Tenaga Kegelapan Dan Kematian Alam

0
1201
views

Alam secara umumnya mengandungi dua jenis jirim (matter), iaitu jirim yang boleh dilihat dan jirim yang tak boleh dilihat. Jirim yang boleh dilihat adalah seperti bintang, planet, elemen, cahaya dan hidupan. Jirim ini juga dipanggil sebagai jirim baryonic (Baryonic Matter). Jirim Baryonic hanyalah 5% daripada kandungan alam semesta. Hanya 5%!

Selepas itu, jirim yang tak boleh dilihat ini adalah jirim gelap (Dark Matter). Saintis masih tidak mengetahui sifat sebenar jirim gelap, tetapi mereka pasti dengan kewujudannya. Jirim kegelapan hanyalah 27% daripada kandungan alam. Selebih 68% adalah tenaga kegelapan (Dark Energy).

Saintis mengusulkan hipotesis bahawa tenaga graviti yang dihasilkan oleh jirim Baryonic seperti bintang dan planet tidak mampu menjadikan mereka duduk berkelompok dan membentuk sebuah galaksi. Kalau ikutkan, bintang-bintang dan planet-planet ini akan duduk berselerakan merata alam, dan galaksi tidak terbentuk.

Maka, pasti terdapat graviti lain yang membuatkan jirim-jirim Baryonic dapat berinteraksi dengan lebih kuat. Graviti ini dihasilkan oleh jirim gelap (dark matter) yang tidak memantulkan dan mengeluarkan cahaya.

Saintis dapat ‘melihat’ kewujudan jirim kegelapan ini dengan melakukan pemerhatian ke atas jirim kegelapan yang mempunyai konsentrasi yang tinggi. Jirim gelap berkonsentrasi tinggi ini menghasilkan daya graviti yang kuat sehingga mampu ‘membengkokkan’ (bending) cahaya yang melaluinya. Pastinya jirim gelap bukanlah juga Lohong Hitam (Black Hole).

Seterusnya Tenaga Kegelapan (Dark Energy) pula lebih pelik dan misteri, dan ia merupakan kandungan paling tinggi dalam pembentukan alam semesta. Tidak seperti jirim gelap yang boleh diuji dan diukur, tenaga kegelapan tidak boleh diuji dan diukur, tetapi kita tahu kewujudannya melalui kesan yang ditinggalkan terhadap perubahan alam semesta.

Kesan itu dikaji oleh Edwin Hubble yang membuktikan bahawa alam ini berkembang dengan menggunakan spektrum. Idea utama tenaga kegelapan ini adalah ia mempunyai pemalar kosmologi (cosmological constant) yang menyatakan bahawa, tenaga kegelapan ini akan terus meningkat selari dengan perkembangan alam semesta. Tenaga kegalapan mempunyai daya-anti graviti yang menyebabkan alam ini berkembang dengan laju. Semakin berkembang alam semesta, maka ia akan berkembang semakin laju sebab tenaga yang dihasilkan oleh tenaga kegalapan.

Lama-lama kelamaan alam ini hanya akan dipenuhi oleh tenaga kegelapan dan meninggalkan cuma jirim Baryonic yang akan mati bila tiba masanya. Selepas itu, alam akan menjadi sejuk dan kosong, meninggalkan hanya lohong hitam. Bila cukup masa, lohong hitam pun akan tersejat dan meninggalkan hanyalah kegelapan (darkness).

Kalau dilihat balik, alam semesta mempunyai simetri yang sangat unik. Sewaktu kelahirannya, ia lahir dalam keadaan yang sangat panas dan membentuk pelbagai jenis bahan. Selepas itu, ia mati, mati dalam keadaan sejuk dan kosong.

Comments

comments

Previous articleRaja-Raja Melayu Dan Politik
Next articleFiraun Akhenaten: Bapa Monotheism Mesir Purba
Zamir Mohyedin sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (Master) dalam bidang fizik. Telah menerbitkan karya-karya fizik, sejarah dan falsafah. Selain dalam penyelidikan, beliau juga terlibat dalam penulisan, penterjemahan dan penyuntingan manuskrip. Berminat dalam bidang sains, falsafah, sejarah dan psikologi.
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here