John Titor: Pengembara Dari Masa Hadapan?

1
2596
views

Aku dan admin Zamir memang tidak pernah senada. Hampir segala idealogi dan kepercayaan yang aku pegang bertentangan dengan mamat nerd pakai cermin mata dan tinggi lampai (tinggi ke?) ni. Tetapi dalam pelbagai perbezaan antara kami, satu-satunya benda yang aku pilih untuk berkonfrontasi dengan dia adalah tentang mampukan manusia ke waktu silam berbanding perbezaan ketara yang lain berkisarkan HE dan ZM. Perbahasan dan pertelingkahan berakhir dengan ketegasan Zamir yang mengatakan bahawa manusia tidak mampu ke masa silam melainkan ada satu kuasa lain yang mampu melawan hukum fizik seperti kekuasaan tuhan yang masuk campur. Selain itu, impian aku adalah angan-angan semata-mata.

Ketepikan perseteruan paling terkenal dalam sejarah penubuhan TP antara aku dan Zamir, disebalik perbahasan antara aku dan dia, ia sebenarnya telah mengilhamkan aku untuk menulis tentang satu figura yang selalu dikaitkan dengan pengembaraan masa dari masa depan. Ya, beliau ialah John Titor topik utama perbahasan kita hari ini.

Masalah utama dalam membahaskan tentang pengembara dari masa hadapan ialah kalau benar mereka wujud, kenapa sehingga hari ini kita tidak pernah tersempak dengan seorang pun pengembara masa tersebut? Paradoks ini dibangkitkan oleh Stephen Hawkings. Betapa manusia sangat impikan untuk menguasai masa seperti mana kita menguasai kebanyakan unsur alam hari ini diterjemahkan ke dalam banyak filem, novel dan komik. Back To The Future, Steins;Gate dan Doraemon adalah contoh manifestasi yang menggambarkan keinginan manusia mengembara melalui masa.

“Matlamat utama aku bukan untuk dipercayai oleh kalian semua.”John Titor

Semuanya pada 2 November 2000 apabila John Titor telah menggegarkan dunia internet dengan kemunculannya. Ia dikatakan bermula di sebuah forum bernama Time Trave Institute. Ayat yang diungkapkan oleh John Titor memperkenal dirinya yang popular yang ditampalnya pada beberapa bahagian forum di internet pada waktu itu aku terjemahkan secara longgar ikut slangga kita di Malaysia dalam pertuturan Bahasa Melayu.

“Salam (dia guna greetings dalam ucapan dia). Aku ialah pengembara masa dari tahun 2036. Aku dalam perjalanan pulang ke rumah aku selepas memiliki sistem computer jenis IBM 5100 dari tahun 1975.”

Begitulah antara perkenalannya. Secara ringkasnya, John Titor seterusnya melaporkan bahawa dia ialah seorang askar yang dihantar mengembara ke 1975 untuk mencari sistem computer yang aku petik dalam dialog di atas, yang dipercayai mampu digunakan untuk melawan potensi virus pada masaanya. Lagipun ketika itu, virus komputer telah berjaya membasmi ketamadunan manusia. Namun, ketika dalam perjalanan pulang, dia telah singgah ke tahun 2000 untuk melawat dirinya sendiri selain daripada melakukan sedikit kajian tentang perjuangannya. Dakwa Titor lagi, IBM 5100 terdapat ciri-ciri rahsia dan istimewa yang dimuatkan padanya yang mampu melawan virus di masa hadapan. Lebih mengejutkan, Bob Dubke seorang jurutera yang turut membantu pembinaan IBM 5100 ini mengaku bahawa dakwaan John Titor memang benar dan terdapat ciri-ciri rahsia wujud.

Bahkan dakwaan-dakwaan daripada Titor bukan sekadar dengan air liur sahaja, tetapi dia datang dengan manual-manual yang konon datang dari zamannya untuk cara menggunakan mesin masa. Aku kongsikan dengan kalian di bawah.

Apa yang menariknya berkisarkan tentang John Titor ini ialah dia meramalkan beberapa peristiwa yang berlaku pada masa hadapan seperti pada tahun 2004 selepas pilihanraya presiden USA, seperti sukan olimpik akan dibatalkan, terdapat perang saudara berlaku akan berlaku, atau mesin masa akan dicipta setengah tahun selepas pengembaraannya ke masa silam. Namun, semua tidak berlaku menjadikan orang skeptikal terhadap kisah yang dipaparkannya.

Namun, mereka yang mempertahankan John Titor memetik hujah seperti Multiverse Theory yang menjadi punca kepada kenapa masalah yang dibangkitkan oleh John Titor.  Perubahan kecil yang dilakukan oleh John Titor telah mengubah masa hadapan. Tanpa sedar, apabila John Titor kembali ke waktu silam, lalu masuk campur kepada realiti yang berlaku pada masa silam, ia sekaligus telah mengubah masa depan. John Titor secara tidak langsung telah mencipta garis masa yang baru antara potensi garis masa yang boleh wujud pada masa hadapan.

Masa silam dimana John Titor kembali telah mengubah haluan pengerakkannya ke sebuah garis masa alternatif yang berbeza dengan garis masa John Titor. Secara tidak langsung, misi John Titor untuk menyelamatkan dunia seperti telah berjaya. Dia bukan sahaja berjaya memiliki perisian lama yang dicarinya, dia sebenarnya telah mencipta masa hadapan yang baru yang berbeza dengan garis masa yang diinjaknya pada masa hadapan. Kita mengenali apa yang berlaku pada John Titor sebagai sebahagian daripada isu yang dibahaskan dalam Multiverse Theory yang banyak dimainkan dalam kebanyakan karya sai-fai moden hari ini.

Secara ringkasnya teori ini membahaskan tentang betapa terdapat terlalu banyak garismasa yang infiniti wujud dalam alam semesta ciptaan tuhan yang tercipta akibat perubahan kecil atau besar yang dibuat oleh individu. Sebagai contoh, terdapat dunia di mana Hitler adalah seorang pemenang mengalahkan Tentera Bersekutu ketika Perang Dunia Kedua. Terdapat dunia dimana Korea Utara dan Korea Selatan adalah sebuah negara yang tidak pernah terpisah atau dunia di mana Kesultanan Melayu Melaka memenangi peperangan dengan Portugis. Jadi, kau orang fahamkan kenapa ramalan John Titor tidak menjadi walau dia seorang pengembara dari masa hadapan?

Namun, terdapat dakwaan bahawa kisah disebalik John Titor ini adalah digerakkan oleh dua orang iaitu Larry Haber dan John Rick Harber. Larry merupakan seorang peguam manakala John pula seorang saintis komputer. Bahkan dakwaan ini mengatakan bahawa jenama disebalik John Titor telah dipatternkan di USA.

Walaupun sedemikian, kisah John Titor ini benar-benar menguji menarik perhatian dunia sehingga menimbulkan fenomena bahkan idea tentang pengembara masa ini pula menjadi ilham kreatif penghasilan mahakarya yang hebat dari seluruh dunia yang berinpsirasikan kisah pengembaraan masanya.

 

Comments

comments

Previous articleYayasan Tabung Haji
Next articleOrang Amish Yang Menolak Kemajuan Teknologi
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here