Deathstroke: Definisi Sebenar Antihero

0
2115
views

Slade Joseph Wilson atau alter egonya Deathstroke merupakan seteru Teen Titans. Menyertai tentera Amerika Syarikat pada umur 16 tahun. Sukacita menawarkan diri untuk projek ketenteraan, dia dijadikan sebagai eksperimen yang memberinya kuasa luar biasa seperti kekuatan superhuman, kebolehan penyembuhan luka dengan pantas, dan tindakan refleks yang tinggi. Mata kanannya buta akibat ditembak oleh bekas isterinya, Adeline Kane.

Deathstroke merupakan antihero yang sering muncul di dalam DC Comics. Musuh kepada Batman dan juga ahli kepada Suicide Squad yang dikendalikan oleh Amanda Waller. Deathstroke merupakan salah satu musuh yang boleh menumpaskan Teen Titans berseorangan. Manusia biasa menggunakan 10 peratus kebolehan otak tetapi Deathstroke menggunakan 90 peratus. Antihero yang digeruni oleh kebanyakan superhero. Kebijaksanaannya berfikir sebagai seorang tactician, beliau layak untuk menewaskan Teen Titans dan Batman.

Sebenarnya, apa itu definisi antihero? Antihero tidak menyebelahi mana-mana pihak sama ada baik atau buruk. Mereka bertindak mengikut kepentingan diri mereka sendiri. Seperti Deathstroke, dia mampu menewaskan Teen Titans sekaligus namun dia tidak berminat kerana dia tidak mendapat pulangan apa-apa dari perkara tersebut. Di dalam filem Teen Titans : The Judas Contracts, Brother Blood telah mengupah Deathstroke untuk menangkap kesemua ahli Teen Titans. Jika dia mahu, sudah tentu dia boleh menghapuskan Teen Titans sekelip mata memandangkan dia tahu setiap kelemahan ahli-ahli Teen Titans.

Antihero juga berkait rapat dengan personaliti seseorang manusia itu sendiri. Di dalam kehidupan kita seharian, sudah tentu kita tidak terlepas untuk membuat kejahatan walau sedikit pun. Kerana itulah kita manusia yang sentiasa belajar dari kesilapan. Kebaikan dan kejahatan akan sentiasa menjadikan seseorang itu matang dalam kehidupan. Deathstroke, meskipun dia merupakan seorang antihero dia tetap juga mempunyai perasaan menyesal kerana tidak dapat menyelamatkan anaknya, Grant Wilson yang menyertai H.I.V.E dan mati akibat badan Grant tidak dapat menampung kekuatan yang diberikan oleh serum yang sama seperti Deathstroke. Sifat inilah yang menunjukkan Deathstroke masih juga merasakan perasaan kasih sayang. Di sini, kita dapat lihat kasih sayang seorang ayah akan membuatkan seseorang itu melakukan apa sahaja demi menyelematkan anaknya. Deathstroke tahu bahawa mengubah masa silam akan memberi impak pada masa depan dan sekarang, namun dia tetap tidak peduli.

Deathstroke cuba kembali ke masa silam untuk menyelamatkan Grant Wilson dengan ‘meminjam’ kelajuan luar biasa Wally West. Dengan kelajuan luar biasa sama seperti Wally West, Deathstroke mampu membunuh lima orang ternama dalam masa 60 saat. Deathstroke pernah menyoal Wally West siapakah Wally West jika dia bukan seorang The Flash. Wally West tidak menjawab pertanyaan Deathstroke dan melarikan diri.

Antihero mengetepikan sifat moral di dalam dirinya. Tidak kira salah atau benar, asalkan matlamatnya tercapai. Sikap tamak, mementingkan diri sendiri, menolak moral dan etika adalah ciri-ciri seorang antihero. Deathstroke merupakan salah seorang darinya meskipun dia pernah menggelarkan dirinya sebagai seorang supervillain.

 

Sumber:

Filem Teen Titans : The Judas Contract (2017)
Komik Teen Titans : The Lazarus Contract (2017)

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here