Shuriken: Bintang Maut Yang Berterbangan

0
1276
views

Shuriken bermaksud ‘bilah bersembunyi di tapak tangan’ merupakan senjata tradisional Jepun yang cukup terkenal sebagai senjata lontar & terbang. Sebenarnya ia juga digunakan untuk menghiris & menikam. Ia merupakan senjata segenggam yang dimainkan seperti kerambit Melayu dalam tempur jarak dekat. Nama shuriken diimplementasikan terhadap semua senjata tajam bersaiz segenggam tangan atau lebih kecil.

Shuriken ditempa bukan bertujuan untuk membunuh, ia lebih kepada senjata mencederakan atau senjata alih-tumpuan. Target serangan shuriken : mata, muka, leher, tangan & bahagian yang terdedah.

Lemparan shuriken yang senyap, pantas & terus hilang membuatkan mangsa menyangka serangan datang daripada pemangsa yang halimunan.

Terdapat tiga jenis shuriken : bou-shuriken (batang), hira-shuriken (leper) & shaken / kurumaken (bulat)

Terdapat seberapa catatan menceritakan bahawa terdapat shuriken yang dibubuh racun. Tercatat juga bahawa ada pengguna mencelup shuriken pada tanah malah najis haiwan yang menyebabkan kecederaan hasil serangan shuriken terkena jangkitan tetanus yang tidak dapat diubati, disebabkan oleh bacterium Clostridium tetani. 

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here