Pembayaran Hibah Oleh Tabung haji

0
249
views

Saban tahun pasti akan kedengaran tentang hibah yang diberikan oleh Tabung Haji kepada pendeposit pendeposit mereka. Namun adakah kita semua tahu apakah itu hibah? Dan adakah hibah itu wajib diberi kepada pendeposit?

Definisi hibah ini sendiri bermaksud pemberian atau hadiah. Mengikut syarak pula hibah ialah pemberian harta yang dilakukan secara sukarela kepada seseorang yang lain. Hukum pemberian hibah ialah sunat dan sangat digalakkan di dalam Islam. Kita boleh merujuk dengan bukti dari Al-quran dan juga Sunnah. Jadi Tabung Haji boleh menentukan amaun sendiri untuk memberi hibah kepada pendeposit mereka atas budi bicara mereka.

Berpandukan rekod pembayaran hibah oleh Tabung Haji pada tahun tahun sebelumnya, hibah yang diberikan oleh Tabung Haji bergantung kepada prestasi ekonomi Tabung Haji sendiri. 4 Februari pada tahun ini, 9.1 juta pendeposit telah mendapat hibah daripada Tabung Haji berjumlah 4.25% untuk hibah tahunan dan 1.5% hibah tambahan(Hibah Haji) untuk pendeposit yang masih belum menunaikan haji.

Hibah yang diberikan Daripada Tabung Haji berpandukan beberapa ciri ciri deposit dan simpanan. Antaranya:

• Konsep akaun simpanan yang digunakan di Tabung Haji ialah Wadiah Yad Dhamanah. Bermaksud akaun ini dijamin selamat untuk mengeluarkan wang dan Tabung Haji mempunyai hak untuk melabur.

• Pemberian hibah diberikan setelah Tabung Haji melunaskan Zakat Perniagaan

• Pelaburan yang dibuat ialah patut kepada syariah Islam

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here