Memoir Seorang Geisha

0
2420
views

Ya, saya tahu tajuk artikel ini kedengaran sama dengan sebuah filem yang pernah popular suatu masa dahulu memaparkan realiti di sebalik satu susuk yang menjadi misteri negara di matahari terbit. Memoir Of A Geisha lakonan mantap Zhang Zi Yi, Dato’ Micheal Yeoh dan juga Gong Li pastinya terbit di layar minda kita.

Tapi jangan risau, artikel ini bukanlah mahu mengulas mengenai filem itu sebaliknya membawa anda menyelami misteri Geisha yang seringkali disalah faham oleh orang ramai. Selepas sehari suntuk membuat bacaan di beberapa buah buku dan juga laman internet, saya datang dengan satu ayat yang akan memulakan pengembaraan kita mengenali susuk bernama

Geisha. Geisha bukanlah pelacur yang didakwa oleh segelintir orang sebaliknya Geisha ialah wanita yang diciptakan untuk menjadi hampir sempurna, demi melayan para lelaki, tetapi bukan melalui hubungan seks sebaliknya melalui ayat-ayat manis, layanan, tarian, bermain alat muzik, melukis, serta berpuisi. Geisha diciptakan untuk membuatkan lelaki merasakan seperti berada di syurga. Ya… itulah Geisha pada pandangan mata saya. Dalam erti kata lain, Geisha akan cuba melengkapi fantasi wanita yang sempurna yang terbayang dalam setiap minda lelaki.

Sejarah Geisha

Untuk menyelami bagaimana boleh lahirnya budaya Geisha dalam masyarakat Jepun ialah kita peru jejak pada lewat 600-an dahulu. Ketika itu, istilah saburuko iaitu bermaksud ‘gadis’ pelayan popular pada zaman itu. Dikatakan bahawa selain memberi khidmat layanan, terdapat Saburuko menawarkan khidmat seks kepada pelangan.

Ketika pusat pemerintahan monarki Jepun bertukar ke Kyoto, kota ini mula menjadi tempat mula bercambahnya budaya Geisha. Kota ini menjadi rumah kepada para bangsawan yang begitu obses dengan kecantikan-kecantikan para gadis. Penari wanita yang menari persis seorang lelaki mula muncul yang dipanggil sebagai Shirabyoshi.

Budaya asal masyarakat Jepun ketika itu di mana seks sangat digalakkan dan seorangsuami tidak perlu kekal setia pada si isterinya. Kedudukan wanita dalam masyarakat Jepun adalah sekadar seorang ibu dan pengurus rumah. Kalau lelaki mahu mencari keseronokan seks dan menikmati sisi romantik kaum perempuan, maka mereka perlu ke rumah pelacuran.

Ketika itu juga Keshogunan Jepun mula membina sebuah kuarters yang khas untuk aktiviti-aktiviti pelacuran. Sebarang aktiviti pelacuran luar dari kuarters tersebut adalah dilarang. Kuarter ini digelar sebagai Yukaku dan dalam Yukaki ketika itu terdapat kelas-kelas pelacur tersendiri. Kelas yang tertinggi jatuh kepada Tayuu yang perananya hampir sama seperti Geisha hari ini. Mereka akan mempersembahkan tarian erotik, di samping melayan pelangan mereka dengan cara terbaik mungkin, memberi kepuasa yang maksimum.

Pada abad ke-18 ialah permulaan kepada lahirnya kepada budaya Geisha. Yukaku yang dibina oleh Keshogunan Jepun pada abad ke-16 ini menjadi tempat lahirnya benih-benih Geisha. Rumah pelacuran ini bukan sahaja menjadi tempat yang menawarkan seks, tetapi lebih dari itu. Hiburan seperti tarian, nyanyian dan mainan alat muzik dari wanita-wanita yang mendiami Yukaku turut ditawarkan. Waktu itu ini,. Yukaku terkenal dengan pelacur kelas tinggi yang dinamakan sebagai oiran. Ketika inilah lahirnya Geisha lelaki yang ditugaskan untuk menghiburkan para pelangan mereka sementara pelangan menunggu kehadiran Oiran.

