Khalifah Uthman Si Genius Ekonomi

0
1630
views

Uthman Bin Affan, satu tokoh yang sangat besar di dalam sirah Islam. Lahir di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Ta’if, yang pernah disebut di dalam sirah nabi di mana Jibril hampir-hampir sahaja mencampakkan gunung Ta’if ke atas bangsa taif. Uthman adalah keturunan Bani Umaiyah yang kemudiannya akan mengasaskan dinasti baru dalam Tamadun Islam. Uthman adalah seorang peniaga yang hebat.

Pada tahun 611, selepas pulang daripada Syria atas urusan perniagaan, beliau tedengar khabar di mana nabi Muhammad mengisytiharkan mengenai penyebaran agama Islam. Selepas berbincang dengan sahabatnya, Abu Bakar, maka dibawanya berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W dan Uthman menjadi antara orang yang terawal memeluk agama Islam.

Pemilihan Uthman Sebagai Khalifah 

Saidina Umar Al-Khattab ketika saat ajalnya telah membentuk enam orang untuk membentuk sebuah majlis bagi memilih siapakah khalifah di kalangan mereka. Majlis ini terdiri daripada Ali, Uthman sendiri, Abdul Rahman bin Auf, Saaad bin Abi Waqqas, Zubair Al-Awwam dan Talhah.

Abdul Rahman bin Auff memulakan perbincangan dengan mengatakan dirinya menarik diri daripada percalonan sebagai seorang khalifah lalu mula bertanyakan kepada calon lain siapakah yang lebih layak menjadi Khalifah. Selepas proses undian melalui 6 orang sahabat ini, maka nama Uthman paling banyak diangkat sebagai Khalifah maka mengangkat dasar majoriti maka Uthman telah dilantik menjadi Khalifah.

Transformasi Ekonomi

Uthman bin Affan memang terkenal dengan seorang ahli perniagaan yang hebat sejak zaman mudanya lagi dan minda seorang ahli perniagaan memang bermain di mindanya sejak mula mengambil tampuk pemerintahan daripada Umar Al-Khattab. Maka sudah tentu minda seorang ahli perniagaan adalah berkaitan dengan ekonomi.

Antara transformasi Uthman dalam bidang ekonomi adalah Uthman mampu menaikkan elauns yang diperkenalkan oleh Umar untuk pegawai-pegawai kerajaan sebanyak 25 peratus. Uthman juga menarik kembali larangan Umar ke atas jualan tanah di setiap tanah jajahan Kerajaaan Islam. Menurut Uthman, larangan itu akan membantutkan kerancakan ekonomi.

Uthman juga memperkenalkan duit syiling pertama kerajaan Islam di mana syiling bangsa Persia yang terdapat gambar maharaja Parsi ditukarkan dengan perkataan bismilah.

Di bawah pemerintahan Uthman juga menyaksikan di mana pendapatan rakyat di bawah Empayar Islam bertambah mewah. Dasar-dasar tegas dalam penggunaan wang negara ketika di bawah Umar dilonggarkan oleh Uthman sekaligus mencambahkan urusan ekonomi.

Kemuncak di bawah pemerintahan Uthman adalah di mana banyak banggunan baru dibinia di sekitar empayar. Sebanyak 5000 buah masjid siap di bina dan Masjid Nabawai dan Kaabah diluaskan persekitarannya. Dalam pemerintahan Uthman juga, setiap Bandar-bandar besar diwajibkan mempunyai rumah tumpangan yang kalau pada hari ini dikenali sebagai motel dna hotel. Pasar-pasar besar juga dibina dan setiap pegawai kerajaan dilantik oleh Uthman untuk menjaga proses jual beli di pasar.

