Perbezaan Crocodile dan Alligator

0
2491
views

Secara amnya, kita tahu buaya itu digelar sebagai Crocodile. Buaya atau gelaran Crocodile berasal daripada keluarga Crocodylidae. Terdapat 13 spesies buaya termasuk C. porosus (buaya laut masin), C. acutus (Buaya Amerika), C. niloticus (Buaya Nil), C. rhombifer (Buaya Cuba), M. cataphractus (Buaya Afrika), O. tetraspis (Buaya kecil Afrika).

Gambar oleh Pushpal Bhattacharya, National Geographic
Gambar oleh Phil Lanoue, National Geographic

Ketika era Mesozoik, dalam lingkungan 100 juta tahun yang lalu, buaya adalah salah satu pemangsa yang terkenal di dalam rantaian makanan. Jika dilihat sekarang, buaya mudah dijumpai diserata dunia. Mereka kebiasaannya tinggal di sekitar tasik, sungai, paya dan juga laut air masin.

Jadi, mari kita selami perbezaan antara Crocodile dan juga Alligator.

Alligator VS Crocodile

Crocodile atau buaya selalu ramai yang terkeliru dengan alligator, tetapi ada cara yang mudah untuk membezakan mereka berdua ini. Rahang alligator kebiasaannya lebih kepada bentuk U, manakala buaya pula kebiasaannya rahang akan berbentuk seperti V. Mereka juga mempunyai gigi yang sentiasa kelihatan di luar mulutnya apabila ia tutup.

Selain itu, buaya biasa akan mempunyai kelenjar masin pada lidah mereka. Akibat adanya kelenjar tersebut, mereka dapat menyuaikan diri mereka dengan air masin. Bagi alligator pula, mereka tidak mempunyai kelenjar masin seperti buaya biasa. Oleh sebab itu, mereka hanya hidup di kawasan tasik atau air tawar.

C = Alligator, D = Buaya. Sumber daripada Crocodilian Biology Database

1. Perbezaan muncung
Perbezaan yang sangat jelas ialah muncung yang berbeza. Buaya berbentuk V manakala alligator berbentuk U. alligator boleh dikatakan mempunyai daya gigitan yang sangat kuat sehingga mampu memcahkan cengkerang kura-kura. Manakala buaya pula lebih sesuai untuk memburu mangsa seperti ikan, haiwan reptilian dan juga mamalia.

2. Saiz dan tahap agresif
Secara amnya, buaya dewasa akan membesar sehingga 19 kaki panjang manakala alligator pula sehingga 14 kaki panjang. Apabila di darat, buaya akan lebih pantas berbanding alligator.
Tingkah laku alligator sangat berbahaya berbanding crocodile dan kebiasaannya akan cuba larikan diri daripada manusia dengan berenang jauh. Mereka juga sangat takut kepada manusia dan kadang-kala boleh hilang rasa takut jika manusia sering mendekati mereka dengan sering memberikan mereka makanan. Hanya suatu masa sahaja alligator akan menyerang manusia jika ia diganggu, atau mereka melindungi anak-anak mereka.

Buaya pula jika dilihat lebih panas baran sehingga boleh menyerang manusia walaupun ia tidak diganggu. Buaya air masin Australia, diikuti buaya sungai Nil sering dilihat oleh pakar sebagai jenia yang amat berbahaya di dunia. Lain cerita pula pada buaya Amerika, mereka jarang sekali menyerang manusia manakala di USA, hanya alligator sahaja yang akan menyerang manusia.

3. Warna
Buaya kebiasannya lebih terang atau seperti warna zaitun. Makakala alligator pula kebiasaannya akan berwarna kelabu kehitaman.

Rujukan:
1. https://www.livescience.com/28306-crocodiles.html
2. https://owlcation.com/stem/Whats-the-difference-between-alligators-and-crocodiles
3. http://crocodilian.com/cnhc/cbd-faq-q1.htm

-MAF-

Comments

comments

Previous articleCara Jadikan Telefon Lama Kelihatan Baru
Next articleUmar Al-Khattab: Sang Penakluk Dua Empayar
Nama penuh : Muhd Ammerul Faizal, Nama pena : MAF, Negeri kelahiran : Johor, Sedang menuntut di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Mengambil jurusan IT dalam bidang Pembangunan perisian, Minat ke arah Zoologist (Haiwan purba dan Haiwan Istimewa).
SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here