Bagaimana Mahu Menjadi Guru Sejarah Melayu Yang Rock Dan Stylo?

0
3319
views

Sekarang Srikandi nak ajar bagaimana untuk menjadi cikgu sejarah yang tidak termasuk dalam senarai cikgu-cikgi perasan bagus.Terutama cikgu yang mengajar sejarah Melayu sebab kalau belum cukup betul-betul rocks,maka dibimbangi akan menjadi bebal sejarah sebab sejarah Melayu kena ranggi sikit inisiatif dia.

Pertama,wajib sekurang-kurangnya kena ada 4 kitab ni dalam rumah (ini topik sejarah ya,bukan agama) iaitu Sulalatus Salatin,Hikayat Merong Mahawangsa,Hikayat Hang Tuah dan Kitab Undang-undang Kedah.Sulalatus Salatin cerita pasal hubungan antarabangsa Melaka dan kerajaan-kerajaan sekitarnya.Hikayat Merong Mahawangsa cerita pasal kerajaan-kerajaan Melayu atau Malay city-states di utara sehingga ke Indochina sebelum kedatangan orang Thai ke Indochina.Juga hubungan perdagangan antara Rom dengan China,Funan dan Malay city-states.

Hikayat Hang Tuah cerita tentang komander tentera,negarawan dan tokoh agung yakni Hang Tuah dan aktivitinya di era Kesultanan Melaka.Ini ibarat extension pack bagi Sulalatus Salatin.Kitab Undang-undang Kedah pun arsem gak,cerita topik lengkap pasal istiadat,undang-undang dan perlembagaan negeri Kedah dahulukala.Kitab ni dilarikan British dan simpan dalam bilik kebal tau. Era Tun Mahathir lepas jenuh melobi barulah dapat bawa balik Malaysia.Siapa kata British tak minat manuskrip Melayu? Memang bebal sejarah siapa yang menafikan perkara ini.

Lepas tu kena banyak godek rekod-rekod imperial China.Jangan godek rekod-rekod kiasu bebal sejarah pulak kat akhbar tabloid internet.Memang jahanam. Rekod-rekod fresh dari dinasti ke dinasti imperial China sekurang-kurangnya zaman Romance of The Three Kingdoms (yang citer Red Cliff tu) sampai dinasti Qing (Manchu).Kena punggah riwayat Imperial China “Èrshísì Shi” (The Twenty-Four Histories) seperti Book of Liang,Book of Song,Book of Wei,Book of Sui dan catatan atau rekod para pengembara China seperti Chi Tu Gou Ji,Chan Chun,Pei Su dan Chao Ju Kua.

Lepas tu kena godek riwayat-riwayat dan petitih-petitih dari Siam,Khmer,Burma,Lao,Dai-Viet dan Mon tapi saya syorkan dari Mon,Khmer dan Siam sebab paling banyak dan dekat dengan sejarah Melayu.Makhluk-makhluk bebal sejarah yang sangka orang Melayu semata-mata dari Sumatera akan bertukar menjadi syaitan selepas membaca riwayat-riwayat Pali dan Siam pasal Malay city-states yang beratus tahun tegak sebelum perkataan ‘sawa dee khap’ (kalau abe-abe siye ucap ‘sawa dee kha’ kat Srikandi) muncul kat Indochina.Kena baca Riwayat Chiang Mai,Riwayat Nagara Sri Dharmaraja,Riwayat Negeri-negeri era Pertengahan, Chamadevivamsa, Jinakalamali dan rekod-rekod sami Mon dalam bahasa Pali.Memang arsem. Terutama dalam Riwayat Chiang Mai (Chronicles of Chiang Mai) yang melaporkan Suryavarman I yang membina Preah Vihear berketurunan raja Melayu dari Sri Dharmaraja (Ligor).

Kalau jiwa tak kental dan pondan meggodek ilmu seperti di atas,jangan mimpilahjadi cikgu sejarah Melayu (yang rocks dan punky).Layak jadi penglipurlara sahaja yang membosankan anak murid.