Terusan-terusan juga digali oleh Uthman di beberapa wilayah di Iraq, Iran dan Mesir dan ini telah merancakkan lagi perkembangan sector pertanian di bawah pemerintahan Uthman. Umar juga telah membuka pelabuhan baru apabila Shuhaiba di jaziriyah arab tidak mampu untuk menarik perhatian pedagang. Pelabuhan Jeddah dibuka di bawah Uthman. Di bawah pemerintahan Uthman juga Al-Quran dikumpulkan dan diseragamkan bacaan yang hari ini dikenali sebagai Resam Uthmani.

Ekpedisi Ketenteraan Di Bawah Uthman

Apabila kewafatan Umar sampai ke telinga Rom, maka Rom mula kembali menghantar askarnya untuk menawan Iskandariah namun Uthman pantas menghantar Amru bin Al-As untuk kembali menawan Iskandariah daripada Rom. Pertempuran Naqyus menjadi saksi di mana tumpasnya Rom buat sekian kalinya di tangan tentera Islam.

Uthman kemudiannya mengarahkan Amru untuk membina tembok mengelilingi Bandar Iskandarian bagi mengelakkan Rom terus untuk mengacau keaamanan Iskandariah di bawah pemerintahan tentera Islam,

Selepas tewasnya Rom di Mesir, wilayah di utara Afrika mula menjadi perhatian tentera Islam. Pada saat wilayah Afrika Utara mula mengisytiharkan kebebasan daripada Rom oleh rajanya, Gregory The Patrician, maka Abdullah bin Saad, telah menghantar askar untuk menyerang wilayah-wilayah Afrika bagi mendapatkan harta rampasna perang. Kejayaan Abdullah bin Saad ini telah membuatkan Uthman semakin bernai untuk menawan wilayah utara Afrika.

Maka 10 000 askar telah dikerahkan oleh Uthman di bawah pimpinan Abdullah bin Zubair untuk menggempur Gregory dan Gregory tewas dan mati di Pertempuran Sufetula apabila taktikal Abdullah berjaya membuahkan hasil. Maka, sejak peristiwa itu, wilayah utara Afrika menjadi wilayah naungan tentera Islam.

Sepanjang pemerintahan Uthman, kebanyakan usaha Uthman adalah untuk mendapatkan kembali wilayah yang Islam yang hilang di tangan tentera Rom sewaktu kematian Umar di samping menawan beberapa wilayah seperti di Pakistan dan Utara Afrika.

Uthman Bin Affan, satu tokoh yang sangat besar di dalam sirah Islam. Lahir di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Tai’if, yang pernah disebut di dalam sirah nabi di mana Jibril hampir-hampir sahaja mencampakkan gunung Ta’if ke atas bangsa taif. Uthman adalah keturunan Bani Umaiyah yang kemudiannya akan mengasaskan dinasti baru dalam Tamadun Islam. Uthman adalah seorang peniaga yang hebat.

Pada tahun 611, selepas pulang daripada Syria atas urusan perniagaan, beliau tedengar khabar di mana nabi Muhammad mengisytiharkan mengenai penyebaran agama Islam. Selepas berbincang dengan sahabatnya, Abu Bakar, maka dibawanya berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W dan Uthman menjadi antara orang yang terawal memeluk agama Islam.

Peranan Pemberontak Disebalik Kejatuhan Uthman

Ia bermula ketika akhir pemerintahan Uthman r.a. Kira-kira 6 tahun sebelum beliau dibunuh. Seorang Yahudi berasal dari Sanaa, Yaman iaitu Abdullah Bin Saba’ mula mengambil kesempatan dengan menyebarkan fitnah tentang pemerintahan Uthman r.a hampir ke seluruh wilayah pemerintahan Islam seperti Mesir, Kufah dan Basrah.

Antara kempen yang dijalankan oleh Abdullah Bin Saba’ ialah dia mencerca pemerintahan Uthman r.a serta para gabenornya sekaligus mengatakan bahawa Ali r.a adalah pewaris pemerintahan yang sebenar selepas Rasulullah s.a.w. Tidak cukup dengan itu, Abdullah Bin Saba’ menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan Hadith untuk menguatkan hujahnya dan mengelirukan penduduk.

