Gerakan Renaissance Terawal di Eropah

0
1103
views

Renaissance tidak muncul selewat yang kita jangkakan. Walaupun Renaissance dirujuk pada gerakan intelektual yang mencapah seluruh Eropah, tetapi gerakannya mula tercetus seawal di Itali. Kelompok terawal yang mencetuskan Renaissance adalah kelompok Humanis. Matlamat utama Humanis adalah untuk mengembalikan semula kegemilangan tertinggi yang pernah dicapai oleh manusia. Menurut pengetahuan mereka adalah untuk mengembalikan semula katamadunan Yunani dan Rom tetapi dengan cara yang lebih moden dan sesuai dengan keadaan tempatan. Kegemilangan yang dirujuk oleh Humanis adalah bersangkut paut dengan kegemilangan dalam intelektual, seterusnya ia memberikan pengaruh pada peringkat sosial.

Kita telah bagi gambaran awal mengenai aktiviti penemuan dan penterjemahan teks-teks Yunani dan Rom yang memberikan pengaruh pada pelbagai gerakan intelektual awal di Eropah. Apakah yang membezakan antara gerakan intelektual yang berlaku sebelum Renaissance (gerakan Skolastik) dengan gerakan Renaissance?

Kedua-dua gerakan mempunyai capaian dalam pengajian klasik Rom dan Yunani. Gerakan Skolastik hanya menumpukan pengajian mereka pada aspek perbincangan yang selalunya menjadi rujukan dan pelengkap pada falsafah dan pemikiran yang mereka usulkan. Gerakan Renaissance pula menumpukan pengajian tersebut dengan aplikasikannya. Gerakan Renaissance telah memberikan pengaruh dalam bidang seni bina dan keseniaan. Seterusnya dapat dilihat persamaan antara bandar Yunani dan bandar Itali yang telah memberikan dorongan pada politikal teoris untuk membentuk sistem politik yang serupa seperti Yunani.

Dari aspek pengajian, Skolastik lebih menumpukan pengajian mereka dalam bidang falsafah dan metafizik. Gerakan Renaissance pula lebih menumpukan pengajian mereka dalam bidang etika, sastera, retorik, bahasa, sejarah dan pelbagai bidang yang dapat mereka aplikasi dan membentuk dunia yang maju. Walaupun sebenarnya kita nafikan perkembangan falsafah yang dicetuskan oleh gerakan Renaissance.

Perkataan ‘Renaissance’ berasal dari Perancis yang bermaksud ‘kelahiran semula’ atau ‘pembaharuan’. Segalanya bermula daripada seorang individu Itali yang bernama Francesco Petrarch (1304M – 1364M) yang dianggap sebagai pencetus Renaissance. Petrarch merupakan seorang Humanis. Humanis adalah kelompok yang menggerakkan Renaissance.

Petrarch memulakan gerakan mengumpulkan semula karya-karya klasik yang pernah ditinggalkan oleh Rom sejak kejatuhannya. Pengikut-pengikut Petrarch telah menjejak kembali manuskrip-manuskrip dan teks klasik. Mereka telah pergi ke perpustakaan-perpustakaan dan biara-biara yang telah lama ditinggalkan. Mereka telah menuju ke Konstantinopel untuk mendapatkan kembali serpihan-serpihan karya ilmuan Yunani. Karya-karya tersebut merangkumi pelbagai bidang yang pernah dicapai oleh Rom dan Yunani seperti sains, falsafah, sastera, etika, muzik, seni dan lain-lain. Ketika Konstantinopel ditakluk pada tahun 1453M oleh Empayar Uthmaniyyah, terdapat warga Byzantine yang lari membawa karya-karya klasik tersebut ke Itali. Antara contoh terbaik adalah, sebanyak 238 manuskrip dibawa dari Byzantine. Dalam 238 itu termasuklah karya asing Sophocles, Euripides dan Thucydides.

Manuskrip-manuskrip tersebut telah disalin semula, diterjemah, disyarah dan ditunjukkan kepada rakan-rakan terdekat, lalu disebarkan kepada orang awam. Kemunculan teknologi percetakan tidak lama selepas itu, telah meningkatkan kadar sebaran dengan lebih luas dalam tempoh masa yang singkat. Mereka telah menubuhkan akademi untuk mengajar karya-karya itu.

Selain Humanis, sebab lain kemunculan awalnya di Itali adalah peranan bangsawannya. Setelah peristiwa ‘Black Death’ yang akan kita jelaskan pada bab akan datang, Itali telah menjadi wilayah yang paling urban di Eropah.

Itali cuba menghidupkan kembali sistem kemajuan Rom iaitu memusatkan kembali sistem sosial dan meninggalkan feudalism. Kebanyakan wilayah-wilayah (saya tidak gunakan ‘negara’ atas sebab sistem negara itu belum meuncul hinggalah abad ke-18) Eropah di luar Itali, bangsawannya masih mengamalkan feudalism dan sistem kewangan mereka bergantung pada tanah yang diusahakan. Kita akan jelaskan pada bab akan datang mengenai feudalism. Itali pula, telah mula mengamalkan sistem kewangan berbentukan perbankan. Antara keluarga yang menguruskan sistem perbankan ini adalah keluarga Medici yang agak terkenal di seluruh Eropah. Dorongan hal ini kerana pengaruh gerakan Humanis serta kesedaran bangsawan. Bangsawan telah melabur harta mereka dalam gerakan pembaharuan ini.

Kuasa Gereja telah membantutkan aktiviti kelimuan di sekolah-sekolah dan universiti seperti menghadkan subjek-subjek tertentu serta golongan yang boleh mendapatkan pendidikan. Di Itali, kuasa Gereja agak lemah, maka kuasa sekular (bangsawan) agak kuat. Tambahan pula, pengawasan daripada Gereja juga agak lemah dan universiti-universiti di Itali lebih bebas dalam pengajiannya. Malah, walaupun Paus berpusat di Itali, kuasanya hanya setakat pada aspek moral.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here