Keutamaan Transformasi Tabung Haji

0
289
views
Picture from https://www.google.com/search?q=tabung+haji&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=0ahUKEwjMx7arkv7UAhWHNI8KHbffBYQQ_AUIDCgD&biw=681&bih=682#imgrc=D3kx0kpFNrdDWM:

Tabung Haji kini memiliki pendeposit antara yang tertinggi di Malaysia iaitu sekitar 9 juta orang dan hasil deposit itu semua nilainya sekitar RM 64 billion. Tabung Haji juga merupakan “mentor” kepada negara negara islam dalam pengurusan jemaah haji kerana kepakaran Tabung Haji.

Namun dengan bilangan pendeposit yang amat tinggi, pastinya bukan satu tanggungjawab kecil yang harus dipikul. Semestinya ia datang dengan satu cabaran yang besar. Jadi Tabung Haji telah melakukan satu pelan transformasi untuk menjamin kepentingan semua pendeposit.

Tabung Haji akan memberikan focus untuk mengukuhkan pendapatan mereka yang berulang dan hanya memilih sektor industri yang lebih kukuh seperti hartanah, konsesi, perladangan, infrastruktur dan hotel yang mematuhi syariah islam.
Tabung Haji juga dalam perancangan bagi menaikkan pertumbuhan pendapatan yang kukuh dan berdaya saing. Tiga prinsip asas akan dijadikan panduan untuk menepati sasaran yang telah ditetapkan. Tiga prinsip asas itu ialah:

• Kekal relevan sebagai pengurus dan perkhidmatan haji dan syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC).

• Mewujudkan nilai ekonomi untuk Tabung Haji dan pihak berkepentingan melalui prestasi yang cemerlang.

• Mematuhi sepenuhnya hak dan tadbir urus korporat serta memenuhi aspirasi pihak berkepentingan.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here