Rasa Stress Sejak Kebelakangan Ini? Mungkin Ada Kaitan Dengan Populasi Bandar Anda!

0
745
views

Apa yang anda rasa apabila anda memandu dalam kesesakan trafik dan ada kereta yang cuba memotong di depan?

Sekiranya anda rasa marah dan tidak puas hati, itu adalah normal.

Ramai diantara kita apabila memandu, menjadi panas baran. Baru pegang stereng seolah-olah jadi manusia yang lain. Kalau tak beri signal dia mengamuk, kalau kereta depan lambat dia bising. Dari aspek behavioral science, kita melihat situasi perubahan perangai manusia ini ada hubungan dari aspek kondisi ego (kepentingan diri) dan juga kepadatan manusia di dalam kesesakan trafik.

Sebenarnya otak kita tidak ‘diwayarkan’ untuk beradaptasi dalam keadaan yang begitu sesak. Ini antara penyebab stress (stressor) dan menyumbang kearah kelakuan yang agresif ketika memandu. Lebih buruk lagi apabila stressor ini kita ulang hari-hari!

Fenomena ini boleh dikaitkan dengan satu eksperimen yang dilakukan oleh saintis behavioral biologist, J. Calhoun untuk mengkaji populasi tikus pada tahun 1973, dinamakan “Mouse Utopia”. Tikus-tikus ini ditempatkan di satu kawasan yang selesa, makanan yang tidak ada had, ruang yang baik untuk pembiakan, tiada pemangsa, tiada cuaca yang buruk. Satu-satunya limitasi bagi tikus-tikus ini adalah mereka tidak boleh keluar dari kepompong mereka.

Apa yang berlaku terhadap tikus-tikus ini pada fasa pertama, ia menjadi sangat aktif, sering bersosial, dan pembiakannya begitu baik. Setelah hampir setahun, daripada 4 pasangan tikus ini berkembang menjadi sehingga lebih 2,000 tikus. Ini adalah fasa kedua dalam eksperimen ini yang mana perubahan ketara telah berlaku. Tikus-tikus ini mula menjadi agresif dan bertindak luar dari kebiasaan. Banyak tikus yang berebut ruang, kasar dan ganas walaupun keperluan makanan cukup. Tikus betina pula berhenti daripada menjaga anak-anaknya yang akhirnya mati, manala tikus jantan samada terlalu agresif atau terlalu pasif. Keadaan yang terlalu padat ini menjadikan mereka tidak boleh co-exist atau wujud bersama secara harmoni.

Tahukah apa yang berlaku di akhir eksperimen ini? Kesemua tikus yang pernah membiak dengan laju akhirnya pupus.

Mungkin kita juga sebagai manusia dari aspek ‘behaviour’ atau tingkah laku tidak begitu berbeza. Kita mungkin tidak selesa atau tertekan dengan masalah manusia yang terlalu ramai, sama ada di atas jalan raya, atau di tempat-tempat yang penuh dengan manusia – terutamanya di bandar.

Bezanya, kita mempunyai akal dan lebih cerdik daripada tikus-tikus ini. Kita boleh tahu tindak-tanduk kita baik atau buruk dan kesannya terhadap orang lain. Tetapi masalah stress dengan ramainya orang ini bukanlah mudah untuk dihadapi apabila kita mengalaminya sepanjang masa. Awal pagi memandu ada kesesakan trafik, makan tengahari beratur untuk dapatkan makanan dan kemudian kembali ke rumah terpaksa menghadap kesesakan lagi. Tidak cukup lagi beban seseorang itu dengan kerja-kerja hariannya. Ini adalah penambah perisa stressor. Dan stress itu amat negatif!

World Health Organization telah mengatakan bahawa stress adalah cabaran yang paling utama untuk aspek kesihatan bagi abad ke 21. Stress mempunyai impak yang besar terhadap fizikal dan mental.

Jadi berbalik daripada isu masalah pengaruh stress lebihan populasi ini, apakah penyelesaiannya?

1) Diri sendiri. perlu faham ini adalah masalah biasa yang dihadapi ramai orang. Beradaptasi dengan situasi adalah begitu penting untuk mengurangkan tekanan, antaranya adalah alihkan fokus contonyah daripada memandang keadaan kesesakan jalan raya alihkan perhatian kepada sesuatu yang lain contohnya mendengar radio dan muzik.

2) Strategi merancang perjalanan. Perlu ada waktu yang fleksibel dan tidak tergesa-gesa. Apabila seseorang itu dalam keadaan yang terdesak atau terlambat ia menjadikan seseorang itu lebih risau dan berpotensi untuk bertindak tidak berhemah. Rancang perjalanan awal!

3) Ubah dari aspek sekitar atau menggunakan alternatif. Naik MRT atau LRT ke tempat kerja boleh juga membantu untuk mengelakkan menghadapi kesesakan trafik. Bekerja dan memandu di kawasan luar bandar juga boleh mengelakkan masalah ini. Ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak tahan ramai orang dan mudah panas baran.
RUJUKAN

Stress in The City, TEDxBerlin, Mazda Adli (2013)

Coping With Driver Stress, Gullian et. al. (1987)

The Anthropocene: of time, mice, and men,p26, Enrico Bonatti (2013)

The environment and social behavior: Privacy, personal space, territory and crowding, Irwin Altman (1975)

Behavioural Sink, Wikipedia, https://en.wikipedia.org/wiki/Behavioral_sink

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here