Lelaki Yang Terselamat Dari Serangan Bom Atom

0
1888
views
Tsutomu Yamaguchi.

Peristiwa pengeboman Hiroshima dan Nagasaki di Jepun 72 tahun lalu masih terpahat di ingatan ramai, terutama kalangan mereka yang turut terkesan dari serangan tersebut.

Beliau mungkin lelaki bertuah pada masa itu. Mana tidaknya, beliau terselamat dari serangan bom atom Tentera Udara Amerika Syarikat, bukan sekali tetapi dua kali!

Pada pagi 6 Ogos 1945, Tsutomu Yamaguchi (1916-2010) seorang jurutera tentera laut bersiap untuk pulang ke rumahnya di Nagasaki setelah selesai trip bisnis tiga bulan bersama majikannya dari syarikat Mitsubishi Heavy Industries di bandar Hiroshima. Yamaguchi dan rakan-rakannya telah menghabiskan masa bekerja berjam-jam mereka bentuk sebuah kapal tangki minyak, dan beliau tidak sabar untuk pulang kepada isterinya, Hisako dan anak mereka, Katsutoshi.

Sekitar jam 8:15 pagi, Yamaguchi sedang berjalan ke limbungan kapal Mitsubishi dan tiba-tiba terdengar bunyi degungan, beliau mendongak ke langit dan melihat sebuah pesawat pengebom Amerika Syarikat B-29 ‘Enola Gay’ sedang menjatuhkan objek kecil yang bersambungan dengan payung terjun. Objek kecil itu adalah bom atom yang bergelar ‘Little Boy’’.

Sebelum terjadi ledakan, Yamaguchi sempat menyelamatkan dirinya dengan terjun ke dalam longkang.

Selepas itu, Yamaguchi merasakan langit seperti membelah, telinganya berdesing, cahaya letupan menerangi kawasan bandar Hiroshima. Oleh kerana gelombang kejutan yang kuat, Yamaguchi telah ditarik seperti angin dan melambung tinggi di udara sebelum jatuh ke tanah.

Pengeboman itu menjadikan bandar Hiroshima mengalami keadaan panas melampau sehingga mampu mencairkan besi dan merosakkan segalanya. Dianggarkan telah meragut nyawa kira-kira 70,000 orang akibat kesan serta-merta peletupan itu.

Dalam keadaan kesakitan dan kebingungan, Yamaguchi tetap terus berjalan ke arah limbungan Mitsubishi dan mendapati rakannya Akira Iwanaga dan Kuniyoshi Seto terselamat dari letupan bom atom.

Selepas menghabiskan malam yang membuatkan mereka pasti tidak tidur lena di tempat perlindungan ‘air raid’.

Pagi itu Yamaguchi bangun dan meneruskan perjalanan mereka ke stesen kereta api yang dikatakan masih beroperasi.

Perjalanan mengambil masa mereka melalui pemandangan seolah mimpi buruk, melihat bangunan musnah, mayat hangus dan cair di jalanan, jambatan runtuh.

Setelah Yamaguchi kembali kepada isteri dan anaknya, seluruh dunia mengalihkan perhatian ke Hiroshima. Yamaguchi tiba di Nagasaki pada awal pagi 8 Ogos dan dibawa ke hospital.

Walaupun masih dalam keadaan sakit, Yamaguchi mengheret dirinya dari tidur pada pagi 9 Ogos dan dilaporkan tiba di pejabat Mitsubishi Nagasaki. Sekitar 11:00 pagi, Beliau mendapati dirinya dalam pertemuan dengan seorang pengarah syarikat yang meminta laporan penuh mengenai Hiroshima.

Orang atasan menuduhnya gila, dan bertanya bagaimana bom boleh memusnahkan seluruh bandar? Yamaguchi cuba untuk menjelaskan apa yang terjadi di Hiroshima.

Tiba-tiba pemandangan luar bangunan kelihatan bercahaya terang dan bunyi letupan. Sekali lagi Yamaguchi sempat jatuh ke lantai hanya beberapa saat sebelum gelombang kejutan yang mengakibatkan seluruh tingkap bangunan pecah.

Bom atom yang bergelar ‘Fat Man’ menimpa Nagasaki lebih dasyat daripada yang digugurkan di Hiroshima. Dianggarkan di Nagasaki, kira-kira 40,000 hingga 75,000 orang terkorban serta-merta.

Pembalut kepala beliau telah diterbangkan, dan dia telah dilanda satu lagi lonjakan radiasi yang menyebabkan kanser. Kecederaan yang dialaminya tidak terlalu teruk. Selepas melarikan diri dari bangunan Mitsubishi yang separuh musnah. Yamaguchi bergegas pulang ke rumah memeriksa isteri dan anaknya dan apa yang membuatkan dia risau ialah melihat sebahagian dari rumahnya musnah takut apa-apa yang buruk berlaku pada isteri dan anaknya, tidak lama kemudian beliau mendapati isteri dan anaknya hanya cedera ringan.

Pada hari berikutnya, akibat kesan radiasi rambut Yamaguchi gugur, luka-luka ditangan bernanah dan mula muntah tidak henti-henti. Beliau masih ditahan di tempat perlindungan bersama keluarganya pada 15 ogos, apabila Maharaja Jepun Hirohito mengumumkan Jepun menyerah kalah melalui siaran radio.

Tidak seperti mangsa yang terkena kesan radiasi yang lain, Yamaguchi perlahan-lahan pulih dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa 165 orang mengalami nasib yang sama seperti Yamaguchi. Namun, Hanya Yamaguchi sahaja yang diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan Jepun sebagai ‘’ “nijyuu hibakusha,” atau “twice-bombed person.”

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here