Harley Quinn: Wataknya Tidak Seindah Yang Kita Bayangkan

0
7047
views

Hari ini saya mahu mengajak kalian menyelami salah satu daripada watak yang sangat popular dalam siri Batman. Watak ini menjadi tumpuan sekali lagi apabila dilakonkan oleh Margot Robbie dengan jayanya. Malah bukan Sucide Squad sahaja kejayaan watak Harley Quinn ini,

Untuk rekod, komik yang dikeluarkan oleh syarikat DC, kita dapat melihat selepas Batman, komik yangmenyusuli jualan best-seller ialah komik yang berkisarkan tentang Harley Quinn.

Jadi, apa sebenarnya yang menarik sangat mengenai Harley Quinn? Ini? Mari bersama menyelami subjek keempat dalam siri The Arkham Project bersama saya, admin HE. Kita selami salah setiap keindahan yang ada pada watak Harley Quinn.

Tapi sebelum itu, sebelum anda menyerang gambar hiasan ini, perlu saya ingatkan bahawa sememangnya watak Harley Quinn berpakaian seseksi seperti itu, dan ianya ada kaitan dengan penyakit psikologi yang menyelubungi mindanya. Tentang itu, anda akan memahaminya pada penghujung artikel ini.

Pengenalan

Harleen Quinzel ialah nama sebenar kepada watak Harley Quinn. Asalnya ialah daripada di sekitar Brooklyn, New York. Bandar Gotham yang menjadi latar belakang dalam kisah Batman dikatakan lokasinya adalah di sekitar New York juga walaupun pada hakikatnya, kota ini sekadar kota fiksyen. Pada usia mudanya Harley Quinn, dia sering menjadi mangsa deraan ayahnya yang kemudiannya akan menyumbang pada perkembangan kisah hidupnya nanti, yang juga akan diulas dalam artikel ini.

Apa-apa pun, disebalik semua bala yang menyelubungi hidupnya ketika kecil, Harley Quinn berjaya mencapai kejayaan dalam bidang akademik apabila akhirnya berjaya menjadi menerima doktor dalam Psychiatric Medicine sekaligus mendapat gelaran Dr Harley Quinn. Dalam siri 52 komik DC tentang Harley Quinn, dicatatkan bahawa dia mendapat Master sebelum Phd dalam Criminal Psychology. Dari situ, dia kemudian telah memulakan kerja di Arkham Asylum, sebuah rumah sakit jiwa di kota Gotham yang menempatkan penjara paling besar untuk penjenayah-penjenayah psiko dan di sini, tempat penjenayah-penjenayah tersebut menerima rawatan. Arkham Asylum jugalah menjadi lokasi di mana Harley Quinn menemui cinta sejatinya. Joker, pesakit yang dia ditugaskan untuk menjadi therapist.

Namun, detik Harley Quinn mula jatuh cinta kepada Joker pun akibat permainan Joker sendiri yang dapat melihat kelompongan pada jiwa Harley Quinn. Maka ketika itulah Joker yang memang terkenal dengan perwatakan suka memanipulasikan kelemahan orang lain. Joker mula mendalami jiwa Harley Quinn sepanjang sesi rawatan mereka. Dari situ, Joker mendapat tahu bahawa waktu kecil Harley Quinn tidaklah seindah yang dijangka.

Disebalik kebijaksanaan dan kejelitaan yang dimiliki oleh Harley Quinn, rupa-rupanya dia pernah menjadi mangsa dera ayahnya. Maka Joker pun mencipta ceritanya sendiri bahawa dia pernah menjadi mangsa deraan juga ketika kecil. Bahkan dalam sesetengah versi, kisah yang disampaikan oleh Joker ini berjaya membuatkan air mata Harley Quinn tumpah. Joker juga melayan Harley Quinn dengan baik seperti memujinya setiap sesi terapi mereka dan pernah juga Joker memberikan bunga kepada Harley Quinn.

