Strategi Tabung Haji Pada Tahun 2017

0
263
views

Tahun 2017 adalah tahun yang boleh dikatakan sangat mencabar dengan ketidaktentuan ekonomi global dan secara tidak langsung akan memberi kesan kepada ekonomi negara kita. Banyak punca yang menyebabkan ekonomi dunia dan ekonomi negara kita khususnya tidak stabil. Institusi kewangan yang besar seperti Tabung Haji juga perlu mempunyai strategi supaya tidak mengalami kerugian.

Punca punca berikut adalah seperti penyusutan nilai ringgit berbanding dollar AS. Antara faktor penyusutan nilai ringgit ialah disebabkan keadaan ringgit di pasaran. Harga komoditi yang boleh dikatakan agak menurun terutamanya minyak juga merupakan faktor susutnya nilai ringgit. Selain itu, nilai Dollar AS yang makin mengukuh juga menyebabkan nilai ringgit kita makin susut.

Selain itu, pelaksanaan dasar dasar polisi AS yang masih samar juga turut memberi kesan. Ini kerana Presiden Donald Trump ingin mengubah polisi yang sedia ada semasa zaman Barack Obama dengan memberi focus untuk menaikkan ekonomi AS sahaja. Selain itu, kadar Rizab Persekutuan AS yang meningkat juga kemungkinan akan memberi impak yang negative kepada pasaran modal dan kewangan Tabung Haji.

Langkah yang diambil oleh Tabung Haji ialah menjalankan pelaburan yang selaras dengan dasar yang telah dibuat iaitu Penempatan Aset Strategik yang merangkumi ekuiti, hartanah, pasaran tunai dan pendapatan tetap.
Tabung Haji juga akan memberi penekanan kepada pelaburan jangka panjang dan mengambil pendekatan dengan mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka supaya boleh menjana pendapatan yang berulang dan kurang risiko.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here