Kenapa Aku Nak Setiap Anak Muda Tonton Filem Bajrangi Bhaijaan?

0
14627
views

1. Pertamanya, ia adalah sebuah filem road movie yang digarap dengan tema yang baik. ‘Road movie’ ialah filem dimana watak-watak utama meninggalkan rumah mereka(baca:berhijrah), melalui sebuah perjalanan dari satu tempat ke tempat ataupun ‘perjalanan spiritual’ dimana ianya lebih kepada ‘typically altering the perspective from their everyday lives’. Antara filem dalam genre ini yang aku suka ialah Dari Jemapoh Ke Manchestee(2001), Wild(2014) dan Life Of Pi(2012).

2. Naratifnya mengangkat tema yang sangat power iaitu: (1) Tema kemanusiaan melangkaui sempadan agama. (2) Penyatuan konflik perang saudara antara Pakistan-India melalui nilai kemanusiaan. Kau dapat bayangkan tak, seorang pemuda penganut agama Hindu yang setia, sanggup mati dipukul, ditangkap pemerintah dan hampir terbunuh hanya kerana mahu mengembalikan seorang anak gadis 6 tahun ke pangkuan ibunya, padahal budak tu takde pertalian apapun dengan dia.

3. Cuba ko tengok minit-minit awal filem ini. Tengok scene macamana Munni(lakonan Harshaali Malhotra) turun daripada train hanya kerana nak menyelamatkan kambing yang terjatuh ke dalam kolam. Ya, Munni hanya berumur 6 tahun tetapi mempunyai naluri untuk membantu makhluk Tuhan sehingga dia tertinggal keretapi. Meanwhile, sebahagian remaja kita kat Malaysia malam-malam pi merempit sampai ada yang menyusahkan pengguna jalanraya. Nampak tak perbezaan antara ‘membantu’ dan ‘menyusahkan’ tu?

4. Tema utama filem ini adalah berkaitan dua anak muda yang berlainan dunia tetapi disatukan atas nama kemanusiaan. Pawan Kumar(lakonan cemerlang Salman Khan) adalah seorang anak muda berwawasan yang baik, bertemu secara tak sengaja dengan anak kecil bernama Munni yang terpisah jauh dari keluarganya. Kita lihat watak dalam filem ini berusaha sedaya-upaya untuk keluar daripada kepompong ‘dunia klise kebanyakkan anak muda’ (baca: the easy-comfort zone anak muda sekarang iaitu duduk di bawah ketiak mak dan ayah). Lihat watak Salman Khan yang sanggup ‘falling out’ daripada kesenangan hidup yang dia ada untuk travel ke Pakistan(dengan takde pasport), semata-mata nak hantar Munni yang takde kena mengena pun dengan hidup dia. Dan kita juga dapat lihat watak Munni(yang polos, serba kekurangan dan dia hanya 6 tahun), tapi berjaya mengharungi jerit perih untuk kembali bersama ibunya. Meanwhile, sebahagian anak-anak muda kat Malaysia pi merempit malam-malam kononnya nak nampak rebel atas jalanraya, tapi nak isi minyak mintak mak ayah duit. Rebel apa gitu?

5. Oleh itu, kita dapat membuat ‘simple conclusion’ bahawa anak muda adalah penting dalam mengubah lanskap sesuatu organisasi ataupun negara. Ya, dengan semangat 2 orang anak muda inilah, di akhirnya mereka berjaya mengubah isu perbalahan keluarga yang ortodoks, isu institusi polis yang korup, isu media yang berat sebelah serta isu dua negara yang sedang bergolak dapat diselesaikan atas nama kemanusiaan.

6. Di saat drama dan filem kita di Malaysia masih di awang-awangan dengan buat cerita anak muda habis belajar je terus jadi CEO, atau terus ada kereta besar atau rumah besar, ataupun watak perempuan bertudung tergedik-gedik nak ngorat lelaki dalam drama Maghrib, hakikatnya, orang lain dah jauh meninggalkan kita dalam industri filem/drama ni. Ini hakikat yang pahit untuk kita telan.

7. Filem ini juga menekankan tentang travel. Sebagai anak muda, korang disarankan untuk keluar travel supaya korang boleh kenal budaya orang. Kau akan belajar dan dapat pengalaman hidup bila ko travel ke negara orang lain. Taklah kita jumud dan statik duduk bawah tempurung dunia kita sendiri.

8. Filem ini juga memperlihatkan bagaimana wanita memainkan peranan yang sangat penting dalam kejayaan seseorang. Kita lihat watak wanita ditonjolkan secara berselang-seli antara kedua-dua watak utama tersebut. Watak emansipasi ibu Munni dan Kareena Kapoor berjaya memberikan persepsi bahawa jatuh dan bangun seseorang itu adakalanya adalah disebabkan oleh kaum wanita.

9. Ada yang mengatakan filem ini ada unsur-unsur politeisme dan pluralisme agama. Tetapi pada aku, kita sebagai penonton, perlu matang dalam menilai sisi positif sesebuah filem tersebut. Apa yang jelas mahu ditimbulkan ialah isu toleransi beragama dan bagaimana positifnya kesan yang akan kita perolehi sekiranya nilaian toleransi dan sikap saling menghormati antara satu sama lain ni dapat diterapkan dalam masyarakat majmuk.

10. Aku suka filem ini kerana permainan emosinya. 5 minit pertama filem ini sebenarnya mampu menumpahkan air mata bagi siapa yang menonton filem ini. Sebenarnya, 5 minit pertama filem ini adalah key-point yang menggarap lanskap filem ini sebagai sebuah filem yang seronok untuk ditonton. Apa agaknya yang akan berlaku jika ko berada di tempat Munni?

11. Aku juga suka watak wartawan jalanan yang dilakonkan oleh Nawazuddin Siddiqui. Ya, watak ini menceritakan tentang kebobrokan media massa dan tanpa watak penting ni, entah apa jadi pada Salman Khan. Dengarnya watak ini diadaptasi daripada watak sebenar wartawan jalanan di Pakistan bernama Chand Nawab.

12. Dan, filem ini penuh dengan permainan mis en scene dan nilai ambiguiti. Cuba ko tengok berapa kali babak gari dalam filem ini. Kenapa gari yang dipilih berbanding objek lain? Dan ada banyak lagi sebenarnya perlambangan yang kita boleh kaji dalam filem BB ni.

13. Kepada yang belum menonton, silalah tonton filem ini dengan mata hati kerana banyak perkara yang akan ko belajar daripada filem ini. Filem ini bukan sekadar polemik Syiah semata tetapi ia jauh lebih besar daripada itu. Jom tonton!

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here