyako, seorang ahli kimia di National Institute of Advanced Industrial Science and Technology,Tsukuba, Japan menjelaskan bahawa illustrasi di atas menunjukkan drone kecil dilengkapi dengan berus yang bersalut gel khas untuk melakukan proses pendebungaan sebagai seekor drone lebah [12].

Kesemua teknologi ini boleh diaplikasikan tetapi persoalannya adalah keberkesanannya dan kemampuan menggantikan lebah dalam jangka masa yang panjang. Hal ini kerana manusia tidak mempu mengambil alih tugas lebah yang mahir dalam kerja mereka dan kelebihan semula jadi yang dianugerah. Manusia juga sangat perlahan dalam melakukan kerja-kerja lebah dan tidak efektif. Apapun kita perlu bergerak maju kehadapan. Pilhan apa yang kita ada selain inovasi atau menyelamatkan lebah sebelum terlambat.

Video Di Bawah:

 

7. Jika pupusnya lebah, majoriti buah-buahan dan sayur-sayuran yang biasa kelihatan di pasar atau hypermarket akan tidak lagi kelihatan.

Secara logiknya, tanaman yang terancam akan melalui proses teknologi. Jika proses itu berjaya secara maksimum, maka jumlah makanan akan berada di tahap optimum. Jika sebaliknya, samaada kurang efektif atau masih belum menemui jalan untuk potensi terbaik, maka jumlahnya akan berada kurang dari sedarhana. Yang gagal melalui proses teknologi, kita tidak dapat merasainya lagi akan makanan tersebut. Untuk menjayakan sesuatu teknologi, masih memerlukan jangka masa tertentu sebelum disahkan. Dalam jangka masa tertentu, makanan yang statusnya masih dalam keadaan minima, akan mempengaruhi pengeluaran yang kecil, justeru harga akan melambung mahal berbanding biasa kerana jumlah terhad tetapi permintaan tinggi.

Sedikit gambaran mengenai ekonomi yang melibatkan kematian lebah. Situasi ini telah pun berlaku di Scotland pada tahun 2012, lebih dari 60% populasi lebah lenyap. Situasi ini menjadi satu lonjakkan untuk harga makanan naik semata-mata apabila sesuatu menjadi sukar didapati, lebih mahal ia akan menjadi. Makanan adalah benar-benar satu keperluan. Jika lebah pupus secara berperingkat, tidak hairanlah jika harga makanan juga akan meningkat secara berperingkat seperti buah epal, sayur-sayuran dan kopi. Kebarangkalian satu cawan kopi yang berkualiti boleh mencecah ratusan ringgit pada masa hadapan[13].

8. Kebuluran akan berlaku secara beransur-ansur dan lebih meluas terutama di negara-negara sedang membangun. Makanan menjadi mahal dan terhad. Yang miskin akan tidak dapat makan, yang kaya akan terus makan. Pekerja yang berkerja di dalam industri yang bergantung pada lebah akan kehilangan pekerjaan. Yang sedang belajar dan telah graduasi melibatkan industri-industri tersebut akan hilang pekerjaan yang dijanjikan. Ramai juga yang akan menganggur. Jurang 3 kelas akan semakin jauh dan tidak stabil. Tanpa lebah, industri-industri yang memerlukan lebah tidak akan wujud juga. Ini akan memberi kesan ekonomi yang sangat global.

Bagi negara-negara yang maju, mereka mempunyai masa untuk berfikir dan mencipta sesuatu sebagai penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Skeptikalnya, mempersoalkan keberkesanannya. Optimistik, apa pilihan yang manusia ada selain mencuba selamatkan lebah dan membuat persiapan jika sebaliknya berlaku.

Tanpa lebah, menjadi sukar untuk mengekalkan populasi bumi, yang masih berkembang dengan pesat. Fakta pahit yang harus ditelan bahawa bekalan makanan akan jatuh secara drastik, dan kos akan meningkat. Ini juga bermaksud kurang saliran makanan kepada manusia.

9. Aspek yang perlu dipertimbangkan adalah bahawa lebah tidak perlu untuk lenyap sepenuhnya untuk kes ini menjadi satu isu besar. Salah satu isu besar yang kita hadapi sekarang adalah bahawa populasi manusia yang semakin meningkat, tetapi populasi lebah semakin berkurangan. Hubungan tersebut bermaksud makanan dan kapas akan terus berkurangan dan sentiasa kekurangan, tetapi lebih ramai manusia memerlukan makanan dan pakaian yang lebih. Meletakkan permintaan yang lebih dari sepatutnya adalah tidak bijak terutama keperluan asas kehidupan. Risau termakan bahagian orang lain.

Saya fikir, umat manusia pasti akan dapat untuk teruskan survival tanpa kewujudan lebah. Cuma yang bermain di fikiran saya: adakah manusia benar-benar mahu hidup dalam dunia yang tanpa buah-buahan, pizza, ais krim dan kopi? Tanpa dapat melihat beruang, serigala dan lain-lain binatang?

Rujukan:

[1]        http://www.medbc.com/annals/review/vol_9/num_1/text/vol9n1p33.htm

[2]        https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3611628/

[3]        https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_crop_plants_pollinated_by_bees

https://www.bees.techno-science.ca/english/bees/pollination/food-depends-on-bees.php

[4]        http://cottonaustralia.com.au/australian-cotton/basics/uses-of-cotton

https://en.wikipedia.org/wiki/Cotton

[5]        http://peacebeefarm.blogspot.my/2009/09/honey-bees-feed-cattle.html

[6]        https://www.nps.gov/yell/learn/nature/wolf-restoration.htm

https://www.youtube.com/watch?v=ysa5OBhXz-Q

[7]        http://www.news.ucsb.edu/2011/013070/nceas-working-group-produces-study-showing-how-vitamins-and-minerals-fruits-and

[8]        https://www.nrdc.org/onearth/would-world-without-bees-be-world-without-us

[9]        http://www.huffingtonpost.com/entry/humans-bees-china_us_570404b3e4b083f5c6092ba9

https://www.chinadialogue.net/article/show/single/en/5193-Decline-of-bees-forces-China-s-apple-farmers-to-pollinate-by-hand

[10]      https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_genetically_modified_crops

[11]      https://entomologytoday.org/2014/06/11/genetically-modified-honey-bees-a-key-technology-for-honey-bee-research/

[12]      https://www.nbcnews.com/mach/science/robo-bees-may-bring-new-fix-pollination-problem-n720171

[13]      https://www.theguardian.com/environment/2013/aug/21/bees-buzzfeeds-pesticides-food-prices

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here