Apa Yang Ada Perlu Tahu Mengenai Planet Zuhrah

0
1379
views
Imej planet Zuhrah atau juga dikenali sebagai Venus

Planet Zuhrah atau Venus merupakan antara planet yang paling menarik untuk dicerap samada ada dengan menggunakan mata kasar mahupun alat bantu optik. Lebih popular dengan gelaran ” bintang kejora ” oleh orang melayu.

Mari kita selami beberapa fakta menarik berkenaan planet yang satu ini  :-

Zuhrah merupakan planet kedua terdekat dengan Matahari

Didalam senarai 8 planet yang mengorbit matahari , zuhrah berada pada kedudukan kedua terdekat dengan matahari selepas planet Utarid yang berada pada kedudukan pertama .

Purata jarak Zuhrah terhadap Matahari adalah sekitar 108 juta KM .

* 109 juta KM ketika berada pada kedudukan aphelion .
* 107 juta KM ketika berada pada kedudukan perihelion .

Perbandingam orbit Bumi dan orbit Zuhrah. Kredit : Sky and Telescope

Sehari di Zuhrah lebih lama dari setahun

Planet zuhrah memerlukan waktu sekitar 243 hari bumi untuk melengkapkan satu kali putaran pada paksinya untuk melengkapkan satu kali mengorbit matahari pula , Zuhrah memerlukan waktu 225 hari bumi .

Ini bermakna sehari di Zuhrah terjadi lebih lama berbanding setahun .

Zuhrah dikelaskan sebagai planet Terrestrial atau planet batuan

Selain Utarid , Bumi dan Marikh ,Zuhrah juga merupakan planet yang dikelaskan sebagai planet batuan manakala Musytari , Zuhal , Uranus dan Neptune dikelaskan sebagai planet Jovian iaitu planet gas gergasi

Planet Terrestrial dan juga planet Jovian.

” Saudara Kembar ” Bumi

Zuhrah dianggap sebagai “saudara kembar” Bumi kerana saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya yang hampir sama .Selain itu, Zuhrah juga mempunyai permukaan yang masih muda dan atmosfera yang tebal sama seperti Bumi tetapi , atmosfera Zuhrah sangat beracun kerana mengandungi Sulfurik Asid.

Perbanding saiz Zuhrah dan bumi. Kredit : http://www.universetoday.com

Zuhrah Merupakan planet terpanas didalam sistem suria

Ramai orang menyangka bahawa planet terpanas di dalam sistem suria kita ialah planet Utarid kerana ia berada paling hampir dengan matahari .

Tetapi , tahukah anda Utarid bukanlah planet yang terpanas didalam sistem suria ,  tetapi planet yang terpanas ialah planet zuhrah

Untuk pengetahuan , walaupun Utarid berada paling hampir dengan matahari , tetapi ia tidak mengandungi lapisan atmosfera yang mampu memerangkap haba daripada matahari .

Berbeza dengan planet Zuhrah  , Zuhrah antara planet yang mempunyai lapisan atmosfera yang sangat tebal dan mengandungi peratusan gas karbon dioksida (CO2) yang sangat tinggi .

Lapisan atmosfera yang tebal dengan gas karbon dioksida menyebabkan tenaga haba daripada matahari yang memanaskan planet tersebut tidak dapat di bebaskan semula ke angkasa sehingga menyebabkan  “kesan rumah hijau” berlaku di sana.

Keadaan tersebut menyebabkan suhu planet zuhrah mampu mencapai purata sekitar 470 darjah celcius dan menjadikan ia planet terpanas di dalam sistem suria .

Objek langit kedua tercerah di langit malam

Zuhrah merupakan objek langit kedua tercerah di langit malam selepas bulan .

Dengan kecerahan antara magnitude -3.8 sehingga -4.6 , ia dapat dilihat di siang hari dengan keadaan langit yang bebas awan .

Fasa Planet Zuhrah 

Selain Utarid , zuhrah juga memiliki fasa fasa seperti bulan yang dilihat dari bumi kerana zuhrah merupakan planet inferior iaitu planet yang mengorbit matahari di kedudukan dalam bulatan orbit bumi .

Ahli astronomi pertama yang menyedari kewujudan fasa ini ialah Galileo Galilei pada tahun 1610 .

Fasa fasa planet zuhrah Kredit : https://apod.nasa.gov/apod/ap170317.html

Gunung berapi terbanyak didalam sistem suria

Zuhrah merupakan planet yang mempunyai jumlah gunung berapi terbanyak didalam sistem suria kita iaitu melebihi 1600 ribu .

Berputar mengikut arah jam .

Zuhrah satu satunya planet didalam sistem suria yang berputar pada paksinya mengikut arah jam iaitu dari timur ke barat .

Asal nama zuhrah dan Venus .

Nama Zuhrah ini diambil daripada bahasa Arab yang bermaksud bunga  .

Nama Venus pula diambil bersempena nama dewa cinta Rom iaitu

” Venus ” .

Sekian  .

Wallahu A’lam

“ Majulah Falak Untuk Ummah “

Rujukan :

universetoday.com

space.com

earthsky.org

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here