Strategi Tabung Haji Ketika Krisis Ekonomi

0
438
views
credit: http://images.says.com

Krisis ekonomi bukan satu peristiwa yang disukai oleh institusi kewangan. Ini kerana mereka harus merangka satu pelan untuk mengatasi semua jenis krisis tersebut untuk mengelakkan kerugian yang besar.

Begitu juga dengan Tabung Haji, mereka telah bersiap sedia untuk menangani krisis ekonomi dengan strategi mereka yang tersendiri.

Baru baru ini negara kita digemparkan dengan berita nilai ringgit yang lemah disebabkan krisis ekonomi yang telah melanda seluruh dunia. Sudah semestinya perkara ini akan memberi kesan kepada pelaburan ekonomi Tabung Haji terutamanya di luar negara.

Tabung Haji mempunyai pelaburan luar negara yang berjumlah hampir RM 6 billion. Jadi Tabung Haji akan memanfaatkan krisis ini dengan aset yang berada di luar negara.

Terdapat juga kesan positif apabila nilai ringgit lemah, kesan positif tersebut ialah kadar tukaran wata wang asing yang lebih tinggi akan meningkatkan nilai aset dan pendapat Tabung Haji apabila ditukarkan ke ringgit.

Contoh yang boleh diambil ialah Tabung Haji menjana pendapatan dalam pelaburan hartanah di Australia dengan menerima bayaran sewa dalam dollar Australia. Berdasarkan ramalan yang telah dibuat, Tabung Haji akan mencatatkan kenaikan dalam nilai aset mereka di luar negara.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here