Aktiviti Aktiviti Yayasan Tabung Haji

0
206
views

Banyak perkara yang boleh dititik beratkan jika berkaitan dengan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat. Yayasan Tabung Haji juga mempunyai cara tersendiri untuk memastikan aktiviti yang dijalankan oleh mereka ini berkesan. Antara inisiatif fasa pertama yang telah digariskan ialah menggunakan konsep “kebajikan bermula dari rumah”. Contoh aktiviti aktiviti tersebut ialah:

• Menawarkan biasiswa pelajaran kepada anak-anak anggota dan pesara TH bagi melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi sama ada di dalam dan di luar Negara;

• Memberikan tajaan melanjutkan pelajaran kepada anggota TH yang ingin meningkat ilmu pengetahuan mereka khususnya di peringkat tertiary;

• Menyampaikan Anugerah Anak Cemerlang kepada anak anggota TH yang Berjaya dalam mendapat keputusan terbaik untuk peperiksaan utama Negara serta Anugerah Khidmat Cemerlang kepada anggota TH yang berkhidmat dengan baik;

• Menyampaikan sumbangan dan bantuan kepada mangsa yang terlibat dengan musibah dan bencana alam;

• Menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf yang memerlukan agar dapat meringankan beban dan tanggungjawab mereka.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here