Ini secara tidak langsung telah menimbulkan obsesi yang oleh Harley Quinn pada Joker. Obesesi itu kemudian menjadi semakin tidak sihat dan Joker yang kita sedia maklum, merupakan lawan paling setanding Batman melihat obsesi itu sebagai peluang untuknya cabut dari Arkham Asylum. Maka cinta Harley Quinn pada Joker digunakan sebaik mungkin oleh Joker untuk meminta tolong gadis itu dalam misi cabut larinya. Maka ketika itulah Harley Quinn sedang menghadapi dilema paling besar dalam hidupnya. Cinta Joker atau kerjayanya… dan Harley Quinn memilih untuk membebaskan Joker.

Ya tuan-tuan dan puan-puan. Pada detik itu, kita tidak lagi melihat Dr Harleen Quinzel, pakar psikitiarik yang bekerja di Arkham Asylum merawat pesakit di sana. Sebaliknya Dr Harleen Quinzel mengambil identiti Harley Quinn yang kita kenal hari ini. Kostum, lagak dan perwatakkan saling tak tumpah seperti Joker, cuma bezanya Harley Quinn ialah seorang wanita. Di sebalik identiti itu, Harley Quinn akhirnya berjaya membebaskan Joker dari kurungan!

Baik, dari kisah atas yang saya persembahkan untuk tatapan kalian tentang Harley Quinn, kita dapat simpulkan bahawa beberapa penyakit psikologi dapat dijejak dalam batang tubuh Harley Quinn. Saya senaraikan di bawah:

a.) Relationship obsessive–compulsive disorder

Penyakit ROCD yang melanda jiwa Harley Quinn ini pastinya dapat dikesan pada betapa obsesnya Harley Quinn pada Joker. Walaupun berkali-kali emosinya dipermainkan oleh Joker, walaupun berkali-kali kepercayannya dikhianati oleh Joker, namun Harley Quinn tetap setia mematuhi setiap arahan Joker. Segala jenayah yang diarahkan oleh Joker semuanya dipatuhi oleh Harley Quinn atas alasan untuk mendapatkan cinta si Joker. Tapi malangnya “crush” sebenar Joker pastinya ialah Batman. Harley Quinn? Sekadar alatan yang digunakan oleh Joker untuk menewaskan Batman. Hubungan cinta antara Harley Quinn dan Joker boleh juga dilabelkan sebagai hubungan cinta yang berunsur Sadomasochism dengan Joker kerana sepertinya, dia membiarkan sahaja Joker mempermainkan dirinya dengan sangat sadis dan menyedihkan, Jadi, perlu saya beritahu kepada mereka yang baru sahaja mahu berminat membaca Joker, tiada apa yang “sweet” tentang hubungan cinta mereka berdua.

b.) Historionic Personality Disoder

Penyakit jiwa yang melanda Harley Quinn yang dapat dikenal pasti dalam jiwa Haley Quinn ialah HPD. Antara ciri-ciri HPD yang dapat dijejaki ialah penampilan yang menggoda dan mengandungi unsur seks yang keterlaluan. Ini dapat dijejak dalam kostum yang tersarung pada tubuh Harley Quinn yang sangat seksi. Contohnya boleh dilihat pada gambar Harley Quinn yang dijadikan gambar hiasan. Selain itu, ciri-ciri lain dalam HPD yang wujud dalam watak Harley Quinn ialah sikap Harley Quinn yang terlalu “dramatik” dalam setiap tindakannya dan menjadikan dirinya sebagai pusat perhatian. Ini ialah antara ciri-ciri yang boleh dijejak dalam watak Harley Quinn itu sendiri.

c.) Antisocial Personality Disorder

Ya, Harley Quinn turut dicatatkan mempunyai trait yang ini dalam perwatakan beliau. Sebagai contoh ciri-ciri APD ialah kesusahan untuk memahami emosi orang lain dan tiada penyesalan dalam sebarang tindakan yang lain. Sikap-sikap Harley Quinn yang sering bersifat tidak berperikemanusian dan juga tidak langsung mempunyai nilai simpati mencadangkan bahawa Harley Quinn layak berada dalam kategori ini.

Comments

comments

Previous articleP Ramlee Lari Dari Pesilat
Next articleWar For The Planet Apes: Sisi Perang Yang Tidak Didendangkan
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here