Bagaimana Laman Sesawang Direka: HTML

0
222
views

Tahukah anda, laman sesawang biasanya akan menggunakan kod HTML. Untuk mereka sesawang, ianya bermula dengan kod HTML yang kini menggunakan HTML5.

Apa itu HTML?

HTML bermaksud Hyper Text Markup Language. Pelayar seperti Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet Explorer dan pelbagai lagi. Dengan pelayar ini, setiap kod HTML akan dapat memaparkan setiap document atau muka yang ingin dipaprkan. Setiap fail HTML tidak menggunakan sambungan seperti .txt atau .docx. Ianya menggunakan .htm atau .html. Tidak percaya? Anda cuba kod ini.

Jangan lupa untuk simpan dengan sambungan file.html

Sejarah HTML

Pada tahun 1989, Tim Barners-Lee telah mencipta World Wide Web atau dikenali sebagai WWW. Dia telah menulis untuk pertama kalinya yang melibatkan Web client atau server (pangkalan data) pada tahun 1990. HTML yang versi pertama direkabentuk bersempena dengan struktur sesawang dan pelayar sesawang yang pertama iaitu Mosaic pada tahun 1993. Beliau juga adalah pengasas kepada World Wide Consortium (W3C) pada tahun 1994. Kini, W3C telah menjadi sebagai sesawang yang utama bagi piawaian sesebuah organisasi.

HTML

Setiap elemen pada HTML akan dinyatakan menggunakan label HTML. Setiap label yang anda dapat lihat seperti contoh di atas akan mempunyai 2 sifat iaitu < dan >, atau dipanggil sebagai kurungan bersegi. Ada sesetengah label ia akan mempunyai pasangan mereka contohnya <br> dan </br>. Untuk label yang pertama bagi setiap pasangan akan dijadikan label permulaan, manakala pada label kedua itu akan dijadikan sebagai penghujung label.

Keseluruhan dokumen perlu ada label <html> kerana ia umpama ibu bapa kepada setiap label. Dalam dokumen ini juga perlu adanya kepala dan juga badan bagi sesebuah sesawang. Untuk label <title> pula, ia akan memaparkan tajuk bagi dokumen tersebut, di mana ia akan dipaparkan pada palang di jendela pelayar.

-MAF-

 

Comments

comments

Previous articleMenafsir Alegori Politeism Dalam Life Of Pi
Next articleEinstein, Nuklear & Perang Dunia Ke-II
Nama penuh : Muhd Ammerul Faizal, Nama pena : MAF, Negeri kelahiran : Johor, Sedang menuntut di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Mengambil jurusan IT dalam bidang Pembangunan perisian, Minat ke arah Zoologist (Haiwan purba dan Haiwan Istimewa).
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here