Burung Kalis Api Vancouver

0
1665
views

Ini adalah gambar burung helang Cooper. Nama saintifiknya, accipiter cooperii.

Ia boleh ditemui di Vancouver. Ia merupakan spesies burung liar yang paling tercemar di dunia.

Spesies ini ditemui oleh satu kumpulan pengkaji Universiti McGill, Quebec ketika mana mereka sedang menjalankan kajian analisa sampel sel hati burung-burung yang tercedera atau mati dikawasan terbabit.

Ketika ujikaji sel hati burung helang Cooper ini dijalankan, mereka mendapati bahawa burung ini telah tercemar dengan satu bahan kalis api polybrominated diphenyl ethers (PBDEs) dalam kadar 196ppm (bahagian per juta).

PBDEs ini adalah satu bahan kimia yang digunakan atau dicampurkan kedalam sesuatu bahan lain untuk meningkatkan kadar kalis api / melambatkan rebakan api pada bahan tersebut. Ia selalunya digunakan pada bahan-bahan elektronik, kenderaan dan perabot. Penggunaan PBDEs di Kanada kini telah dilarang oleh kerana terdapat beberapa bukti gangguan hormon tumbesaran ibu-ibu mengandung dan bayi apabila terdedah dengan bahan kimia ini. Kebanyakan bahan PBDEs kini terkumpul dikawasan pembuangan sampah.

Kandungan PBDEs didalam sel burung helang Cooper ini adalah 105 kali ganda lebih banyak berbanding kawanan burung yang berada di habitat yang sama. Ini adalah kerana mangsa kegemaran burung helang Cooper ini adalah burung starling (kumpulan burung kecil yang berwarna indigo keemasan). Burung starling yang tinggal dihabitat berdekatan dengan kawasan pembuangan sampah terbabit juga mempunyai paras toksik PBDEs yang tinggi, yang mana secara tidak langsung memberi kesan pada burung helang Cooper.

“Kami agak terkejut dengan penemuan kadar toksik ini dikawasan yang kami telah kenalpasti sebagai bandar ‘hijau’,” menurut Professor Kyle Elliot, pengarang kajian Jabatan Sains Sumber Semulajadi Universiti McGill.

#AC

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here