Benarkah Sloth Mamalia Paling Perlahan Di Dunia?

0
1724
views

Sloth seekor mamalia yang dikategorikan sebagai mamalia paling perlahan di dunia. Nama sainstifik bagi haiwan mamalia ini ialah Choloepus Hoffmani. Namun, haiwan mamalia ini mempunyai perbezaan keluarga. Walau bagaimanapun, mereka tetap mempunyai cara hidup yang sama. Yang membezakannya ialah kuku pada tangannya. Populasi mamalia ini kebanyakkan berada di Amerika Tengah dan Amerika Selatan.

Permakanan

Dari segi permakanan pula, mereka dikategorikan sebagai Omnivor kerana mereka lebih gemar memakan serangga dan tumbuh-tumbuhan malah kadang-kala mereka juga makan daun kering. Disebabkan mereka hanya memakan tumbuh-tumbuhan, penghadaman mereka sangat perlahan. Maka, tenaga yang hasil dari penghadaman makanan mereka agak sedikit. Oleh sebab itu, ia dikatakan sebagai haiwan mamalia paling perlahan.

Ciri – ciri fizikal

Sloth mempunyai kuku yang panjang dan juga tajam agar genggaman mereka lebih kuat dan kukuh ketika bergayut di dahan dan juga ranting. Anggaran saiz Sloth boleh membesar sehingga 50-60 cm panjang besertakan dengan ekor yang berukuran lebih dari dari 7 cm panjangnya.

Salah satu masalah pada mamalia ini apabila mereka berada dalam keaadan sejuk. Ini kerana mamalia ini sudah terbiasa dengan suhu badan yang beranggaran 30-34 0C. Disebabkan suhu di dalam kawasan habitat mereka di Amerika Selatan agak sederhana, mereka dapat membiasakan. Bagi seekor ibu Sloth pula, jika dia berada dalam keadaan sejuk atau dalam suhu sekeliling rendah dari suhu badan mereka, mereka akan menjadi sakit malah lagi menyakitkan apabila dia masih menyusukan anak mereka yang boleh mengakibatkan mati kelaparan.

Selain itu, spesies  Sloth dibahagikan kepada 2 iaitu :-

  1. Two-toed sloth 
Foto di ambil oleh Joel Sartore dari Nattional Geoghrapic

2. Three-toed sloth

Foto di ambil oleh Joel Sartore dari Nattional Geoghrapic

Perbezaan Sloth bukan dimaksudkan kepada bilangan kakinya tetapi pada jarinya. Walau bagaimanapun, Sloth yang mempunyai dua jari dikatakan lebih aggresif berbanding dengan Sloth yang mempunyai tiga jari.

Mari kita jawab persoalan di atas. Benarkah Sloth mamalia paling perlahan di dunia?

Jawapannya adalah benar. Sloth ialah haiwan mamalia paling perlahan di dunia. Yang mampu bergerak selaju 20 -25 km/h. Disebabkan mereka gemar memakan tumbuh-tumbuhan dan juga serangga kecil, tenaga yang dapat dihasilkan terlalu sedikit. Oleh sebab itu Sloth sebagai haiwan mamalia paling perlahan. Tetapi, ketika Sloth berada di tanah, kemampuan dia untuk bergerak makin terbatas. Malah semakin perlahan dari kelajuan yang biasa dia bergerak.

Tahukah anda?

Sloth juga lebih pandai berenang malah mereka juga boleh berenang dengan gaya luak lentang (backstroke). Sebelum mereka berenang, mereka akan menjatuhkan diri mereka dari sebatang pokok dengan bersahaja. Keupayaan mereka berenang hampir sama laju dengan pergerakan mereka ketika bergayut di atas pokok.

Foto di ambil oleh Joel Sartore dari Nattional Geoghrapic

Rujukan

http://www.nationalgeographic.com/animals/mammals/h/hoffmans-two-toed-sloth/

http://www.nationalgeographic.com/animals/mammals/group/three-toed-sloths/

Sloth Facts: Habits, Habitat & Diet | Alina Bradford, LiveScience Contributor | May 21, 2014

http://www.livescience.com/27612-sloths.html

http://thefw.com/10-things-you-probably-didnt-know-about-sloths/

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here