8 Komando British Diselamatkan Oleh Putera Perak

0
3497
views
Gambar sekadar hiasan.

Pasukan 3 RAMD telah digantikan oleh pasukan 2 RAMD di bawah pimpinan Lt. Kol. Mustafa Abdullah pada 15 Mei 1964 di Pulau Sebatik. Pasukan Komando British pula akan meronda kawasan paya bakau dan menetapkan Pos Pemerhatian ( OP) di Nanukan, Kalimantan dengan menggunakan bot penyerang.

Ketika di OP (Observation Post), enjin bot pasukan komando itu telah rosak dan telah menarik bot itu mendekati Nanukan bersama dengan arus yg semakin surut. Pasukan tersebut segera menghantar isyarat kecemasan ke Tawau. Sebuah bot TLDM yang berada di kawasan itu telah menyambut panggilan mereka. Sementara itu, pasukan 2 RAMD telah diberitahu tentang perkara ini, dan 2 buah bot penyerang daripada platun Hadapan Penyerang telah dihantar untuk usaha menyelamat. Ketuanya, Lt.M. Raja Kobat melompat ke dalam bot kedua dan kedua-dua bot itu menghala ke arah perairan Indonesia. Bot pertama yang membawa Kpl. Jantan dan Ahmad A. Mutalib telah menyelamatkan kesemua 8 anggota Komando British itu apabila enjin mereka juga turut rosak.

Sementara itu, sebuah bot penyerang Indonesia cuba untuk memintas mereka, dan menembak peluru tracer ke arah mereka yang tidak mampu berbuat apa-apa. Lt. M. Raja Kobat tanpa teragak-agak telah membawa botnya ke celah bot anggotanya dan bot Indonesia tersebut dan menembak balas menggunakan senjata SLR. Pertembungan itu berlangsung beberapa minit sehinggalah bot TLDM sampai dan segera menunda kedua-dua bot penyerang tersebut ke perairan Malaysia dan kesemua anggota komando itu dihantar ke Kem Tawau.

Ketika itu barulah mereka tersedar yang salah satu peluru tracer yang dilepaskan oleh pihak Indonesia itu telah mencederakan pinggang bahagian kanan Lt. M. Raja Kobat dan darah sedang meleleh keluar daripada luka tersebut. Beliau telah dirawat di Markas taktikal di Teluk Wallace. Tiada sebarang laporan kecederaan telah dihantar ke pihak Briged kerana arahan ketika itu adalah supaya pasukan Malaysia tidak sesekali melintas ke sempadan Indonesia. Kapt. ( B) Raja Kobat masih membawa parut sepanjang 3 inci itu sehingga ke hari ini – peringatan tentang bagaimana beliau hampir kehilangan nyawa di perairan musuh.

Peristiwa yang berlaku semasa insiden Konfrantasi ini telah menyaksikan 5698 Kpl. Jantan B. Salleh dan Kpl. Ahmad Abd. Mutalib dianugerahkan Kepujian Perutusan keberanian (KPK)..=WRA=

LT.M. Raja Kobat
Pasukan pasukan penyerang hadapan 2 RAMD di Pulau Sebatik
Raja Kobat. Sumber Imej : SembangKuala – WordPress.com

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here