Apa itu THiJARI?

0
472
views
Sumber: http://www.tabunghaji.gov.my

Penggunaan telefon pintar di negara kita semakin meningkat penggunaannya. Jadi tidak hairan mengapa banyak syarikat syarikat mega berusaha untuk mendekati pelanggan mereka dengan menggunakan teknologi telefon pintar ini. Tabung Haji juga tidak mahu ketinggalan dalam menjaga hubungan dengan pendeposit mereka dengan cara mereka satu aplikasi yang dinamakan THiJARI yang akan memudahkan pendeposit.

THiJARI ialah sebuah aplikasi yang memaparkan maklumat berkaitan dengan Tabung Haji. Selain itu fungsi THiJARI adalah merupakan sebuah portal online yang memaparkan berita semasa dan updates mengenai musim haji. Hal berkaitan dengan akaun Tabung Haji juga boleh dirujuk disini. THiJARI juga mempunyai ciri seperti majalah di mana pengguna boleh memuat turun dan membaca majalah berkaitan dengan musim haji.

Baru baru ini THiJARI baru sahaja di kemaskini dan dikenali sebagai THiJARI 2.0. Kemaskini ini dilakukan bertujuan untuk menambah fungsi fungsi yang terdapat di dalam applikasi ini. Selain itu, pengguna juga boleh mengemaskini urusan akaun pendeposit termasuk pindahan wang, pendaftaran dan semakan keahlian Kelab TaHa, informasi , direktori, berita dan promosi terkini.

Satu kemaskini terpenting yang dilakukan ialah dengan adanya MyQ TH. Fungsi utama MyQ TH ini adalah bertujuan untuk memudahkan pengguna dan melancarkan operasi di cawangan cawangan tabung haji. Contohnya pengguna boleh mengambil nombor giliran menggunakan aplikasi ini dengan memilih cawangan mana yang hendak dituju. Secara tidak langsung ini akan menjimatkan masa pengguna itu sendiri.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here