Lepas tu kena study pasal Srivijaya.Ini memang kritikal wajib.Belajar pasal sejarah emperor-emperor Melayu yang mengawal tol perdagangan di selat paling sibuk di dunia.Saya tak nak ulas panjang sebab bab Srivijaya ni memang tak abis setakat 3-4 minggu.Cikgu-cikgi maktab kena belajar bab Srivijaya ni 100kali supaya tak menganggap Srivijaya ni kerajaan India atau Jepun nanti.

Lepas tu belajar pasal prasasti-prasasti seperti Laguna Copperlate di Filipina,Prasasti Dong Yen Chau di Vietnam,Prasast Kedukan Bukit di Indonesia,Prasasti Han Chey di Kemboja,Prasast Grahi di Thailand,Prasasti Nalanda di India dan Batu Bersurat Terengganu sekadar menamakan beberapa contoh.Study pasal prasasti dan batu bersurat ini.Merata-rata negara nenek moyang tegakkan prasasti menunjukkan betapa international dan arsemnya raja-raja Melayu dahulukala.Tapi cikgu-cikgi sejarah hari ini hanya mengenal gerbang buruk A Famosa dan Stadthuys.Memang hampeh.

Lepas tu pulak kena bukak arkib-arkib dalam Journal of the Royal Asiatic Society of Bengal.Sebab apa cikgu-cikgi?Sebab nak baca catatan Belanda dan Inggeris pasal orang Melayu dan sejarahnya dari kacamata imperialis.Sebab Belanda dan Inggeris bukan menjajah aje,sarjana-sarjana diorang siap mengkaji setiap inci sejarah Melayu dan menjadi orientalis yang bertahap master sampai ada yang bikin kitab Malay Magic yang arsem tu.

Penat cikgu-cikgi…??takboleh penat!Srikandi tak akan manjakan cikgu-cikgi yang selama ini disuapkan dengan teks sejarah oleh Raffles,Winstedt dan Shallebear.

Kena pulak ambil tahu pasal karya orang lain (dalam lingkungan suku-suku Nusantara) macam La Galigo,Pararaton dan Negarakratagama.Sebab nak buat cross-reference.

Lepas tu kena study secara intensif pasal Malay city-states macam Pan-pan,Chihtu,Gangga Nagara,Tan-tan,Langkasuka (kemudiannya menjadi ‘federation’),Tambralinga/Sri Dharmaraja/Ligor,Kedah Tua dan sebagainya.Kena kaji secara menyeluruh.Kalau ini pun taklarat baik berenti jadi cikgu,jadi cleaner supermarket lagi baik.Duduk dalam aircond gak.Kerja takpayah fikir.Sental je.

Apa yang Srikandi tulis kat atas tu cuma superbasic sahaja sebab cikgu-cikgi maktab dah muntah hijau sekarang ni.Ada lebih kurang 18lagi step nak jadi pejuang sejarah kental dan cikgu sejarah Melayu yang punky dan stylo.

Belum lagi bukak pasal hubungan Maya dan Melayu,hubungan Cham dan Melayu,topik Austronesia dan sejarah empayar Johor-Riau yang menjadi membuatkan dinasti Chakri takberani lepas sempadan Kedah-Perak untuk mara ke selatan semenanjung.Tak masuk lagi cross-reference kat belah Indonesia,buka Tambo Minang,Manuskrip Kerinci yang semua tu ada kaitan dengan Adityavarman,pengasas Pagarruyung,anak raja Melayu dinasti Dharmasraya.

Study pulak sejarah keturunan raja Jembal,Reman,Ligor,Perak,Siak,Singora dan lain-lain.Srikandi sendiri sakit 3 bulan sampai kena masuk madrasah pergi berubat masa selak kitab-kitab Khmer kuno nak cari salasilah Suryavarman I dan II dan kaitan dengan Sri Dharmaraja.

Mungkin ada pihak yang cop Srikandi sebagai angkuh.Siyess…memang Srikandi buat-buat angkuh supaya semua cikgu-cikgi dan bakal cikgu-cikgi di Malaysia ni yang nak bermimpi jadi cikgu sejarah akan fikir 18kali untuk menyediakan diri mereka sedasyat-dasyatnya.

~ Srikandi

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here