Kenapa Kita Tak Boleh Nampak Hantu?

0
2913
views

Ilmuan Yunani adalah yang terawal dalam mengusulkan teori bagaimana manusia mampu melihat. Plato pernah menyatakan, kita mampu melihat kerana mata kita mempunyai cahaya yang mampu mengutip maklumat, lalu dapatlah kita melihat. Lebih kurang 1000 tahun selepas itu, Ilmuan Arab, Al-Hazen (Ibnu Haytham) menyanggah pendapat itu.

Al-Hazen berpendapat bahawa, kita mampu melihat kerana hal sebaliknya, iaitu cahaya masuk ke dalam mata manusia. Teori Plato tidak dapat menjelaskan keadaan gelap. Setiap objek memantulkan cahaya, lalu cahaya itu difokuskan oleh lensa mata dan menuju ke retina, lalu terbentuklah imej di otak. Ini penjelasan saintifik bagaimana kita mampu melihat.

Seseorang itu rabun hanya kerana dua perkara, pertamanya lensa matanya bermasalah ataupn ‘pemegang’ lensa tersebut bermasalah yang menyebabkan cahaya tidak mampu fokus dan terhasil imej yang samar-samar dan ‘ripple‘.

Ini telah menimbul soalan falsafah apakah apa yang kita lihat sekarang adalah benar-benar realiti ataupun sekadar imej yang dimainkan oleh otak? Apakah imej yang terbentuk pada otak menggambarkan realiti sebenarnya?

Malah, deria rasa sendiri pun dibentuk oleh otak. Apa yang kita rasa pada setiap objek yang kita pegang adalah hasil daripada otak. Apakah objek yang kita rasa benar-benar realitinya? Okey, kita ketepikan dulu perbincangan falsafah, nanti aku lanjutkan di artikel lain.

Cahaya mempunyai gelombang (ketepikan dulu soal sifat cahaya wahai ahli fizik sekalian) dan setiap gelombang menggambarkan warna yang kita dapat lihat. Gelombang yang panjang adalah warna merah dan gelombang yang paling pendek adalah warna violet. Sebenarnya ada gelombang yang lebih panjang daripada warna merah dan lebih pendek daripada violet, tetapi kita tak dapat nak melihatnya. Cuma sesetengah haiwan saja yang dapat melihat kerana kebolehan mata mereka.

Apabila cahaya matahari yang mengandungi semua gelombang cahaya(sumber cahaya bumi) memantulkan cahayanya pada objek tertentu, objek yang warnanya kuning contohnya, akan memantulkan gelombang cahaya yang berwarna kuning. Gelombang warna lain yang diserap oleh objek berwarna kuning akan diserap lalu menjadi haba.

Objek yang berwarna merah akan memantulkan gelombang cahaya berwarna merah dan gelombang warna lain akan diserap oleh objek itu lalu menjadi haba. Objek berwarna hitam akan menyerap semua gelombang cahaya, sebab itu pakai baju warna hitam jadi panas. Objek berwarna putih akan memantulkan semua gelombang cahaya, sebab itu memakai baju warna putih lebih selesa.

Dalam menentukan kehadiran cahaya, mata kita mempunyai dua struktur utama, iaitu ‘rods‘ dan ‘cones‘. ‘Cones’ adalah struktur mata yang mengenalpasti kehadiran warna. Secara asasnya ‘cones’ tersebut cuma dapat kenalpasti tiga warna utama saja, iaitu merah, biru dan hijau. Apabila gelombang cahaya warna merah masuk ke dalam mata, ‘red cone’ akan aktif lalu signal diberika pada otak, lalu terbentuklah imej berwarna merah.

Apabila gelombang cahaya berwarna kuning masuk ke dalam mata, dua cone akan aktif, iaitu merah dan hijau, kerana gabungan dua warna ini akan membentuk warna kuning. Apabila dalam gelap, kesemua cone ini tidak aktif. Masa ini ‘rods‘ akan menentukan sama mata menerima cahaya ataupun tidak.

Anda mungkin terbiasa dengar cerita mengenai haiwan mampu melihat makhluk halus dan sebagainya. Ada sesetengah haiwan mampu melihat gelombang cahaya yang manusia tak mampu lihat.

Gelombang cahaya berwarna yang manusia mampu lihat mungkin tak dipantulkan pada jasad makhluk halus atau hantu, itulah sebab kita tak mampu melihat mereka.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here