Siapa tahu, dari kemunculan Geisha dari kaum lelaki itu, di dalam Yukaku juga, mula timbul geisha dari kalangan wanita. Antara orang wanita pertama yang memanggil diri mereka sebagai Geisha ialah seorang bekas pelacur daripada Fukagawa dan bekas pelacur ini telah membina nama, sehinggakan ramai gadis-gadis memilih untuk terjun ke dalam bidang Geisha.

Geishah kemudiannya menjadi ancaman kepada rumah pelacuran. Kerana geisha bukanlah sebahagian dengan rumah pelacuran, orang-orang menjalankan rumah pelacuran tidak mendapat wang daripada gaji geisha.

Dalam usaha untuk mengurangkan populariti geisha dan menaikkan kembali Oiran, kerajaan menetapkan peraturan yang ketat untuk geisha berkaitan gaya mereka berpakaian, bagaimana dan di mana mereka boleh melayan dan masa yang mereka boleh bekerja. Mereka tidak dibenarkan untuk menawarkan khidmat seks dan tidak boleh dilangan secara perseorangan. Malangnya langkah ini tidak mengurangkan permintaan pada Geisha sebaliknya menjadikan Geisha lebih diidamkan berbanding Oiran.

Lalu pada penghujung 1800, Geisha mula diiktiraf sebagai sebuah kerjaya. Pada saat itu juga pelacur Oiran mula kehilangan popularitinya. Orang mula mengalihkan perhatian pada Geisha. Rumah-rumah Geisha mula tumbuh seperti cendawan selepas hujan sebelum berkubur seketika ketika Perang Dunia Kedua melanda Jepun.

Sedikit Perihal Geisha

Terdapat setiap peringkat dalam kehidupan Geisha dan setiap peringkat akan diulas saya satu persatu dalam bahagian ini. Dengam memahami setiap peringkat ini, maka akan anda mendapat sedikit gambaran tentang bagaimana kehidupan para Geisha dan budaya mereka.

1. Shikomi

Ini adalah fasa terawal dalam kehidupan seorang Geisha. Ianya terjadi pada anak-anak kecil yang menjadi mangsa keluarga yang berhutang pada seseorang sehingga terpaksa dijual pada rumah-rumah Geisha yang dipanggil sebagai okiya. Mereka harus bekerja di Okiya untuk membayar kembali hutang. Dalam fasa ini, anak-anak kecil ini akan dilayan seperti hamba. Mereka akan dipaksa membuat kerja rumah seperti mencuci, memasak dan seumpama dengannya. Tetapi ada juga yang sukarela datang ke okiya kerana memasang impian untuk menjadi seorang Geisha.

2. Mideshahi

Selepas diterima sebagai Maiko, yang dipanggil sebagai geisha pelatih, maka mereka harus mencari one-san iaitu kakak angkat yang berfungsi sebagai mentor sepanjang karier sebagai seorang Geisha. One-San tidak semestinya datang dari okiya yang sama, sebaliknya boleh datang dari pelbagai tempat.

Seorang Maiko akan melakukan debut pertamanya dalam upacara yang dipanggil sebagai Mideshahi. Ketika itu, seorang Maiko akan diberikan nama oleh kakak angkat mereka. Lalu mereka akan menjalankan upacara yang dipanggil sebagai San-san-kudo yang melibatkan termeterai hubungan antara seorang Maiko dengan kakak angkatnya. Selepas upacara itu, akan ada sebuah parti diadakan untuk meraikan Maiko.