Di sinilah bermulanya pembentukan ideologi Syiah. Walau bagaimanapun pada ketika itu Abdullah Bin Saba’ bukanlah berniat untuk membentuk ideologi ataupun pemikiran baru. Tetapi hasil daripada hasutannya itu membawa kepada pembentukan Syiah tidak lama selepas itu. Pada ketika itu, pasukan Abdullah Bin Saba’ bukan dikenali sebagai Syiah tetapi pemberontak.

Tindakan Uthman r.a

Berita tersebut sampai kepada pengetahuan Uthman r.a. Uthman r.a menghantar Muhammad Bin Maslamah r.a ke Kufah, Usamah Bin Zaid r.a ke Basrah dan ‘Ammar Bin Yasir r.a ke Mesir untuk mengetahui kesasihan berita tentang para gabenor Uthman r.a menzalimi rakyat. Hasilnya, para gabenor Uthman r.a memerintah dengan baik dan adil.

Untuk membendung fitnah, Uthman r.a menghantar surat kepada seluruh wilayah pemerintahan Islam dan menjelaskan kepada rakyat tentang pemerintahan para gabenornya yang adil. Sesudah itu, Uthman r.a memanggil sendiri para gabenor tersebut untuk disoal siasat tentang fitnah tersebut.

Para Gabenor Uthman r.a memberitahu tentang puak yang menyebarkan fitnah tersebut, tetapi Uthman r.a mengambil tindakan untuk berlembut dan menegaskan para gabenornya supaya menjalankan pemerintahan seperti biasa (adil dan tidak menzalimi). Apa yang penting Uthman r.a tidak menggerakkan fitnah ini.

Uthman r.a menjawab tuduhan.

Hasil sikap kelembutan Uthman r.a, Abdullah Bin Saba’ mengambil kesempatan dan semakin giat meluaskan pengaruhnya di Kufah, Basrah dan Mesir.

Pasukan Abdullan Bin Saba’ menuju ke Madinah untuk meminta Uthman r.a menjelaskan tuduhan yang dilemparkan oleh beliau. Tujuan pasukan pemberontak ini sebenarnya bukanlah untuk mencari kebenaran tetapi mahu gunakan tuduhan itu untuk menjatuhkan Uthman r,a.

Namun, rancangan mereka tidak berjaya apabila Uthman r.a mampu menjawab semua tuduhan itu dengan baik dan mantap.

Para Sahabat r.a menegaskan Uthman r.a supaya membunuh para pemberontak tersebut. Namun, Uthman r.a mengambil tindakan memaafkan mereka dan menyuruh mereka pulang ke kampung halaman masing-masing.

Surat Palsu

Perlu dimaklumkan di sini bahawa, golongan pemberontak ini terbahagi kepada dua iaitu golongan penipu dan golongan yang ditipu. Golongan penipu ini menipu rakan se’pemberontak’nya untuk mengelirukan keadaan. Perlu diberitahu juga bahawa, pasukan pemberontak ini terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu dari Mesir, Basrah dan Kufah.

Pada musim haji, para pemberontak kembali semula ke Madinah sekali lagi mahu menyuruh Uthman r.a menjawab segala tuduhan tersebut. Al-Quran dijadikan garis panduan untuk menjawab segala isu disaksikan oleh orang lain dan beberapa orang sahabat. Uthman r.a dapat menjawab isu tersebut dengan baik. Para pemberontak pulang semula ke kampung halaman masing-masing.

Mereka bergerak dengan menggunakan nama para sahabat, pemberontak Mesir menggunakan nama Ali r.a yang menggerakkan mereka, pemberontak Basrah menggunakan nama Talhah r.a yang menggerakkan mereka, dan pemberontak Kufah menggunakan nama Zubair r.a yang menggerakkan mereka.

