Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) – Gergasi Inggeris Zaman Kolonial

0
2112
views

Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) atau dikenali sebagai East India Company (EIC) ditubuhkan pada 31 Disember 1600 oleh sekumpulan pedagang Inggeris yang bertujuan untuk memonopoli dan mengaut keuntungan di kawasan Timur terutamanya Asia Tenggara dan India. SHTI telah diberi status istimewa oleh kerajaan British untuk mengaut keuntungan di Asia Tenggara yang dapat menjana kekayaan kepada Empayar British dan sekali gus memecah kuasa monopoli Portugis dan Sepanyol ke atas perdagangan rempah ratus di Nusantara.

Bendera SHTI
Logo Syarikat Hindia Timur Inggeris

Rombongan SHTI pada tahun 1608 dipimpin oleh Sir Thomas Rae ke India yang ketika itu dibawah pemerintahan Maharaja Mughal, Jahangir dan SHTI telah diberi kebenaran untuk melakukan aktiviti perdagangan dan Maharaja Jahangir juga berharap kepada SHTI untuk mengimbangi kuasa monopoli Portugis dalam perdagangan di India.

Perdagangan SHTI di India juga telah memberi kekayaan yang melimpah ruah kepada mereka dan juga Empayar British. Selain itu, SHTI juga telah membuka beberapa pusat perdagangan dan komuniti orang Inggeris di India. Pada tahun 1717, SHTI telah dikecualikan membayar cukai kepada Empayar Mughal atas “firman” atau perintah Maharja Mughal.

SHTI telah berubah daripada syarikat berorientasi perdagangan kepada syarikat berorientasi ketenteraan. Perang Tujuh Tahun atau Seven Years War (1754 – 1763 masihi) antara Empayar British dan Perancis telah memberi kesan ke atas SHTI. Oleh itu, SHTI telah membuka Kubu William di Kolkata, India. Pemerintah Bengal, Nawab Siraj- ud Daulah telah menyerang kubu pertahanan SHTI di Kolkata atas hasutan Perancis. Ini telah menyebabkan tercetusnya Pertempuran Plassey dimana SHTI dibawah pimpinan Lord Robert Clive berjaya menewaskan Penguasa Bengal, Nawab Siraj -ud Daulah.

Pertempuran Plassey telah menyebabnya kuasa SHTI untuk memonopoli kuasa perdagangan di India telah bertambah kuat. SHTI juga bertambah kuat apabila SHTI juga telah mendapat kebenaran daripada Maharaja Mughal untuk mengutip cukai di kawasan Bengal yang merupakan sumber ekonomi utama di benua India.

Penaklukan Seringapatam oleh SHTI juga telah mengukuhkan kekuasaan Empayar British ke atas benua India dengan bantuan Nizam dari Hyderabad, pemerintah kerajaan Hyderabad (Pemerintah Hyderabad menggunakan gelaran “Nizam”).

Pengukuhan SHTI di India juga membuka peluang kepada SHTI untuk melebarkan sayapnya di Nusantara. SHTI dibawah Francis Light juga telah membuka pusat perdagangan di Pulau Pinang dan Seberang Perai setelah mendapat kebenaran daripada Sultan Kedah dengan bayaran tahun sebanyak $10,000 dan juga bantuan ketenteraan bagi menghapuskan lanun – lanun di Sungai Kuala Muda, Sungai Perai, Sungai Juru dan Sungai Krian berdasarkan Salasilah atau Tarekh Kerajaan Kedah oleh Wan Yahya Wan Mohamad Taib pada tahun 1911.

Selain itu juga, SHTI juga membuka beberapa pusat perdagangan seperti Singapura melalui ejen SHTI, Sir Stanford Raffles. Sir Stanford Raffles berpendapat Singapura merupakan kawasan yang strategik untuk mengawal laluan perdagangan yang memberi keuntungan dan kekayaan yang berlipat ganda kepada SHTI dan Empayar British.

SHTI juga memain peranan di Sarawak apabila James Brooke (dengan bantuan bala tentera SHTI) membantu wakil Sultan Brunei di Sarawak, Pangeran Muda Hashim untuk menghapuskan pemberontakan orang Melayu Sarawak yang dipimpin oleh Datuk Patinggi Ali.

SHTI telah membuka banyak peluang kepada rakyat British untuk menjadi seorang yang kaya raya. Pendapatan tahun SHTI sebanyak 2 juta pound sterling selepas kemenangan SHTI dalam Perang Plassey.

Walaubagaimanapun, hari tidaklah selalu cerah apabila SHTI mengalami zaman kejatuhan dimana pada pertengahan abad ke 19 dimana pemberontakan India oleh sekumpulan tentera sepahi SHTI disebabkan SHTI tidak sensitif dalam isu agama di India dimana katrij senapang mengandungi lemak babi dan lembu dimana babi haram untuk kaum Muslim dan lembu tidak boleh dimakan oleh kaum Hindu disebabkan lembu adalah binatang suci mengikut kepercayaan agama Hindu. Walaubagaimanapun, kesan pemberontakan Sepahi telah membawa kejatuhan Empayar Mughal dan Maharaja Bahadur Shah II telah disingkirkan daripada takhta.

SHTI berjaya menghapuskan pemberontakan tentera sepahi SHTI dan menamatkan pemerintahan Empayar Mughal di India dimana Maharaja Bahadur Shah II pada tahun 1857 Walaubagaimanapun, penguasaan SHTI telah berakhir di India dan diserahkan kepada kerajaan British di London dan Ratu Victoria sebagai Maharani India pada tahun 1877 selepas Akta Gelaran Diraja diluluskan oleh kerajaan British dibawah pimpinan Perdana Menteri Benjamin Disraeli. Pada tahun 1874, kerajaan British juga meluluskan Akta Penebusan Dividen Syarikat Hindia Timur Inggeris 1874 telah membawa pembubaran Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here