Taha@U

0
191
views

Taha@U yang dilancarkan pada Mei 2010 merupakan 1 inisiatif untuk mendorong mahasiswa dan mahasiswi di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan untuk menunaikan haji pada usia muda. Usaha Tabung Haji ini boleh dikatakan baik kerana pendekatan mereka untuk menggalakkan pelajar mula menabung.

Selain itu, Tabung Haji juga menjalinkan kerja sama dengan pelbagai pihak untuk mempromosikan program TaHa@U dengan menjalankan pelbagai aktiviti seperti TaHa Jamboree@U, Karnival Bimbingan Kerjaya, kejohanan sukan dan program khidmat masyarakat.

Aktiviti sukan yang dijalankan seperti futsal, bola baling, dan juga boling boleh mengajar mahasiswa untuk sentiasa melakukan aktiviti riadah supaya mendapatkan gaya hidup yang sihat. Program Khidmat Masyarakat juga telah dijalankan bagi melahirkan individu yang bertanggung jawab dan menyemai kesedaran sivik dalam diri masing masing. Contoh aktiviti nya ialah gotong royong, solat terawih berjemaah, pembersihan surau dan masjid serta tanah perkuburan dan juga penganjuran aktiviti riang dan mesra untuk kanak kanak.

Program Jamboree TaHa@U ini juga membantu pelajar dalam membentuk karakter yang terbaik di samping melakukan aktiviti berbentuk rohaniah dan juga fizikal. Karnival Bimbingan Kerjaya juga turut diadakan demi memberi pendedahan tentang dunia pekerjaan dan juga memberi peluang pekerjaan. Maklum balas yang positif telah diterima berdasarkan aktiviti tersebut, secara tidak langsung menaikkan jumlah ahli di dalam TaHa@U.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here