Pada ketika itu, ramai para sahabat dan orang ramai menunaikan haji. Jadi, tidak ramai penduduk yang berada di Madinah. Ini adalah kesempatan yang diambil oleh pemberontak untuk betul-betul jatuhkan Uthman r.a.

Pemberontak Mesir (golongan yang ditipu) menerima sepucuk surat daripada Uthman r.a bahawa mereka akan dibunuh dan disalib tatkala tiba di Mesir. Ini mengelirukan pemberontak tersebut lalu pulang semula ke Madinah dan menunjukkan surat tersebut kepada Ali r.a.

Itu semua adalah surat palsu dengan menggunakan nama Uthman r.a. Tatkala menerima surat, pemberontak Mesir mengajak Ali r.a menentang Uthman r.a, namun Ali r.a. menolak sekeras-kerasnya. Lalu, pemberontak Mesir kehairanan mengapa sebelum mereka datang ke Madinah, Ali r.a mengajak mereka menentang Uthman r.a. (menggunakan nama para sahabat). Lalu, Ali r.a. menafikan hal tersebut.

Pada masa yang sama pemberontak Kufah dan Basrah turut kembali ke Madinah dengan alasan mahu membantu rakan mereka (pemberontak Mesir) yang kononnya akan dibunuh di Mesir.

Ini adalah perancangan mereka dari awal sedangkan setelah berpisah dari Madinah dan menuju ke destinasi masing-masing, pemberontak Kufah dan Basrah sepatutnya tidak pernah tahu mengenai sepucuk surat yang diterima oleh pemberontak Mesir.

Uthman r.a Dipaksa Meletak Jawatan.

Para pemberontak menunjukkan surat tersebut kepada Uthman r.a. Uthman r.a menafikan pernah menulis surat tersebut. Tetapi mereka tidak mengendahkan lalu meminta Uthman r.a meletakkan jawatan.

Ibnu Umar r.a menegaskan Uthman r.a jangan meletakkan jawatan dengan hujah,

“Jangan engkau tanggalkan apa yang sudah Allah pakaikan pada dirimu. Ini dibimbangi menjadi suatu ikutan, apabila ada sahaja golongan yang membenci Khalifah, mereka akan memecat ataupun membunuhnya”

Uthman r.a mengajak pemberontak kembali pada jalan yang benar dan menjawab segala isu yang berkaitan, namun perkara itu sudah tidak diendahkan lagi kerana mereka memang benar-benar mahu menjatuhkan Uthman r.a

Uthman r.a Dibunuh.

Khalifah Uthman enggan mengabulkan permintaan golongan khawarij yang memberontak melawan pemerintah Islam yang sah ini menyebabkan rumah Uthman dikepung sehingga 40 hari. Rumah beliau dijaga ketat oleh sahabat-sahabat beliau, Ali bin Thalib, Zubair bin Awwam, Muhammad bin Thalhah, Hasan dan Husein bin Ali bin Abu Thalib. Dek kerana kelembutan dan kasih sayangnya, beliau tetap melayan pengepung-pengepung itu dengan sabar dan tutur kata yang santun.

Namun, suatu hari yang penuh malang, telah ditakdirkan bahawa akhirnya Uthman tewas jua apabila seorang lelaki misteri memasuki rumahnya lalu membunuh Uthman ketika membaca Al-Quran sehingga menitisnya darah Uthman di atas musyaf yang dibacanya. Ketua gerombolan iaitu Muhammad bin Abu Bakar (Gabenor Mesir yang Baru) dan membunuh Uthman bin Affan yang sedang membaca Al-Qur’an. Dalam riwayat lain, disebutkan yang membunuh adalah Aswadan bin Hamrab dari Tujib, dam terdapat riwayat juga yang menyebutkan pembunuhnya adalah Al Ghafiki dan Sudan bin Hamran. Khalifah Uthman bin Affan wafat ketika 35 hijrah pada usia 82 tahun selepas menjawat jawatan khalifah selama 12 tahun.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here