3. Miranai

Selepas upacara Mideshahi, maka seorang Maiko akan mula mengikut kakak angkatnya ke tempat kerja. Pada fasa Miranai ini, seorang Maiko akan memerhati bagaimana kakak angkatnya yang berpengalaman bekerja. Dalam masa yang sama juga, Maiko akan mula didedahkan klien-klient yang berpotensi pada masa yang akan datang.

4. Mizuage

Fasa Mizuage dalam kehidupan seorang Maiko inilah yang mencetuskan perdebatan sama ada Geisha seorang pelacur ataupun tidak. Tidak seperti pada zaman dahulu, Geisha hari ini dilarang untuk menjual tubuh mereka, sebaliknya menjual kemahiran mereka melayani pelangan. Tetapi… untuk seorang Maiko menjadi Geisha, dia harus merasai fasa yang dipanggil sebagai Mizuage.

Sekejap… apa itu Mizuage? Sebenarnya Mizuage ini adalah dimana para Maiko akan dilelong di kalangan orang kaya untuk melakukan seks. Dara yang dimiliki oleh seorang Maiki akan menjadi rebutan dan siapa dengan tawaran tertinggi akan memiliki Maiko yang perawan. Selepas mengharungi proses ini, barulah seorang Maiko mula memasuki fasa Geisha.

5. Erikae

Ini ialah upacara di mana Maiko mula menjadi Geiko atau Geisha. Dalam upacara ini, Maiko akan menukarkan kimono furisode kepada kosode. Anda boleh baca artikel saya tentang Kimono kalau mahu mengetahui lebih dalam tentang perbezaan dua kimono ini. Dalam masa yang sama, Maiko akan menukarkan koler kimono dari merah ke putih. Ini juga petanda bahawa dia bukan lagi gadis tetapi wanita.

6. Hiki-Iwai

Ini ialah fasa terakhir dalam hidup seorang Geisha. Apabila seorang Geisha tiba-tiba mahu berkahwin, ataupun sudah tua dan tidak mampu meneruskan kerja sebagai seorang Geisha, maka dia akan bersara.

Geisha Dan Kisah Cintanya

Seorang Geisha sebenarnya sangat-sangat dilarang untuk jatuh cinta. Namun ketetapan alam, siapa yang tahu. Maka, apabila seorang Geisha jatuh cinta dengan seseorang, dan mahu berkahwin dengannya, maka Geisha harus bersara dari kariernya. Itupun selepas semua hutang-hutangnya habis dilangsaikan pada Okiya tempat dia berkhidmat.

Seorang Geisha juga boleh mendapatkan Danna. Danna ini kiranya seorang lelaki yang sanggup untuk memeterai hubungan dengan Geisha dan membiayai kerjaya Geisha seumur hidup sebagai seorang pelayan. Akan ada upacara perkahwinan antara Danna dan Geisha. Kita boleh ibaratkan bahawa Danna ini seperti suami kepada Geisha, tetapi tidak mempunyai hak seperti seorang suami ke atas isteri antara Danna dan Geisha.

Seorang yang sudi menjadi Danna kepada Geisha haruslah seorang yang benar-benar kaya kerana kehidupan harian seorang Geisha sangatlah tinggi tanggungannya. Dengan solekan, pakaian dan seumpama dengannya. Ada Danna yang dilaporkan jatuh bankrap kerana menangung kehidupan seorang Geisha. Seorang lelaki yang dah berkahwin pun boleh mengambil Geisha dan menjadi Danna mereka.

Sebab itu kebanyakan Geisha memilih untuk bersara dari kerjaya seorang Geisha sewaktu berjumpa dengan lelaki yang mereka cintai sepanjang karier Geisha, mereka akan bersara dari kerjaya mereka. Ini kerana bukan semua lelaki mampu menangung kehidupan seorang Geisha.

Comments

comments

Previous articleJejak Yang Hilang: Penelitian Antara Evolusi Genetik Manusia Dan Beruk
Next articleApa itu Hibah Amanah TH?
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here